Bila apa yang kita usahakan tidak menjadi/berhasil...masa telah tiba untuk mencari jalan baru untuk mencapai apa yang dikehendakki. Kegagalan yang kita alami sebenarnya adalah mesej bahawa kemungkinan besar caranya tidak betul ataupun salah. Dan bila berterusan buat benda yang sama, jangan harap hasil yang berbeza.
Sejak tahun 2007 (dah lama ye..) diri ini ada menjalankan pelbagai usaha untuk menjana pendapatan sampingan. Namun, hasilnya tidak berapa memberangsangkan walaupun usaha telah dicurahkan secara material dan masa. Beberapa hari lepas, baru ku sedar bahawa selama ini aku melakukannya dengan cara yang salah. Terlalu mengejar pelbagai cabang pada waktu yang sama walaupun dengan komitmen yang akhirnya memenatkan dan membuat aku berhenti berusaha. Dan akhirnya ia tidak berjaya. Dan ia akan berulang lagi dan lagi.
TIDAK. Ini kalilah ....aku akan pilih SATU cara dan berikan komitmen 100%. Doakan aku berjaya.
-----
tiba - tiba teringat kepada kawan lama, Nor Kamarul Aisyah Zaiedi. Masih ingat dengan makan malam KFC di KFC Sek 18? dan lagu ini beliau kata beliau suka pada masa itu ..
Tuesday, October 29, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)