Majlis keramaian ini, meraikan Aidilfitri, antara kami. Macam biasa, bila jumpa kawan2, masa berlalu begitu cepat. Makan dan borak-borak. :) Pada majlis itu, ada dua rakan puteri baru yang saya berkenalan, A dan B.
Pada masa itu, memang keadaan diri ini, sedikit sunyi, sebab my best friend, Errol, baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Sudah tidak ada geng :P ... so have to find new diversion, so to speak ...
Ikut style zaman itu, mula la rajin sms A and B sejak berjumpa. A, best friend rakan saya, Khai, manakala B, seorang yang bekerja di industri insurans. Respon B suam2 kuku, in other words, maybe dia tidak berminat, manakala A pula memberikan respon yang sangat baik. Terlalu baik ;-)
Nak ringkaskan cerita, enam bulan selepas itu, pada 14 May 2006, aku dan A bertunang. 14 May adalah tarikh hari jadi beliau. Dan tepat dua bulan selepas itu, kami telah bernikah.
Tahun ini untuk raikan hari jadinya, kami ke IOI City Mall, menonton Avengers Age of Ultron, di GSC, dan makan di Tony Roma's. The movie was excellent and we had a good time.
Happy birthday, awak :) terima kasih kerana kejar saya pada masa kita dating-dating dulu :)
and here's hoping to many more years of happiness ... :)
gambar terbaru keluarga kami |