Sebelum muncul SMS kemudian WhatsApp dan Telegram, orang hantar kad raya. Macam-macam jenis ada, sesuai untuk keadaan. Yang ringkas, kelakar, ibu bapa. Romantis, dll.
Seronok menerima, best hantar..
Saturday, June 25, 2016
Malam ke 19 Ramadhan
Friday, June 24, 2016
Malam ke 18 Ramadhan
Anda akan tahu raya sudah dekat apabila stesen radio memainkan lagu raya. Sudah 2/3 Ramadhan berjalan, so Syawal ia hovering. Lagu M.Nasir tetap evergreen :) satu hari di hari raya...
Thursday, June 23, 2016
Malam ke 16 dan 17 Ramadhan
Berpuasa di luar negara, especially di mana anda adalah minoriti, amat berlainan feelnya. Semasa berpuasa di America, sekitar awal 90an, pengalaman berpuasa ketika orang sekeliling hidup (makan minum) seperti biasa, was a challenge. Lama - lama, baru biasa. Semasa saya di sana, Washington DC, imsak sekitar pukul 5 am, dan Subuh was soon after. Berbuka pula sekitar lewat pukul 5 pm, sebelum pukul 6 pm. Juadah berbuka, apa yang ada ketika itu. Sangat sempoi kerana tidak ada bazar Ramadhan.
Tuesday, June 21, 2016
Malam ke 15 Ramadhan
Syukur. Hari jadi pertama kali yang ku ingat di bulan Ramadhan yang aku akan ingat. I cannot go any lower, the only way is up ....
Monday, June 20, 2016
Hari jadi ke 43
Syukur, saya berumur 43 tahun hari ini. And, I learnt a lesson and it kept repeating in my head the whole day. Aku mesti bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Kepala ku berserabut kerana tidak bersyukur dengan apa yang aku tidak ada, sebaliknya mendambakan apa yang yang tiada.
Tidak bermakna aku bersyukur, aku sudah rasa cukup dengan apa yang aku ada. Tidak sama sekali. Ia bermakna, dalam usaha ku mencapai yang lebih, I must be happy with what I have. Then, I will achieve more, InsyaAllah :)
Happy birthday, Azmir .... you are finally free of the shackles!
Tidak bermakna aku bersyukur, aku sudah rasa cukup dengan apa yang aku ada. Tidak sama sekali. Ia bermakna, dalam usaha ku mencapai yang lebih, I must be happy with what I have. Then, I will achieve more, InsyaAllah :)
Happy birthday, Azmir .... you are finally free of the shackles!
Malam ke 14 Ramadhan
Selalunya bila di pertengahan Ramadhan, waktu sahur, makan tidak beberapa penting tetapi minuman is a must.
Subscribe to:
Posts (Atom)