Tuesday, September 22, 2020

Guns and Roses Logo

 


Could have been my tattoo :D

Thursday, June 18, 2020

Album-album Wajib : May


May ... antara nama otai dalam arena rock kapak Malaysia. Ramai mengenali May sebab vokalis - vokalis mereka iaitu Mus dan Yantzen.

Fakta-fakta menarik

Bermula 1985, senarai ahli kumpulan consistent cuma vokalis berubah-ubah.

Drum: Man, Bass: Yus, Gitar: Abu
Vokalis: AG

Bekas Vokalis: Mus --> Yantzen --> Oney

Tiga Album Wajib

1. Dilema

Album yang memperkenalkan May. 

Lagu hit: Sketsa Sebuah Cinta

May - Dilema album


2. Hakikat

Album megahit May yang menjulang nama May ke tahap dewa :D
Lagu - lagu hit: Sendiri, Cintamu Mekar Di Hati, Cintaku Sewangi Kasihku
Rahsia

May - Sendiri

May - Cintamu Mekar di Hati

May - Cintamu Sewangi Kasihku





3. Rahsia 


Album hit ketiga May. Tidak se-gah Hakikat tapi masih bisa.
Lagu: Gadis Bertudung Putih

May - Gadis Bertudung Putih


---

Album2 yang lain saya tidak dapat kata sebab saya tidak pernah dengar album-album tersebut. 

Kisah peribadi

Secara peribadi, saya pernah berjumpa dengan dua ahli kumpulan May di Seremban

Saya  jumpa mereka kat pusat snooker Punca Emas tahun 1988 (Mus n Yus). 
Saya ingat Mus tengah main snooker, Yus tengok sahaja ... dapat bersalam dengan depa dan dapat  autograf Mus ... beliau tulis M.U.S.A.Y ... sayang kertas dah hilang :(



Sumber 


Wikipedia album-album May

Wednesday, May 27, 2020

Selamat Tinggal Rohazlie

Seminggu ni dikejutkan dengan 2 org insan  ...

1: Rohazlie Busu

Saya dan arwah tidak rapat sangat ... kami sama tingkatan 1 di sekolah menengah Vivekananda Brickfields. 1 PP (1 Perdagangan Puteh) tahun 1986. Kenal2 begitu, tetapi tegur2 okaylah.
Selepas tingkatan 1, memang terpisah and tak tahu much about him lepas itu.

Namun, saya ingat masa saya sedang belajar di PPP/ITM, saya nampak dia naik bus yang sama dengan saya, di KL. There he was, sitting there, headphone di telinga. Dia tidak perasan saya, tapi saya perasan dia. Apa saya buat? Nothing. Lepas turun bus, rasa nyesal pula ... tapi ... takpe, menyedapkan hati saya, nanti maybe jumpa lagi.

Syukur, tahun 2015, memang dapat peluang berjumpa beliau. Dua kali. Majlis geng kami SM Vivekanada di Cititel dan BBQ. Dapat berborak sedikit dengan beliau. Still mcm dulu, ramah dan pendiam. Masa tu, saya cerita tentang kisah bus, dan beliau mengiyakan cerita saya. Saya minta maaf, dia kata okay2 je.

Gambar pertemuan kedua  .. arwah duduk depan sebelah kanan sekali.

FB beliau

Selepas itu, tidak tahu cerita sebab selepas reunion, saya tinggalkan group WA sekolah kami. Beberapa hari lepas, dapat khabar ... beliau telah meninggal dunia hujung tahun lepas 28/12/2019 dan dikebumikan di Shah Alam. Kebetulan, sahabat saya Zarina melawat pusara arwah abang beliau beberapa hari lepas dan terlihat batu nesan arwah sebelah kubur abang beliau. Gambar pusara dihantar kepada saya, dan ya, ianya benar, lepas saya check dengan beberapa rakan sekolah lain. :/

Terima kasih Rohazlie ... semoga awak tenang di sana. Saya tidak lupa saat di bas itu.





Wednesday, April 15, 2020

Album-Album Wajib: Wings

Kepada yang minat Awie, wajib mendengar lagu-lagu kumpulan yang menaikkan nama beliau sebagai vokalis utama, iaitu Wings.

Fakta yang menarik tentang Wings


  • Ahli asal: Awie (vokal), Syam (gitar lead), Zul (gitar bass), Baharum (gitar ke-2), Jojet (dram)
  • Ahli-ahli lain: Mel & Mus (vokal), Joe (gitar lead), Black (dram), Eddie (gitar bass)
  • Ahli sekarang: Awie (vokal), Eddie (gitar bass), Black (dram)



Tiga album wajib 


  1. Belenggu Irama (1987) 
  • Album yang meperkenalkan Wings kepada dunia rock Malaysia.
MV: Intanku Kesepian


MV: Biarkan Ia Berlalu 

  1. Hukum Karma (1988)
  • Album killer kedua
Taman Rashidah Utama


Misteri Mimpi Syakila

  1. Teori Domino (1990)
  • Album killer ketiga, seterusnya kemuncak kreativiti dan keunggulan muzik Wings

Sejati


Sagu hati


  1. Jerangkung Dalam Almari (1991)
  • Wings mengorak musik keras - hard rock, thrash dan metal 
  1. Bazooka Penaka (1993) 
  • Wings melayan pop rock  -- Di Ambang Wati & Bernafas Dalam Lumpur


----

Album-album yang lain bagi saya tidak menarik kerana selepas ini, Wings hilang bisa oleh kerana perubahan anggota dan faktor lain. Bila ada konsert, yang pasti lagu yang dimainkan adalah dari album2 lima yang pertama saya senaraikan di atas.



Sumber :

Wikipedia Kumpulan Wings

Wikipedia album Wings



Friday, April 10, 2020

Satu Hari Manis Buat Azri dan Rimi

Pemergian rakan kolej saya di post mengingatkan saya kepada pemergian dua orang sahabat, arwah Rimi Azuan Ramidin dan Mohd Azri Salleh pada lewat 90an.

Mohd Azri Salleh asal dari Kg Changgang, Johol. Lulusan Kejuruteraan Perkapalan Politeknik Ungku Omar Ipoh. (ps/I nearly joined him). Ship engineer. Room-mate masa MRSM Jasin Tingkatan 4 dan best friend until he passed away. Banyak cerita tentang persahabatan kami, maybe I will write it later. Tapi, yg seronoknya, ialah sebelum arwah meninggal, kami menjadi mat rempit buat tour Terengganu, Kelantan dan Penang. And then he passed away. Accident dengan bas. Sempat menghadiri pengkebumian beliau di kampung walaupun mendapat berita lewat. For me, he is not gone per se, beliau cuma sedang belayar jauh :/

Rimi Azuan asal dari Kota Bharu, Kelantan. Graduan University Colorado Boulder, bidang MIS. Rakan sebilik masa PPP/ITM Shah Alam. Seorang yang memang berkarisma, kira ada aura lelaki sejati :) a funny guy and a good friend. A few good stories I remember about him, among the best, the Pangkor trip. Masa last time jumpa arwah di Ampang, teringat arwah sungguh happy masa tu. I will remember that moment. Accident motor. Really, he was gone too soon.

One sweet day, we will meet again hombres ...


Saturday, April 04, 2020

Terima kasih Buat Fizah

It took her passing to wake me up and remind me of the obvious truth of the people around me ...

Satu perkara tentang saya suka tentang arwah ialah semasa di zaman Shah Alam 91-93, she always saw me as a person and treated me as a person. Dan judging by her passing, she carried those qualities throughout her life.

Terima kasih kerana mengingatkan.

I will see you when I get there, my friend, ... InsyaAllah.



Thursday, October 10, 2019

Dua Garis Biru Review ( Non-spoiler)

Aku suka banget cerita. Pergi menonton malam tadi kerana dengar khabar ia filem kedua terlaris di bioskop Indonesia 2019 so far. Mengapa?
  • Jalan cerita yang tidak meromantiskan hamil remaja luar nikah.
  • Dialog yang bersahaja dan tidak membodohkan penonton.
  • Tidak bersyarah moral yang melebih - melebih, menunjukkan kemanusiaan watak-watak filem ini.
  • Dua watak utama bagus2 aja, namun watak-watak penyokong yang menguatkan cerita ini.
  • Last but not least, berkesan di hati


Rating: 9/10 .. AADC masih 10/10




Tuesday, October 08, 2019

Selepas Kisah Masa Lepas

Nota Malam

Malam ini, saya mahu bicara ringkas tentang kisah masa lepas.

Masa lepas adalah apa yang telah berlaku. Tidak ada apa yang boleh mengubah masa lepas. Kita boleh belajar, ingat pelajaran masa lepas tetapi ia tetap sama.

Dahulu, saya kerap megeluh tentang apa yang berlaku di masa lepas. If I did this, kalaulah aku buat macam tu, tidaklah aku begini, dan perkara sewaktu dengannya. Saya telah membaca tulisan2 yang berkata kata-kata hikmat ...

Let go and move on

Forgive and forget

Lupakan kenangan lalu

Dan sewaktu dengannya ...

Tetapi, mengapa hati ini masih sakit? Mengapa masih terbuai2 kenangan lama lagi?

Dan awal bulan lepas, saya jumpa jawapannya.

Jawapan = Maaf

Maafkan masa lepas anda terutama mereka yang menyakiti anda. Memaafkan bukan maksud melupakan, cuma anda melepaskan beban yang ditanggung dalam jiwa dan pemikiran.

Saya buat begitu dan syukur2, hati lebih tenang sedikit sekarang. Saya mesej mereka minta maaf dan saya maafkan mereka. Ada yang terkejut, tak sangka perkara itu wujud.

Juga, saya tinggalkan sejauh mana mungkin kumpulan/individu negatif yg toksik. Siapa sekitar kita memang mempengaruhi kita sedar atau tidak.

Do I still remember the past and the pain? Sure.

Tapi, tidak seteruk dulu. Saya fokus kepada sekarang kerana sekarang akan mempengaruhi masa hadapan.

Forgiven not forgotten, jalan terus!



FB 1/10 ... 2330 ....

Thursday, October 03, 2019

Nota Ringkas akhir Sept 2019


Setakat tahun ini, banyak signal sudah diberikan oleh badan ini yang minta 'Ubah'.
Dan hari ini adalah salah satunya. Cuti MC kerja, namun kita bekerja juga menyiapkan kerja secara online. Amanah harus diteruskan.
Ketika menunggu doktor pagi tadi, teringat pesan ahli perubatan tradisional Cina yang saya temu minggu lepas di hari Health Day INTI KL. Dia kata, jantung saya baik2 sahaja, cuma kekurangan tenaga saya ialah sebab jantung saya kecil untuk badan saya. Bak kata, orang kereta, saya ini underpowered, big frame, small engine. Sambil tersenyum, beliau berkata, "Kurangkan sikit itu frame ya .."
Health is Wealth. It is now a must, not a should.
-"Underpowered Man'-

motivation

Wednesday, October 02, 2019

Kisah Tentang Nawaitu


Pada sekitar Julai 2007, saya meninggalkan dunia korporat dan masuk dunia akademik sebagai pensyarah. Ramai ucapkan terima kasih dan ada yang nakal kata, " Nanti jadi lecturer, ada can cari pucuk muda .."
Saya hanya mampu tergelak dan senyum sahaja bila dengar komen2 sebegini.
Jadi untuk menyenangkan hati dan menyediakan jawapan untuk masa hadapan, pada hari pertama kerja di MMU, Saya setkan my Nawaitu (niat), bahawa pelajar-pelajar saya adalah tanggungjawab saya, anak didik saya, no more and no less!
Syukur sehingga ini, tiada insiden  angau ada, tetapi sekejap2 aja 
Ini adalah contoh pentingnya niat dalam apa yang kita lakukan. Jika niat itu spesifik dan betul, akan menjadi apa yang dilakukan.
Azmir @bookxcess, Tamarind Square
1026, 29 September 2019

Thursday, July 11, 2019

The Current Malay Mind

I wrote about my thoughts on the Malay mind here. And I still stand by it.

Wow, long time no write ...

Wednesday, February 13, 2019

Prince

Sejak ada Apple Music, pelbagai artis dan album sudah saya download. Dalam proses mendengar apa yang ada.

Baru habis mendengar 2 album studio pertama Prince - For You dan Prince. Not bad, not bad at all. Yang menariknya dalam 2 album ini, beliau memainkan semua alat muzik.

Dengan adanya Apple Music, saya dapat mengembara dunia muzik sepuas-puasnya. Sangat-sangat saya rekomen, jika anda peminar muzik tegar.


Lagu ni track pertama, album kedua beliau 'Prince'.

Your music lives on, sir :)

Thursday, November 22, 2018

So much H...

So much hate and anger ...   Funny, the more connected we are, the more divided we are .... :(

Monday, November 12, 2018

Cameron dan Jinan

Aku rindu Cameron. Baru tamat reunion Ismail bros di sana last weekend, 9 to 11 November. The fresh air and cool environment. Menyegarkan.
Aku rindu Jinan. Baru setahun sejak ke sana. Rindu the solitude, the cold and the surroundings.
Memang benar jiwa aku seorang traveller.

Wednesday, November 07, 2018

Terang

Bila realiti tidak boleh dinafikan lagi, segalanya menjadi terang.
Persoalannya, mahu terima atau terus berillusi? Jawapannya, nak ke tak nak.

Tuesday, October 16, 2018

Cold November Rain

Nothing last forever ... Even cold November rain ....

Syukur2 for all my blessings..

Wednesday, October 10, 2018

To speak is a ....

To speak is a sin ... Tapi, kalau tak berkata, ia akan diam dan tidak apa yang akan berlaku.
But, must know what and when to speak.

Ingat!

Tuesday, October 09, 2018

Keep on moving

Setelah 20+ tahun mendengar nasihat beliau, baru sekarang ia bermakna. Joel Boyd menasihati saya to keep on living, keep on moving.
Now it makes sense, after all this while.

Thank you, sir.

Tuesday, October 02, 2018

Keep on grinding

Apa2 yang kita usahakan, kejayaan tidak akan menjadi dengan sekelip mata.
Percaya dengan proses, teruskan usaha anda, hasilnya akan tiba. Beri perhatian kepada maklumbalas, untuk sampai ke destinasi.

Monday, October 01, 2018

Free your mind

Fixed Mindset vs Growth Mindset. Now I understand. Guilty. Me bad.
To infinity and beyond!