Sunday, May 24, 2009

Jasin Dan Dendam

Pada rakan - rakan yang mengenali diri ini sejak Jasin, mungkin kalian tahu yang aku ada berdendam dengan beberapa orang ex-Jasin. Dendam bagaimana, kalian tanya ?

Dendam yang boleh membuatkan gue 'lose control' dan melaksanakan tindakan di luar fikiran.

Beberapa hari lepas, seorang sahabat menyebut salah seorang mereka dan tanpa berfikir panjang, aku terus berkata yang aku mahu pelangkung kepalanya dengan kayu golf wooden driver ( kaki golf tahu apa kayu ini ) dan baru mengajaknya main golf, untuk menghilangkan kemarahan ini.

Individu - individu ini mempunyai set video mereka tersendiri dalam memori. Video yang penuh dengan gambar berwarna-warni dan sound effect Hollywood. Dalam video ini, ada mereka dan aku. Dan ianya sungguh jelas. Sejelas TV plasma Samsung.

" Let bygones be bygones " - Scorp , " Masa tu kita budak2 lagi .. "- CP,
" It is the meaning of the event that maginifies how it affects you ... " - Tony Robbins

Macam pernah aku kata di mailing list group Jasin, kalian bisa menasihati itu dan ini, tetapi yang merasainya adalah aku. Aku yang tidak tahu apa - apa masa itu. Sebelum Jasin, ianya hitam dan putih, selepas Jasin, ianya kelabu.

Dan baru - baru ini, seorang insan yang berada dalam kumpulan ini menegurku. Beliau baru sahaja dalam satu ujian dan kalian tahu apa ku kata. Tahniah. Dendam Kesumat kemarahan itu masih ada dan menyala, tetapi ucapan tahniah was the right thing to do. Kisah insan ini akan ku ceritakan nanti. Kisah yang menukarkan persepsi aku tentang orang berkopiah dan berkuasa, yang sepatutnya menolong / membimbing tetapi menolak ku jauh hanya kerana, " Saya tidak mahu orang sebegini di bawah saya. " Bagi dia, aku insan pelik yang patut bersama insan - insan 'pelik' yang lain.

---

Ini bukan kisah yang aku nak ceritakan selepas post ini, tetapi aku luahkan kerana ia sudah lama dalam hati.

Macam aku katakan ... ini semua therapy.

No comments: