Nota Malam
Malam ini, saya mahu bicara ringkas tentang kisah masa lepas.
Masa lepas adalah apa yang telah berlaku. Tidak ada apa yang boleh mengubah masa lepas. Kita boleh belajar, ingat pelajaran masa lepas tetapi ia tetap sama.
Dahulu, saya kerap megeluh tentang apa yang berlaku di masa lepas. If I did this, kalaulah aku buat macam tu, tidaklah aku begini, dan perkara sewaktu dengannya. Saya telah membaca tulisan2 yang berkata kata-kata hikmat ...
Let go and move on
Forgive and forget
Lupakan kenangan lalu
Dan sewaktu dengannya ...
Tetapi, mengapa hati ini masih sakit? Mengapa masih terbuai2 kenangan lama lagi?
Dan awal bulan lepas, saya jumpa jawapannya.
Jawapan = Maaf
Maafkan masa lepas anda terutama mereka yang menyakiti anda. Memaafkan bukan maksud melupakan, cuma anda melepaskan beban yang ditanggung dalam jiwa dan pemikiran.
Saya buat begitu dan syukur2, hati lebih tenang sedikit sekarang. Saya mesej mereka minta maaf dan saya maafkan mereka. Ada yang terkejut, tak sangka perkara itu wujud.
Juga, saya tinggalkan sejauh mana mungkin kumpulan/individu negatif yg toksik. Siapa sekitar kita memang mempengaruhi kita sedar atau tidak.
Do I still remember the past and the pain? Sure.
Tapi, tidak seteruk dulu. Saya fokus kepada sekarang kerana sekarang akan mempengaruhi masa hadapan.
Forgiven not forgotten, jalan terus!
FB 1/10 ... 2330 ....