Dewan Selera or DS for short adalah tempat di mana makanan disediakan untuk pelajar2 Maktab. Makan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam, Minum Petang, Minum Malam.
Aku ingat lagi abang2 dan kakak2 pekerja .. bukan semua .. sebahagian aje la .. yang aku ingat is warna uniform mereka ( hijau tua ) dan boot Phua Chu Kang hitam mereka. Kadang2 fikir, pelik juga .. sebab apa ye pakai boot mcm tu tapi kerja di bahagian dapur ? ..oh well ... Ada 4 orang yang aku ingat .. dua perempuan dua lelaki .. nama2 mereka .. Abg Lembut, Abg Misai, Kak Garang, Kak Selamba.
Abg Lembut ni memang lembut .. tapi lembut yg membebel .. bila tgk dia buat kerja ( menghidang et al ) ... rasa2 ni dia ni garang kot ..
Abg Misai pula seorang yang santai je .. buat kerja muka sempoi ... pernah sekali aku kena marah sebab tercakap perkataan kesat ... actually, not to him tp dia terdengar .. menegur kot ..
Kak Selamba ni cool orangnya .. hmm.. bila dia buat kerja, muka tu la .. muka selamba seposen .. tidak ada emosi langsung .... mungkin dalam kepala dia , pelbagai perkara yang dia fikirkan ..wallahualam.
Kak Garang pula adalah seorang yang garang. Muka pun memang garang .. kalau cakap dengan bebudak student ni, nada kadang2 mcm nak mengherdik kita aje ... yg tak best is kalau dia bertugas menghidang untuk makan tengahari / makan malam ... nampak sgt kedekutnya bila meletakkan makan atas tray kami.
Di DS, tray yang digunakan adalah tray stainless steel empat segi .. oklah .. senang nak basuh ...
Makan Yang Disediakan di DS kira ok aja ... edible and fit for human consumption ... ;-) breakfast paling aku tidak suka is roti n telur. Telur tu dimasak style pressure cooker .... makan tengahari dan makan malam biasanya nasi dan lauk pauk biasa .... kadang2 lauk tu ada yg basi atau tidak bagus ... kalau nak tahu lauk tak bagus / basi ... bau lauk itu sendiri atau tidak ada abang / kakak DS untuk menghidang .... depa pun mcm tahu2 je ...
Ada bebudak ni kadang2 ambik lebih lauk ... esp kalau diberi peluang mengambil lauk sendiri ... bagi aku .. tak kisah sgt la ... tapi kalau Kak Garang nampak, dia marah oo .... siap tempelak lagi ...
Perkara terakhir yang tidak akan aku lupa is cara abang2 pekerja DS melap meja makan setiap hari selepas tamat makan malam. Selamba je, dia ambik mop ( tah dipakai untuk mop lantai ke ) dan terus lap meja.
Jadi malam2 masa Prep, students yang have to study di DS, akan menghabiskan masa 5-10 minit pertama, membersihkan meja yang mereka menggunakan sbb punyalah melekit meja tersebut selepas dibersihkan ;-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Azmir.. u ni MRSM Jasin ker...huhuhu... my husband was x-jasin jugak..1994-95.
Visit my blog for more info about Aszra's birthday party ok!
:) tak jauh semua2 ni .. hehe .. ok, will do !
Post a Comment