Melihat dekad yang lepas ... saya ingat lagi, dunia dilanda demam Y2K. Ketika itu, saya di KL, DagangNet, waktu tengah malam .. melihat kesan Y2K atas sistem DNT. Syukurlah, pada masa itu, tidak ada kejadian yang tidak diingini terjadi.
Azmir dahulu dan Azmir sekarang ada satu persamaan. Fizikalnya masih sama ;-) tetapi yang beza, yang saya pasti, adalah pemikiran sekarang berbeza dengan dahulu.
Pada permulaan dekad lepas, adalah mulanya saya membaiki diri ini. Daripada trauma kejadian - kejadian lepas ( sekolah dan universiti ).
Antara Fakta - Fakta Yang Mula Dipelajari
Fakta Pertama - Anda Bertanggungjawab Kepada Diri Anda Sendiri
Fakta Kedua - Buat Salah Tidak Mengapa, Belajar Dan Maju Ke Hadapan
Walaupun ada jatuh dan bangun, yang pentingnya ialah bagaimana reaksi kita selepas jatuh dan bangun. Adakah kita akan belajar dari kesilapan / kemenangan dan terus maju atau lalai / alpa dengan situasi itu ?
Dua Buku Yang Memulakan Perjalanan Diri pada tahun 2000
Pada rakan - rakan kalian, semoga 2009 telah memberi pengajaran yang berguna untuk kejayaan kalian pada tahun 2010.
Friday, January 01, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment