Friday, September 17, 2010

Sikap Anda Mengenai Perniagaan

Ada satu kisah benar saya nak tulis di sini ...


             Beberapa malam lepas, kami sekeluarga pergi ke KFC Metropoint Kajang. Ya, ingin makan KFC untuk dinner. KFC sibuk kerana pelanggan ramai ... si isteri menjaga anak bermain playground manakala si suami pergi beratur membuat pesanan. Si isteri mengomel .. " Problem ni awak .. sebab tempat duduk macam kurang je ... " .. saya usulkan saya bungkus dan kita makan di tempat duduk sambil melihat Zara main playground KFC. Ok, kata si isteri.
                Semasa beratur, saya melihat two situasi - staff KFC di belakang kaunter sibuk mengambil dan menyediakan pesanan, manakala staff di kawasan makan mengemas seberapa yang boleh. Dan saya tahu mengapa KFC cawangan ini laris ... ( saya biasa ke sini ) .. kerana staffnya dilihat bekerja, menjadikan pelanggan faham dan sabar dengan situasi mereka.
              Oleh kerana lama sangat menunggu ... bukan salah staff KFC ... pelanggan2 saya lihat .. ordernya besar2 .. sekali order minimum untuk sekeluarga 6 org ke atas ..... si isteri sudah lapar yang amat ... ;-) jadi kami keluar dan pergi ke Plaza Metropoint. Jam sudah 9.47 pm.

Di Plaza Metropoint, kebanyakan sudah / mula tutup .. sebab ada peraturan di sana bisnes pukul 10 pm.

Pergi ke restorang MIGLemon, terus disapa oleh seorang budak pelayan yang berkata, " Maaf bang, kami sudah dekat tutup jadi kami sudah tidak ambil pesanan lagi ". Nasib baik beliau berkata begitu sebelum kami duduk. Ok, dan terima kasih atas notis anda. Tidak saya lihat label ala2 McD atau KFC yang berkata pesanan setengah jam terakhir adalah untuk take away.

Naik ke atas, ke Station Kopitiam, bertanya kepada ketua pelayan.. " Bang, buka lagi ke ? " , " Buka lagi bang ..tetapi abang harus cepat2 order sebab sudah dekat mahu tutup ... " Terus kami order setelah tgk menu 1 minit ( cepat pilihan ya ;-) ) ... dan sekitar 9.59 pm, order kami sampai. Kualiti makan biasa2 sahaja ( rasanya a bit overpriced for the portion ) .. tapi kami bersukur kerana menikmati rezeki.

Itulah ceritanya. Jika anda adalah tuan punya kedua-dua restoran di atas, apakah reaksi anda terhadap tindakan pekerja - pekerja anda ? Bagi saya, saya menghargai tindakan pelayan Station Kopitiam dan saya faham tindakan pelayan MigLemon.

Fikir - fikirkan lah .....

ps / gambar - gambar adalah hiasan melambangkan tempat - tempat yang disebutkan, bukan gambar2 sebenar pada malam kejadian :)

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Kepada semua pembaca blog Ome, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir  Batin ..

Dah hari ke 3 ;-), tapi better late than be sorry ...

Tema Utama Raya Kali Ini Adalah Kemaafan dan Bergerak Ke Hadapan ... Amin.