Wednesday, April 05, 2023

Sabar + Syukur = ? Fog Part 4

 Ingat masa saya mengajar dahulu, saya pernah katakan kepada pelajar2 saya bahawa doing nothing is the surest thing ever, gerenti jadi. But, if you take action, it is either you will succeed or fail. Sebab itu la, ramai antara kita jatuh penyakit 'paralysis by analysis' ... too much thinking sampai tak buat apa2. 

I am guilty of this as well ... especially during the dark years ... solusi: sabar dan syukur ...  ;) bersabar dengan keadaan semasa, dan bersyukur kita ada pilihan. 

Buat Pilihan. Tgk Apa Jadi. Learn from apa jadi. Move on.

antara kerja2 bapa :D


Tuesday, April 04, 2023

Apa Pilihan Anda - Batu Besar Atau Batu Kecil?

 Hari ini saya nak buat macam2 .. tetapi dengan tanggungjawab yang ada, I can only do so much. Mengingatkan saya pada kisah batu besar, batu kecil dan bekas kaca. Secara ringkas, kita ada bekas kaca, dan sekumpulan batu2 - besar dan kecil. Batu besar adalah kerja/tanggungjawab besar, batu kecil adalah kerja/tanggungjawab kecil. Bagaimana kita nak isi bekas kaca dengan batu besar dan batu kecil secara optimum? Solusinya, kita letak batu besar dahulu, then kita letak batu kecil, untuk mendapatkan solusi optimum.

Penerangan secara lebih mendalam dalam video bawah oleh Stephen Covey

video

I am figuring this out since my 50s are coming soon :)



Monday, April 03, 2023

Life Loves A Tragedy - TK Final Post

 Yang menarik is post2 saya yang mendapat sambutan adalah post2 saya tentang pemergian, contohnya post semalam tentang arwah TK. Mungkin, kerana post2 begini saya menulis dengan lebih panjang dan more from the heart. 

Arwah sepatutnya 60 tahun ini ... dan nak sambung cerita la, since saya tidak habis tulis semalam, ada teringat sikit2 lagi ... saya tanya dia, kenapa rambut dia hitam saja .. dari dulu saya kenai dia ... baru tau jawapan, rupa2nya memang sebab genetik :) rambut family belah dia mmg hitam dan lebat2 belaka. Saya selalu kata, kalau dia, saya ingat rambut dia hitam dan cacak! 

Juga dapat tahu yang arwah Ajak, seorang rakan DagangNet juga adalah BFF beliau rupanya. Arwah Ajak pergi masa musim covid yang lepas, sekitar tahun 2020. Dan kali terakhir saya jumpa arwah TK, sebelum jumpa di KPJ, adalah juga bersama arwah Ajak di kenduri arwah anak Ajak sekitar 2019. Aduh! 

Luckily, we keep in touch via Seret Hikers WhatsApp, tapi still ... 

Lesson: Kita tidak tahu bila kita akan pergi, ... jika anda peluang berjumpa f2f bersama rakan/org tersayang, jangan lepaskan peluang ...

Sekian.

Gambar kami bertiga, saya dengan 2 arwah -Sept 22, 2019-


Sunday, April 02, 2023

A Goodbye Post on TK

Beberapa hari lepas, dapat khabar mengejut yang seorang kawan zaman DagangNet, TK Faiz, dirawat di KPJ Dsara, cancer. Jumaat lepas, terus den lawat dia di wad..wad premier 3.
Memang dia lihat unwell, dan penat, tapi mampu layan den berborak sedikit. Den yg byk cakap : p ... zaman bermain bola di DNT, dia goalkeeper, den right back. Sbb dia ajak la, den main bola utk DNT, bersama Amran n Den Beramboi. 
Dia jugak invite den ke group whatsapp hiking dia beberapa tahun lps, seret Hikers. Den join, tp tak pernah2 den join activity depa. Den ckp dengan dia, u get well, I join la... join camping.
Tp, Dia lebih sayang beliau. Tengahari, dapat khabar dia nazak,  dan petang tadi, arwah pun pergi.
Selamat pergi tuan ... see you when we get there ... semoga dicucuri rahmatNya. 

Alfatihah.  Amin.
hari lawatan den, all the gifts ..