Nowadays, when I wonder why I am doing what I am doing, especially relating to my non work ventures, all I have to do is look at the three reasons sleeping each night.
Doakan ku berjaya, my loves :)
Beberapa hari lepas, saya dapat tahu yang bekas majikan saya, DNT, mengeluarkan VSS (Voluntary Separation Scheme), untuk mengurangkan jumlah staf mereka sebanyak 40%. Dan di gambar-gambar FB kawan, ada menunjukkan rakan-rakan yang menerima VSS ini. Kadarnya agak okay sesuai dengan khidmat lama mereka di sana.
Untuk beberapa jam, saya kembali marah, terguris dengan kenangan kerja di sana, di mana usaha untuk kembali setelah meninggalkan ditolak mentah2. Kerana, seingat saya, ada yang mendapat VSS itu ikut pengalaman saya, bukan kerja seberapa tetapi pandai bermain arus politik di DNT dalam kerja mereka. "Tak Guna!", "Pandai Getting Something For ..." ... di penghujung hari, saya sedar sebenarnya, ia hanyalah perasaan cemburu dan penyesalan. Di minda hanya bermain fikiran, kalaulah aku kan ..... Jadi, aku let go. Tahniah kepada mereka dan semoga sukses di masa hadapan. Masa untuk ke hadapan.
Kesimpulannya, kita harus bersyukur dengan apa yang kita.. fokus kepada hari ini dan masa hadapan, bukan masa lepas. Yang uniknya, kesimpulan ini aku kutip semasa minum malam Ahad lepas, semasa minum malam dengan 2 rakan sekolah rendah lama di Mahbub, Bangsar - Majid dan Kapit.
Aku Bersyukur , Fokus Kepada Hari Ini Dan Masa Hadapan!