diri ini masih lagi diberi peluang olehNya untuk bernafas di bumi ini .... in a way, aku bersyukur kerana masa telah berlalu, dan aku ada peluang untuk menentukan masa depan kami sekeluarga. 2011 bakal menjanjikan satu perubahan besar dalam kehidupan kami. Berkat sokongan isteri dan rezeki anak - anak, aku beranikan diri untuk melangkah ke hadapan, dengan menjadi seorang usahawan. Aku suka kerja sekarang sebagai pensyarah, tetapi, lain - lain ruang akademia mungkin tidak berapa sesuai ( spt Research, et al ). Diri ini lebih sesuai mengajar dan membimbing ...
Aku sudah faham sedikit mengapa aku selalu berasa rendah diri dengan pencapaian diri ini. Yang pertama, aku sering membandingkan diri dengan pencapaian kawan2 yang nyata lebih berjaya. Kedua, aku masih kadangkala melihat masa lalu yang perit, walaupun tidak sekerap dulu ... zaman sekolah menengah ( Jasin ) dan zaman kolej ( PPP / GWU ) ... dan zaman 20an bekerja ... memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan, dll. Bila aku fokus sebegini, ia datang kembali .. perasaan marah dan sedih ... it's okay, Azmir .. it will always be a part of you, and you move on ... Amin.
Untuk itu, aku akan mencorakkan masa hadapan kami sekeluarga supaya aku tidak akan berfikir sebegini 5, 10 tahun akan datang ... sebab macam aku ceritakan pada adik aku si Julia, jika kita sendiri tidak mencorakkan hidup kita, kita akan dicorakkan oleh orang lain dan kita tidak akan menyukainya ...