Friday, May 01, 2015

Lawatan ke PBAKL 2015

Lama sudah tidak ada isi.. baru ada isi untuk tulis kembali ...

Siang tadi, pergi ke PBAKL 2015 di lokasi biasa, PWTC. Ramai orang, pelbagai peringkat umur dan ragam. Pelbagai penerbit, seperti dahulu.

Gambar menunjukkan buku-buku yang dibeli. Buku-buku yang dijamin akan dibaca :)


Saya mahu meneroka alam buku Indie yang semakin popular di Malaysia. Jikalau anda lihat buku Saiful Nang di atas, pasti anda ingat penerbit, penerbit baru, pada hal, di sebaliknya, adalah penerbit popular.

Kisah di sebalik buku2 yang dibeli

Koleksi Ujang dan Ayop Anak Tulakang dibeli di booth Creative Enterprise. Nostalgia zaman kanak-kanak, semasa saya gemar membaca Gila-Gila. Masa di booth Creative Enterprise, rasa sedih melihat keadaan Creative Enterprise yang tidak seberapa berbanding penerbit2 tempatan yang lain, padahal mereka adalah antara veteran penerbitan negara.

Buku Not terbitan Tulisnovel.com clan, dibeli secara tunai dari sahabat lama FB, Cik Husna, sebagai menyokong usaha penulisan beliau. Sempat bergambar dengan Puan Husna yang saya kenal sejak zaman Karipap-karipap Cinta PTS ;-)

ihsan FB Puan Husna Adnan

Buku-buku Dubook Press yang saya beli timbul dari perasaan ingin tahu mengenai keistimewaan Dubook yang saya dengar sejak sebulan dua, di FB rakan penulis .. buku mereka jenis Indie ... tiga buku yang saya beli dipilih berdasarkan imbasan bacaan isi mereka. Bermulalah penerokaan saya ke alam buku Indie yang popular di kalangan muda-muda sekarang.

Sama dengan buku Fixi, trilogi tulisan cik Gina ... masa melawat booth Fixi di tingkat 4, pada mulanya saya tidak mahu beli apa-apa buku Fixi, kerana buku fiksyen Fixi lain dari yang lain. Terus terang, buku-buku Fixi meneroka alam di hujung, 'edge'.. bukan buku-buku tipikal. Jadi buyer beware, Akhirnya saya beli sebab memang tertarik dengan Ngeri,dan keramahan Cik Gina melayan celoteh saya mengenai buku-bukunya. Another book arena to ponder.

Saiful Nang. Hmm, saya hormat dan kagum dengan beliau. Ramai yang bersetuju bila saya katakan yang beliau adalah pemangkin kepopulariti fotografi perkahwinan Melayu. Jika anda tidak pernah membaca blog beliau, buku ini adalah permulaan yang bagus kerana ia adalah kompilasi tulisan blog/FB beliau. Mengapa saya beli ialah saya nak tahu apa yang membuat beliau 'tick'. I do not agree with some of his words, especially nowadays, tetapi give credit where it's due. Beliau berjaya dalam bidang beliau dan kerja kebajikan beliau di bawah Rumah Warga Prihatin harus dicontohi.

Jumpa-jumpa

Jumpa Prof Kami dan Kak Roza di booth UMKI anjuran Blink. Aduh, Prof, maaf kerana lama tidak ikut UMKI. Saya akan ikut kembali. It's good to have you and Kak Roza back here in Malaysia. Beliau dan Kak Roza masih begitu, semangat dan bersahaja. It feels like I have known them for a long while.

Jumpa tuan Syaizul Amal di Gempak Starz :) sempat tegur beliau dan berborak sekejap. Salah seorang tokoh penerbitan buku Malaysia yang saya hormati dan kagumi. Tidak lokek berkongsi ilmu dan cerita perniagaan buku Blink.

Kesimpulannya, lawatan yang okay, tapi tidak semeriah bagi saya macam tahun-tahun dahulu. Am I getting more cynical, atau saya kepenatan masa itu..

No comments: