1: Rohazlie Busu
Saya dan arwah tidak rapat sangat ... kami sama tingkatan 1 di sekolah menengah Vivekananda Brickfields. 1 PP (1 Perdagangan Puteh) tahun 1986. Kenal2 begitu, tetapi tegur2 okaylah.
Selepas tingkatan 1, memang terpisah and tak tahu much about him lepas itu.
Namun, saya ingat masa saya sedang belajar di PPP/ITM, saya nampak dia naik bus yang sama dengan saya, di KL. There he was, sitting there, headphone di telinga. Dia tidak perasan saya, tapi saya perasan dia. Apa saya buat? Nothing. Lepas turun bus, rasa nyesal pula ... tapi ... takpe, menyedapkan hati saya, nanti maybe jumpa lagi.
Syukur, tahun 2015, memang dapat peluang berjumpa beliau. Dua kali. Majlis geng kami SM Vivekanada di Cititel dan BBQ. Dapat berborak sedikit dengan beliau. Still mcm dulu, ramah dan pendiam. Masa tu, saya cerita tentang kisah bus, dan beliau mengiyakan cerita saya. Saya minta maaf, dia kata okay2 je.
Gambar pertemuan kedua .. arwah duduk depan sebelah kanan sekali.
Selepas itu, tidak tahu cerita sebab selepas reunion, saya tinggalkan group WA sekolah kami. Beberapa hari lepas, dapat khabar ... beliau telah meninggal dunia hujung tahun lepas 28/12/2019 dan dikebumikan di Shah Alam. Kebetulan, sahabat saya Zarina melawat pusara arwah abang beliau beberapa hari lepas dan terlihat batu nesan arwah sebelah kubur abang beliau. Gambar pusara dihantar kepada saya, dan ya, ianya benar, lepas saya check dengan beberapa rakan sekolah lain. :/
Terima kasih Rohazlie ... semoga awak tenang di sana. Saya tidak lupa saat di bas itu.
No comments:
Post a Comment