Januari 2011 sudah lepas dan Februari pula menjelma. Dan tarikh pemergian daripada tempat kerja sekarang juga semakin dekat. Dan, rasanya ini adalah perkara yang 'pagal' aku buat semenjak sepuluh tahun kebelakangan ini, tapi, bagi aku, masanya telah tiba. Jika ini yang harus dilakukan, inilah yang harus dilakukan. Namun, tidak mengapa, ada plan B .. backup plan sekiranya perlu. Dan Aku Ulang Lagi Sekali ... Jika Perlu.
Farah sudah tiga bulan. Dan syukur, seperti kakaknya, kerenahnya tidak banyak .. cuma dia senang berjaga malam .. jadi penting waktu awal malam ( 7 pm - 10 pm ), kami tidak bagi dia peluang untuk tidur kerana dia boleh berjaga sehingga 3 - 4 pagi apabila itu tidak dilakukan.
Biznes mula berjalan ... satu perkara yang mesti dilakukan adalah fokus dan ikuti langkah2 yang telah dirancang awal2 ... aku mendapat inspirasi ini apabila memindahkan barang ke kediaman baru kami. Yes, we are finally leaving the nest :D
Saturday, February 05, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment