Showing posts with label personal; family. Show all posts
Showing posts with label personal; family. Show all posts

Monday, May 22, 2017

Kisah 21 May 2012

Pakcik Linda, abang ibunya meninggal dunia pada 2330, 20 May 2017 di rumah beliau, Binjai, Kelantan.

21 May, pukul 6 am, kami bertolak dari BBBangi ke sana. Sampai pukul 1330. Selesai urusan, sekitar 1630, kami bertolak ke BBBangi, sampai pukul 0115, 22 May.

Jumlah km - 950 km

A few words
AlFatihah kepada arwah
Wow ... Pi balik in one day to up there..
If it can be done, it can be done...

Family is important ...

Wednesday, December 19, 2012

Liverpool lost and it did not matter ...

last weekend, Liverpool lost 1-3 at Anfield to Aston Villa, but I did not care at all. Why ? We nearly lost Zara to drowning ..... I nearly lost my little princess ...

Secara ringkas, pada hari minggu lepas, kami ke Philea Hotel, Ayer Keroh, untuk hari keluarga syarikat Linda. Pada hari ke-2, pada waktu pagi selepas sarapan kami ke outdoor swimming pool. Saya sibuk mencari tempat untuk kami sekeluarga duduk, mana kala Linda melayan si Farah. Salah aku, tanpa aku sedar Zara sudah melompat ke dalam kolam dewasa. Aku lihat bayang dia dalam air, dia tidak bergerak .. pada masa itu sebelah dia ada seorang lelaki dewasa dengan anak dia. Dia ingatkan Zara tengah berendam. Aku terus kata kat Zara suruh dia keluar. Linda dah panik, suruh aku tarik Zara keluar. Ya Allah ! Ha ah .. mana dia tahu berenang. Bila tarik dia keluar, bibirnya sudah pucat dan hampir hilang sedar. Namun, bila aku rangkul dan kejutkan, syukur dia terus sedar. Dan akhirnya, Zara recover dan aku bawa dia main di kolam budak2. Pada mulanya, Linda tidak setuju dan mahu balik ke bilik, tetapi, aku tidak mahu Zara fobia dengan kolam renang.

At least she learnt a lesson. Later, she threw up as she took milk and we forgot that she drank a lot of the pool dirty water. We took her to a clinic later and she checked out. Soon, by the next morning, she recovered, but we monitored her for 48 hours as advised by the doctor to make sure she was okay.

The whole incident taught me a invaluable lesson, and I love Zara more than ever.

Wednesday, September 07, 2011

The Definition Of Insanity

Definisi 'insanity' - melakukan perkara yang sama dengan cara yang sama dan mengharapkan keputusan yang berbeza. Saya rasa saya dalam fasa 'insanity' dalam pelbagai perkara, selama ini. Time to wake up, dude.

Tuesday, May 24, 2011

Jalan - Jalan Cameron Hari Ke 3

Breakfast

Satu perkara yang best mengenai Hotel Equatorial adalah sarapan pagi yang disediakan. Setakat ini, pilihan juadah sarapan mereka adalah yang terbaik di kalangan hotel - hotel di sini. Si isteri amat mementingkan sarapan pagi di mana - mana hotel yang kami duduki. :)

si isteri suka :)

Big Red Strawberry

Antara tujuan kami ke sini, adalah untuk merasa kedai - kedai strawberry. Big Red mempunyai kedai / ladang mereka di Brinchang, berdekatan dengan pusat pekan, di lereng bukit. Kawasan parkir agak curam, jadi sila memarkir baik - baik. Kedai strawberry yang standard dengan kedai runcit fokus barang - barang strawberry dan cafe disebelah. Juga ada peluang untuk membeli strawberry dan sayuran segar jika anda mahu. Kami merasa strawberry sundae mereka dan membeli topi / glove untuk Zara dan Farah :)

Dengan Zara dan Farah di Big Red

Strawberry Moment

Kami mahu mencuba kedai ini setelah melihat gambar - gambar makanannya di Facebook pelajar saya. Kafe ini berkonsepkan strawberry, dan kebanyakan makanan / minuman dalam menu ada strawberi dalamnya. Suasananya bersih dan santai. Kami memilih dua jenis waffle dan minuman strawberi. Sedap dan berbaloi ke sini. Jika anda ke Cameron dan mahu merasa makanan berasaskan strawberi yang best, sila datang ke sini :)

Juadah kami di Stawberry Moment
 

Thursday, April 07, 2011

Jalan - Jalan Cameron Hari Ke 2

Hari Kedua ( Bahagian 2/ 3 )

Subuh Yang Aman Dan Dingin

Awal Pagi Yang Dingin 


Seronok kan kalau hari - hari pemandangan pagi sebegini ... sebab itu setiap pagi, selepas bangun dan solat Subuh, saya akan berdiri di balkoni bilik kami dan menikmati pemandangan dan udara segar Cameron sepuas-puasnya.
Tenet is a must .. perut must go !

As usual, di mana2 pun, bertenet is a must ;-) pakej internet wireless Equatorial memang berbaloi .. RM 15 untuk 24 jam ... dan kelajuannya bagus.

Di sana, saya juga mengambil masa memikirkan tentang bisnes internet dan trading .... hmm... that is for my other blog, www.kayahebat.com ..



Zara n Farah discuss what ?
Hehe, seronok tengok gelagat dan telatah depa berdua masa trip ni .. syukurlah, mereka tidak buat byk kerenah masa trip ni ... hehe...

Rancangan kami hari ini adalah seperti biasa, mahu mencari strawberi ...  untuk tujuan itu, kami bercadang untuk pergi ke Kg Sedia Raja, di mana ada peladang strawberi Melayu, seperti pernah saya baca dalam Mingguan Malaysia beberapa bulan lepas..




The ladies of my life .. so far :D

 Kami telah singgah makan strawberi di Mashoor Strawberry Farm di Kg Sedia .. gambar menunjukkan apa yang kami beli di sini ... makan2 nya sedap-sedap .. cuma customer servicenya could have been better ...
Ni Zara punye ! 

Setelah puas explore Kg Sedia Raja ... si isteri mahu makan waffle untuk minum petang ... kami ke Strawberry place, di sebelah Hotel De La Fern .. mereka juga menyediakan steamboat .. tapi, kita makan waffle dulu ye ...
Me dan Farah ... :)

Linda dan Waffle Strawberry

Mine .. all mine :D

Best makan waffle di sini ... dan servisnya okay juga.. kami memang rekomen makan waffle di sini ... mereka juga ada kedai runcit / gift shop bersebelahan ... biasa2 je ....

Yang seronok datang ke Cameron masa hari biasa ialah kurangnya trafik dan juga suasana yang lebih santai .. memang mesti enjoy masa - masa sebegini sebelum budak - budak ini sudah besar dan masuk sekolah... so far, kami tidak membeli cenderamata kerana fokus kami adalah untuk rehat dan makan .. :)

Selepas makan, kami pusing kawasan sekitar Tanah Rata / Brinchang .. ada pembangunan baru sekitar sini ...

My girls :)

Our steamboat 
Waktu malam, kami menikmati steamboat di restoran yang sama. Steamboatnya berbaloi dan kuah supnya sedap ... juga harga yang berbaloi .. kami amat rekomen steamboat ini




Secara keseluruhannya, a very good day ... makan strawberry, santai dan steamboat :)