Showing posts with label work the system; personal; musings. Show all posts
Showing posts with label work the system; personal; musings. Show all posts

Wednesday, January 04, 2017

Fokus

What you focus, expands. Buat apa yang perlu dan mahu dibuat.

Yes, sir!

Saturday, March 05, 2011

Satu Permulaan Baru

Pagi ini memang satu pagi yang penting. Kerana ia adalah permulaan baru . aku tidak pasti bagaimana fikiran aku dua tiga bulan selepas ini tentang apa yang sudah aku mulakan, tetapi kita lihat bagaimana ya.

Yang pasti, kali ini aku berani. Berani untuk melakukan satu perubahan walaupun tidak ada jaminan yang ianya akan berjaya. Tetapi, it is something that I must do, as I have been thinking and contemplating about it for the past year. Dan bila kontrak dengan MMU hampir tamat, aku membuat keputusan 'All Or Nothing'.. aku akan fokus pada bisnes, dan akan mengajar part time. Mengapa mengajar part time ? Kerana aku masih sayang kerja mengajar .. I love teaching and helping minds grow ...

Anyway, sekarang tiada alasan untuk kurang berblog :P .. kerana aku ada masa , sekarang cara menguruskan masa itu yg penting ... plan and execute !

Semoga berjaya !

Saturday, January 01, 2011

Selamat Datang 2011

Setiap tahun baru kita berjanji akan berubah, penuh dengan pelbagai azam. Dan pada penghujung tahun tersebut, apa yang terjadi dengan azam - azam di awal tahun ? Saya jamin  hampir kesemuanya tidak menjadi.

Jadi untuk 2011, apa kata kita buat begini ? Tetapkan SATU sahaja matlamat untuk setiap bidang hidup kita, dan fokus usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Saya akan gunakan teknik ini untuk 2011, kita lihat nanti bagaimana kesudahannya ?

" Perubahan hanya benar - benar berlaku apabila kita mesti berubah, bukan kerana kita ingin atau terpaksa berubah "

Semoga 2011 membawa kita ke peringkat hidup yang lebih tinggi :-)

Wednesday, November 04, 2009

Work The System

Salam sejahtera.

Sudah lama saya tidak menukilkan apa2 di blog ini. Maaf wahai pembaca. Banyak nukilan yang ingin saya coretkan, tetapi pinta berikan masa untuk saya keluarkan semuanya.

Kisah Kerja Sekarang - diam2 sudah dua tahun di dunia academia .. satu dunia penuh cabaran dan dugaan dan nikmatnya yang tersendiri. Sekarang, saatnya telah tiba. The future awaits.

Kisah Perniagaan - oh ye, saya ada blog perniagaan dengan nama yang gah, iaitu www.kayahebat.com .. ya, blog perniagaan yang saya akan kembangkan daripada semasa ke semasa ... saya ceburi tiga - forex, ebay and affiliate marketing. Hasilnya, masih lagi a bit pencapaian sederhana .. di sini perlunya dan pentingnya fokus.

Tajuk blog ini adalah sempena sebuah buku yang baru ku beli beberapa hari lepas. Kata si penulis, Sam Carpenter, apa yang berlaku dalam hidup kita, baik atau buruk, adalah kerana system yang kita gunakan. Fikir2kan kata itu ....