poster ihsan GSC |
Sedikit latar belakang novel - diterbitkan pada tahun 2004, novel ini adalah kisah cinta Ifti Liyana dan Nazmi. Pertemuan, penyemaian cinta, konflik, pertautan kembali dan penyatuan mereka. Mesir menjadi titik bertaut cinta mereka, manakala kisah lama Ifti menjadi halangan cinta mereka. Bagi saya, novel ini adalah karya terbaik Anis Ayuni sampai sekarang. Memang jalan ceritanya klisye ;-), tapi olahan yang baik dan semangat cinta teraju utama novel ini menjadikan novel ini novel cinta yang baik
cover novel original Manisnya Cinta
cover original ihsan Alaf21 |
Cover Novel Manisnya Cinta versi adaptasi filem
cover ihsan blog Hezzy Azra |
trailer
Dalam adaptasi ke dunia filem, memang harus dikurangkan apa yang tidak perlu, mengekalkan apa yang penting iaitu konsep cerita novel. Dalam hal ini, saya berpendapat usaha yang dilakukan oleh pihak RedFilms memang berjaya. Kisah cinta Ifti dan Nazmi, bersama dengan konflik itu dikekalkan.
Pengarah Bernard Chauly memang pandai mengolah dialog dan visual filem ini. Khususnya, visual kerana anda akan terpesona dengan visual Turki. Penulis Rafidah Abdullah pandai mengolah dialog dari novel untuk dibawa ke filem. Penting kerana bahasa bersahaja dalam novel harus dikekalkan untuk filem dan ya, ia berjaya.
Pelakon utama Fazura sebagai Ifti Liyana dan Shaheizy Sam sebagai Nazmi. Syabas Fazura kerana BERJAYA membawa watak Ifti. Saya akui agak skeptikal apabila Fazura mendapat watak Ifti, tetapi dia berjaya menjiwai Ifti. Shaheizy Sam berlakon ok sebagai Nazmi, namun mungkin sebab kecemerlangan Fazura, beliau tenggelam sedikit, tapi keserasian beliau dengan Fazura memang nyata dalam cerita ini.
Ada beberapa babak yang 'kuat' dalam filem ini. Dan saya jamin anda akan menitiskan air mata sekurang-kurangnya sekali. Babak mana? Pergi tengok ye ;-)
Mula - mula berjumpa
Ajakan pertama
Kesimpulannya, saya puas dengan filem ini. Tahniah kepada pasukan Manisnya Cinta kerana menghasilkan filem yang bagus, menepati citarasa peminat. :)
Konflik
Saya rekomen kepada kalian yang mencintai filem Melayu untuk menonton filem ini. Ianya ringan, saya akui, tetapi usaha dan kesungguhan pasukan Red menghasilkan filem ini harus disokong kerana tidak merendahkan minda penontonnya.
Two thumbs way up! :)
lagu rasmi filem ini .... melodinya juga menjadi latar muzik filem ini ...
Saya sangat2 rekomen kalau anda sukakan filem ini, beli juga buku novelnya di kedai buku atau di laman Alaf21. Kepuasan yang terjamin :)