Thursday, December 31, 2020

Review 2020

 Learnt a lot .... revealing ... a major turning point in the history of mankind ...

especially self... dan masa hadapan ... I dah gain wisdom I think, finally :)




Friday, December 25, 2020

Buat Je ....

 Nak buat apa2 ada satu rahsia ... buat je ... jangan fikir byk2 ... terlalu mendalam rancangan, last2 tidak ada apa2 yang berlaku ... selepas doing it, buat adjustment based on feedback from your actions 

Just Do It Nike -iklan pertama-


Wednesday, December 16, 2020

Top 10: Lagu Rock Kapak Balada Yang Evergreen ... Bagi Den

Ni adalah lagu rock kapak balada yang evergreen dan masih berbisa sehingga sekarang. Saya sengaja tidak memasukkan May, Search, Wings dan Lefthanded, kerana lagu-lagu mereka memang sudah legend ;)



CRK - CINTA DAN AIRMATA

lagu ni pernah feature dalam filem Bayangan Maut



JUNCTION - TAK MUNGKIN LAGI

killer song oo ... tangkap leleh ...



MASA - PATAHNYA SAYAP MALAM

Alfatihah kepada arwah Zul  , lead vokal Masa n Lan, gitar Masa



MEGA - SEKUNTUM BUNGA SAKURA DI GURUN SAHARA

klasik lagu ni ....





FOTOGRAF - DI ALAM FANA CINTAMU

AlFatihah buat arwah Shamrin - vokal -



BLOODSHED - SRIKANDI CINTAKU

Lagu ini legend .... dengar sahaja intro tahu lagu apa ...



CROSSFIRE - REALITI DAN FANTASI

Lagu ni lagu hit masa den sekolah menengah :D



SATIRA - KAU MASIH KU CINTA

Susah nak cari lagu ni mp3 nya ... :)



FEBIANS - UNTUKMU SAYANG

Video klasik tu .. main kabus kek Genting



SOFEA - BUNGA PADANG PASIR

Lagu balada ni best sgt ... sebab lawan imej brutal SYJ (Sofea dulu)  :D



Itulah dia pilihan den .... korang bagaimana?



Saturday, December 12, 2020

Back To Writing ... :D

 Saya kembali menulis ... I am writing back .... see you real soon ....

Tuesday, September 22, 2020

Thursday, June 18, 2020

Album-album Wajib : May


May ... antara nama otai dalam arena rock kapak Malaysia. Ramai mengenali May sebab vokalis - vokalis mereka iaitu Mus dan Yantzen.

Fakta-fakta menarik

Bermula 1985, senarai ahli kumpulan consistent cuma vokalis berubah-ubah.

Drum: Man, Bass: Yus, Gitar: Abu
Vokalis: AG

Bekas Vokalis: Mus --> Yantzen --> Oney

Tiga Album Wajib

1. Dilema

Album yang memperkenalkan May. 

Lagu hit: Sketsa Sebuah Cinta

May - Dilema album


2. Hakikat

Album megahit May yang menjulang nama May ke tahap dewa :D
Lagu - lagu hit: Sendiri, Cintamu Mekar Di Hati, Cintaku Sewangi Kasihku
Rahsia

May - Sendiri

May - Cintamu Mekar di Hati

May - Cintamu Sewangi Kasihku





3. Rahsia 


Album hit ketiga May. Tidak se-gah Hakikat tapi masih bisa.
Lagu: Gadis Bertudung Putih

May - Gadis Bertudung Putih


---

Album2 yang lain saya tidak dapat kata sebab saya tidak pernah dengar album-album tersebut. 

Kisah peribadi

Secara peribadi, saya pernah berjumpa dengan dua ahli kumpulan May di Seremban

Saya  jumpa mereka kat pusat snooker Punca Emas tahun 1988 (Mus n Yus). 
Saya ingat Mus tengah main snooker, Yus tengok sahaja ... dapat bersalam dengan depa dan dapat  autograf Mus ... beliau tulis M.U.S.A.Y ... sayang kertas dah hilang :(



Sumber 


Wikipedia album-album May

Wednesday, May 27, 2020

Selamat Tinggal Rohazlie

Seminggu ni dikejutkan dengan 2 org insan  ...

1: Rohazlie Busu

Saya dan arwah tidak rapat sangat ... kami sama tingkatan 1 di sekolah menengah Vivekananda Brickfields. 1 PP (1 Perdagangan Puteh) tahun 1986. Kenal2 begitu, tetapi tegur2 okaylah.
Selepas tingkatan 1, memang terpisah and tak tahu much about him lepas itu.

Namun, saya ingat masa saya sedang belajar di PPP/ITM, saya nampak dia naik bus yang sama dengan saya, di KL. There he was, sitting there, headphone di telinga. Dia tidak perasan saya, tapi saya perasan dia. Apa saya buat? Nothing. Lepas turun bus, rasa nyesal pula ... tapi ... takpe, menyedapkan hati saya, nanti maybe jumpa lagi.

Syukur, tahun 2015, memang dapat peluang berjumpa beliau. Dua kali. Majlis geng kami SM Vivekanada di Cititel dan BBQ. Dapat berborak sedikit dengan beliau. Still mcm dulu, ramah dan pendiam. Masa tu, saya cerita tentang kisah bus, dan beliau mengiyakan cerita saya. Saya minta maaf, dia kata okay2 je.

Gambar pertemuan kedua  .. arwah duduk depan sebelah kanan sekali.

FB beliau

Selepas itu, tidak tahu cerita sebab selepas reunion, saya tinggalkan group WA sekolah kami. Beberapa hari lepas, dapat khabar ... beliau telah meninggal dunia hujung tahun lepas 28/12/2019 dan dikebumikan di Shah Alam. Kebetulan, sahabat saya Zarina melawat pusara arwah abang beliau beberapa hari lepas dan terlihat batu nesan arwah sebelah kubur abang beliau. Gambar pusara dihantar kepada saya, dan ya, ianya benar, lepas saya check dengan beberapa rakan sekolah lain. :/

Terima kasih Rohazlie ... semoga awak tenang di sana. Saya tidak lupa saat di bas itu.





Wednesday, April 15, 2020

Album-Album Wajib: Wings

Kepada yang minat Awie, wajib mendengar lagu-lagu kumpulan yang menaikkan nama beliau sebagai vokalis utama, iaitu Wings.

Fakta yang menarik tentang Wings


  • Ahli asal: Awie (vokal), Syam (gitar lead), Zul (gitar bass), Baharum (gitar ke-2), Jojet (dram)
  • Ahli-ahli lain: Mel & Mus (vokal), Joe (gitar lead), Black (dram), Eddie (gitar bass)
  • Ahli sekarang: Awie (vokal), Eddie (gitar bass), Black (dram)



Tiga album wajib 


  1. Belenggu Irama (1987) 
  • Album yang meperkenalkan Wings kepada dunia rock Malaysia.
MV: Intanku Kesepian


MV: Biarkan Ia Berlalu 

  1. Hukum Karma (1988)
  • Album killer kedua
Taman Rashidah Utama


Misteri Mimpi Syakila

  1. Teori Domino (1990)
  • Album killer ketiga, seterusnya kemuncak kreativiti dan keunggulan muzik Wings

Sejati


Sagu hati


  1. Jerangkung Dalam Almari (1991)
  • Wings mengorak musik keras - hard rock, thrash dan metal 
  1. Bazooka Penaka (1993) 
  • Wings melayan pop rock  -- Di Ambang Wati & Bernafas Dalam Lumpur


----

Album-album yang lain bagi saya tidak menarik kerana selepas ini, Wings hilang bisa oleh kerana perubahan anggota dan faktor lain. Bila ada konsert, yang pasti lagu yang dimainkan adalah dari album2 lima yang pertama saya senaraikan di atas.



Sumber :

Wikipedia Kumpulan Wings

Wikipedia album Wings



Friday, April 10, 2020

Satu Hari Manis Buat Azri dan Rimi

Pemergian rakan kolej saya di post mengingatkan saya kepada pemergian dua orang sahabat, arwah Rimi Azuan Ramidin dan Mohd Azri Salleh pada lewat 90an.

Mohd Azri Salleh asal dari Kg Changgang, Johol. Lulusan Kejuruteraan Perkapalan Politeknik Ungku Omar Ipoh. (ps/I nearly joined him). Ship engineer. Room-mate masa MRSM Jasin Tingkatan 4 dan best friend until he passed away. Banyak cerita tentang persahabatan kami, maybe I will write it later. Tapi, yg seronoknya, ialah sebelum arwah meninggal, kami menjadi mat rempit buat tour Terengganu, Kelantan dan Penang. And then he passed away. Accident dengan bas. Sempat menghadiri pengkebumian beliau di kampung walaupun mendapat berita lewat. For me, he is not gone per se, beliau cuma sedang belayar jauh :/

Rimi Azuan asal dari Kota Bharu, Kelantan. Graduan University Colorado Boulder, bidang MIS. Rakan sebilik masa PPP/ITM Shah Alam. Seorang yang memang berkarisma, kira ada aura lelaki sejati :) a funny guy and a good friend. A few good stories I remember about him, among the best, the Pangkor trip. Masa last time jumpa arwah di Ampang, teringat arwah sungguh happy masa tu. I will remember that moment. Accident motor. Really, he was gone too soon.

One sweet day, we will meet again hombres ...


Saturday, April 04, 2020

Terima kasih Buat Fizah

It took her passing to wake me up and remind me of the obvious truth of the people around me ...

Satu perkara tentang saya suka tentang arwah ialah semasa di zaman Shah Alam 91-93, she always saw me as a person and treated me as a person. Dan judging by her passing, she carried those qualities throughout her life.

Terima kasih kerana mengingatkan.

I will see you when I get there, my friend, ... InsyaAllah.