Sejak awal tahun ini, saya telah membuat tekad. Tekad bahawa UCSI adalah tempat terakhir kerja saya sebagai seorang akademia. Dalam suatu kerjaya, ada matlamat yang harus dicapai untuk 'mencukupkan' kerjaya itu. Dalam kerjaya akademia, dua perkara utama tersebut adalah membuat penyelidikan dan menghasilkan tulisan akademik dan menyambung pengajian phD.
Dan akhirnya, setelah tujuh tahun berkecimpung dalam bidang ini, I come to realization that for all intents and purposes ... it is not my path anymore ... and continuing this path will not make me happy in the long run ....
Drastik bukan .... kerja stabil tetapi tidak mahu teruskan kerja ini ... habis itu, mahu buat apa? Hujung tahun lepas, saya berfikir .. 20 tahun akan datang ... apa yang akan saya lakukan? Sayangnya,bayangan dunia akademik saya agak malap. Saya boleh teruskan dengan apa yang saya lakukan sekarang, tetapi rasanya tidak akan ke mana.
Tapi, saya bersyukur dapat merasa kerja sebagai seorang ahli akademik ... saya dapat masa untuk berfikir secara terang, sambil membuat sesuatu yang menyeronokkan.. dan bekerja dengan orang muda membuatkan saya jiwa muda :) hehehe ....
Saya tahu masa depan saya masih dalam bidang pendidikan, tetapi mungkin pendidikan ilmu lain ...
okaylah ... cerita malam-malam.
Goodnite!
Thursday, May 29, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment