Percutian memang sudah lama dirancang sejak bulan Februari lepas. Tujuan utama adalah dua, untuk mengambil masa bersantai bersama keluarga dan melayan permintaan si isteri mahu menjamah buah strawberi sepuas - puas hatinya. :) Kami jadualkan percutian 3 hari 2 malam.
Hotel yang dipilih adalah Hotel Equatorial Cameron Highlands, kerana dah lama kami idam untuk merasa tinggal hotel di kawasan tertinggi Cameron Highlands iaitu Brinchang. Siap kami minta valley view kerana lokasi hotel di lembah kawasan hijau sayur - sayuran Brinchang. Hotel ini bersebelahan kawasan pasar Kea Farms.
Masa pula dipilih sebelum cuti sekolah ... kerana ikut pengalaman saya, suasana Cameron best masa hari biasa ... ;-)
Hari Pertama ( Bahagian 1 / 3 )
Kami bertolak agak lewat kerana saya menyiapkan tugasan - tugasan terakhir di office MMU. Dan perjalanan waktu petang itu lambat kerana saya berhati-hati membawa kereta kerana hujan lebat sepanjang perjalanana dari KL ke Tapah. Di Tapah, hujan reda.. namun jalanraya basah dari Tapah ke Cameron membuatkan kami sampai di hotel sekitar Maghrib. Yang seronok bagi saya, ialah apabila menutup aircond sekitar Lata Iskandar dan membuka tingkap kereta ;-) Fresh mountain air wa cakap lu :D ... juga seronok kerana check in di hotel dan mendapat bilik dengan pemandangan yang diminta.
Zara dan Farah landing terus di katil dulu :D
Untuk dinner, kami makan steamboat ( makanan wajib pelancong Cameron :) ) di Fauzy Steamboat di Brinchang .. berdekatan KFC .... sup sedap.. pilihannya biasa sahaja .. 3 out of 5 stars
Bersambung nanti ....
Saturday, March 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)