Showing posts with label liverpool fc. Show all posts
Showing posts with label liverpool fc. Show all posts

Thursday, July 03, 2025

Notebook 030725

 1) Zara finally has her bank account.

2)

3) RIP, Diogo Jota. Terima kasih for everything u did for Pool.  

 Video


 

Monday, November 24, 2014

It Does Not Matter Anymore ....

Aku masih penyokong tegar Liverpool FC. Musim lepas, SaS begitu mengasyikkan ... so near yet so far ... tapi, sebenarnya...masa pertengahan musim lepas .... aku sedar ... sedar, sedar untuk segala sayang dan dedikasi aku terhadap kelab ini ... menang, seri atau kalah mereka .. aku masih macam ini ... selepas 90 minit setiap perlawanan mereka .. my life is still more or less the same ....

Bagaimana kalau dedikasi dan sayang aku pada Liverpool aku curahkan juga kepada hidup aku? The same care, passion and effort ..... selepas itu, setiap Pool menang, kalah atau seri .. aku masih boleh senyum dan menjalani hidup ... bohonglah kalau tidak terasa apabila Pool kalah atau seri, tapi kesannya tidak seperti dulu .... kerana pengurus dan pemain Liverpool bermain dan mempunyai kesan secara langsung pada kelab Liverpool khususnya, but not to my life ... I am the one in charge and my decisions my life ... bukan Liverpool decisions affect my life ...

Jadi, walk on Pool ... You Never Walk Alone :D

This heart always beat Red :)

Liverpool FC


Thursday, February 20, 2014

Ulu Yam Di Liverpool ... Inspirasi Untuk Masa Hadapan

Syukur, dapat aku membeli dan membaca karya Tuan Nazali, Ulu Yam Di Liverpool.

di bawah adalah review ku untuk buku ini di goodreads.com Ulu Yam Di LiverpoolUlu Yam Di Liverpool by Nazali Noor
My rating: 5 of 5 stars

Satu buku yang mengandungi catatan peribadi tuan penulisnya yang santai dan bersahaja, dengan maksud yang mendalam. Apa yang ditulis oleh tuan Nazali, kita juga mungkin pernah mengalami, bukan kisah yang sama, tetapi konteks yang sama. Yang menjayakan buku ini adalah catatan - catatan beliau yang jujur dan datang dari jiwa. Ia memberi kesan dan inspirasi kepada pembacanya. Saya berikan lima bintang kerana banyak pengajaran beliau dalam buku ini adalah praktikal dan relevan untuk masa ini. Juga, saya peminat tegar Liverpool :) YNWA!

View all my reviews

Kagum dengan kisah hidup tuan Nazali yang dibukukan ini. Juga ada nasihat-nasihat yang berguna. Walaupun beliau sekeluarga berhijrah ke UK, tapi Malaysia tetap di hati. Hmm, memang aku ada berniat untuk berhijrah ke tanah Amerika, cuma bimbang mengenai nawaitu dan sekiannya. Akan aku beri pertimbangan sepenuhnya, InsyaAllah.

Kepada tuan Nazali, tahniah atas kejayaan buku ini dengan menyunting semangat Liverpool Football Club dengan kisah2 hidup anda. YNWA!! :)