Thursday, April 13, 2023

Nota Pendek Ttg Hari Ini

 Hari ini, wisdom datang. Apabila kita menerima fakta dan move on, that is wisdom apparently. Kurangkan bodoh sombong anda, anda akan mendapat wisdom.

fesyen rambut Raya :P


Tuesday, April 11, 2023

Bye2 Jaja

Hazliza Ismail meninggal malam tadi, 8 pm, kerana sakit kanser. Arwah berasal dari Ampangan, bersekolah rendah di KGV (Seremban), dan menengah di KGV Menengah (Seremban) dan MRSM Jasin (Melaka). Saya kenal arwah semasa bersekolah di MRSM Jasin. Rupa-rupanya, kami bergerak dalam kumpulan sama sebelum bersekolah di Jasin pun, kerana kawan2 arwah di Ampangan, adalah kawan2 saya juga .

Saya tidak rapat dengan arwah, tetapi sepanjang mengenali beliau, yang pasti, beliau adalah insan yang easy-going dan ceria. Kami sekelas semasa tingkatan 5, 5 O. Saya pernah menghadiri wedding beliau dengan seorang rakan, arwah Azri. Pada kami sampai, beliau tengah buat sesi pakaian berhias :) ... masa tu, beliau pakai pesen kimono ;) Masa berjumpa, dia ada bercerita dia melanjutkan pelajaran ke UPM Bintulu, Sarawak, selepas SPM dan pada masa itu, bekerja di kilang Samsung, Senawang, Tidak lupa komen beliau tentang garangnya majikan orang Korea ;)

Saya ingat dua pertemuan terakhir dengan beliau.

Pertama, saya dan rakan saya, Errol, melawat open house rumah baru beliau n hubby di Seri Kembangan, Ketika itu, beliau sudah bertugas sebagai guru di sana, Masa tu, saya dapat tahu yang beliau baru recover from cancer, and dalam remission. This was about satu dekad lepas.

Kedua, saya terserempak beliau di McD Sg Besi (Serdang) drive through, semasa membeli McD. She was sitting at a table bersama seorang rakan Jasin, Homi, dan seorang wanita lain. Saya rasakan depa tengah buat MLM, so saya tak kacau, just nodded at her.

Dan malam tadi, seorang rakan Ampangan text kata arwah telah pergi. Dan setelah saya sebarkan berita kepada rakan2 lain, baru tahu sikit2 apa yang berlaku dengan arwah kebelakangan ini. Beliau betul2 laid low this past few years.

The cliche is true, you miss the good ones when they are gone.

InsyaAllah, see you when we get there, Jaja.


 Arwah berdiri sebelah kanan