Zubaidi Amir Qusyairi
Secara jujur, saya tidak kenal adik sehingga Jumaat lepas. Rupa-rupanya, kisah beliau sudah viral sekitar Oktober 2020 lepas ... kisah lebih viral dengan video perpisahan yang menyayat hati
Artikel bersama video perpisahan di sini
"Amir tetap adek kakak"🥰❤️ pic.twitter.com/ZvVG0QmrsA
— Tuhfah (@Tupah9) October 15, 2020
Sudah tonton video tu ... sebak kan ....
As usual, bila catch up apa yang sebenarnya berlaku, aduh perasaan sedih mula timbul di hati. Setiap kali menonton video, aksi arwah saya lihat and aksi ahli keluarga-keluarga tersebut, tidak dapat ku lupa, khususnya ibu angkat, Umi. Si ayah angkat yg steady, pun kelihatan sedih jua di saat perpisahan.
Hari Jumaat (29/1)baca berita online tentang pemergian arwah ... yelah kes budak 7 tahun meninggal didera ... memang sedih, tapi apabila melibatkan kes sebegini, kesannya amat berbeza. Jadi, 30/1, dan 31/1, saya mula dig in kisah ini dan hasilnya ia terlalu menyentuh jiwa.
Sebab apa? sebab ia melibatkan kasih sayang dan anak kecil.
Menonton gambar2 arwah, aksi tipikal budak kecil yang disayangi, tidak berbeza dengan aksi anak-anak kecil yang kita kenal ... tapi hati ini kental walaupun sebak, sehinggalah menatap gambar di bawah. Air mata terus gugur buat kali pertama dan saya menangis.
Menonton video perpisahan pertama dan video perpisahan kedua (31/1), buat aku menangis kali kedua :( kerana ia terlalu asli ... kasih sayang dan rindu ... pelbagai emosi ... nampak kasih sayang keluarga angkat beliau yang membelanya sejak berumur 2 bulan, dan hubungan Amir dengan mereka.
Dan gambar terakhir arwah, yang diambil beberapa hari sebelum pemergian, gambar beliau merenung di tingkap rumah, pandangan arwah jauh sangat. Apa yang beliau fikirkan? rindu kepada keluarga angkat beliau? rindu pada Umi? Entahlah, hanya arwah dan Tuhan sahaja yang tahu. :/ Saya lihat foto tersebut, and I keep asking myself, apa yang kau fikir anak ku? ...
Terima kasih kepada mu dik, kerana menyedarkan kami tentang apa itu kasih sayang dan betapa pentingnya kasih sayang untuk anak kecil.
Saya tidak menulis apa - apa tentang ibu kandung dan ayah tiri beliau. Itu untuk satu post yang lain. Tetapi, yang sedih, ada sumber sahih, menyatakan yang keluarga angkat ada perancangan untuk mengambil kembali arwah, tetapi, tidak sempat kerana PKP. Allahuakbar, so near yet so far .. :/
Masa menulis post ini, aku terfikir, arwah masih lagi hidup ... dia masih ada .. seminggu lepas ... :(
Cuba tonton video ini, dirakam semasa pertemuan kembali selepas perpisahan Oktober 2020. Ia berlaku sekitar November 2022 lepas .. perlukan Instagram ya ..
Aku lihat betapa sayang Umi mendakap Amir, seolah-olah beliau tidak mahu melepaskan beliau. Dan lihat pandangan arwah yang sayu je kerana akan berpisah lagi. I cried again.
Umur baru 7 tahun, baru mahu mengenal dunia ... :/
Kepada arwah adik Amir,
Adik betul-betul disayangi oleh keluarga angkat seterusnya masyarakat ...
Adik adalah bayangan sayang/kasih kami kepada kanak-kanak.
Kepada keluarga angkat arwah Amir,
Kalian adalah keluarga beliau yang sebenar. Bertuah arwah mendapat kalian sebagai keluarga. :/
Peluklah dan sayang anak-anak kita, kerana cinta dan kasih sayang mereka adalah suci.
See you when we get there, Amir. Al-Fatihah.
Saya menulis post ini supaya apa yang rasakan dan fikirkan tentang peristiwa ini direkodkan. Simpan dalam memori, saya mungkin lupa perasaan ini.
Saya berhenti menulis di sini.
Video tambahan
Luluh hati kami..doakan kami sekeluarga kuat ye🤲🏻..kes adek amir masih lagi dlam siasatan..kami sekeluarga tak dpat tngok lgi keadaan jenazah adek amir mcm mana..dan doakan jenazah adek amir die beri peluang untk kami bawak balik dikebumi di bukit sentosa..insyallah amin ya allah pic.twitter.com/FSOv7xV3k7
— Tuhfah (@Tupah9) January 30, 2021
---
Link post saya di Facebook yang ada link2 untuk kisah ini
Sumber
No comments:
Post a Comment