Thursday, October 03, 2019

Nota Ringkas akhir Sept 2019


Setakat tahun ini, banyak signal sudah diberikan oleh badan ini yang minta 'Ubah'.
Dan hari ini adalah salah satunya. Cuti MC kerja, namun kita bekerja juga menyiapkan kerja secara online. Amanah harus diteruskan.
Ketika menunggu doktor pagi tadi, teringat pesan ahli perubatan tradisional Cina yang saya temu minggu lepas di hari Health Day INTI KL. Dia kata, jantung saya baik2 sahaja, cuma kekurangan tenaga saya ialah sebab jantung saya kecil untuk badan saya. Bak kata, orang kereta, saya ini underpowered, big frame, small engine. Sambil tersenyum, beliau berkata, "Kurangkan sikit itu frame ya .."
Health is Wealth. It is now a must, not a should.
-"Underpowered Man'-

motivation

Wednesday, October 02, 2019

Kisah Tentang Nawaitu


Pada sekitar Julai 2007, saya meninggalkan dunia korporat dan masuk dunia akademik sebagai pensyarah. Ramai ucapkan terima kasih dan ada yang nakal kata, " Nanti jadi lecturer, ada can cari pucuk muda .."
Saya hanya mampu tergelak dan senyum sahaja bila dengar komen2 sebegini.
Jadi untuk menyenangkan hati dan menyediakan jawapan untuk masa hadapan, pada hari pertama kerja di MMU, Saya setkan my Nawaitu (niat), bahawa pelajar-pelajar saya adalah tanggungjawab saya, anak didik saya, no more and no less!
Syukur sehingga ini, tiada insiden  angau ada, tetapi sekejap2 aja 
Ini adalah contoh pentingnya niat dalam apa yang kita lakukan. Jika niat itu spesifik dan betul, akan menjadi apa yang dilakukan.
Azmir @bookxcess, Tamarind Square
1026, 29 September 2019