Tuesday, May 24, 2011

Jalan - Jalan Cameron Hari Ke 3

Breakfast

Satu perkara yang best mengenai Hotel Equatorial adalah sarapan pagi yang disediakan. Setakat ini, pilihan juadah sarapan mereka adalah yang terbaik di kalangan hotel - hotel di sini. Si isteri amat mementingkan sarapan pagi di mana - mana hotel yang kami duduki. :)

si isteri suka :)

Big Red Strawberry

Antara tujuan kami ke sini, adalah untuk merasa kedai - kedai strawberry. Big Red mempunyai kedai / ladang mereka di Brinchang, berdekatan dengan pusat pekan, di lereng bukit. Kawasan parkir agak curam, jadi sila memarkir baik - baik. Kedai strawberry yang standard dengan kedai runcit fokus barang - barang strawberry dan cafe disebelah. Juga ada peluang untuk membeli strawberry dan sayuran segar jika anda mahu. Kami merasa strawberry sundae mereka dan membeli topi / glove untuk Zara dan Farah :)

Dengan Zara dan Farah di Big Red

Strawberry Moment

Kami mahu mencuba kedai ini setelah melihat gambar - gambar makanannya di Facebook pelajar saya. Kafe ini berkonsepkan strawberry, dan kebanyakan makanan / minuman dalam menu ada strawberi dalamnya. Suasananya bersih dan santai. Kami memilih dua jenis waffle dan minuman strawberi. Sedap dan berbaloi ke sini. Jika anda ke Cameron dan mahu merasa makanan berasaskan strawberi yang best, sila datang ke sini :)

Juadah kami di Stawberry Moment
 

1 comment:

titan said...

hoho..jadi lapar dibuatnya pagi-pagi nih..