Aku juga begitu ... hmm.. bila direnung - renung kembali .. aduh ... memori bermain kembali di minda ini, bagaikan Youtube yang boleh direplaykan bila - bila ku mahu. Pelik kan .. mereka sudah 'pergi' .. move on .. tetapi aku masih di sini .. masih bermain video mereka di dalam minda ku... mengingatkan ku kepada mereka di zaman dahulu ... di zaman aku mengagumi mereka ..
Bagaimana aku boleh menutup semua ini ? Kerana aku sudah sedar yang rupa-rupanya , aku masih berdiri di masa lalu .. walaupun aku sudah berdiri di masa sekarang.
Syukur, siang tadi .. aku telah jumpa penyelesaiannya .. terima kasih kepada gadis cerah kerana kau menolong aku menemui jawapannya. Kau telah melambaikan tangan selamat tinggal dan aku membalas lambaianmu.
Ia telah lama berlalu, tetapi masih dekat di hati rupanya ... oleh itu, aku ucapkan selamat tinggal dan simpankan kenangan itu baik2 dalam peti memori.
Video lagu yang memberi inspirasi tajuk posting ini ....