Saturday, December 31, 2011

Post Terakhir 2011

Tahun 2011 ada beberapa pengajaran ... antaranya, sikit - sikit lama menjadi bukit ( good and bad ) ... pentingnya fokus kepada beberapa perkara sahaja ... dan pentingnya keluarga, kerana mereka yang akan menjaga anda ... 2012 akan menjadi lebih bagus, InsyaAllah. 2011, terima kasih atas pengajaran - pengajaran yang diberikan. Amin.

Friday, November 25, 2011

I Tried So Hard ...

It's hard. Real hard. But I must do it. Cikgu Conrad berkata, dalam hidup, tidak ada istilah cuba. Aku mesti buat sepenuh hati dan sepenuh hati, walaupun ada rintangan dan halangan. 



Friday, November 11, 2011

Reality Is Now A Friend Of Mine

At this point of life, all I can say, is reality finally caught up. The financial one that is. *sigh* when you are ignorant, when it catches up with you, it really does ...to the young ones reading, take care of your financials early on. How did I get into this mess ? Ignorance. Plain and simple. Have to make things right. I owe it to myself and future, to make things right.

Sunday, October 16, 2011

Details

In order to do something, even impromptu, the details have to be outlined out ... again and again, this message is pummeled into my head :)

On another significant development, this blog has a PR of 1 :D .. wohoo ...

Wednesday, October 12, 2011

Your Future

Your future is what you make it now ... so make it well ...

Kita di sini oleh sebab apa yang kita telah lakukan sebelum ini ... jadi jika anda mahukan sesuatu pada masa hadapan , apa yang anda lakukan sekarang untuk mencapainya di masa hadapan ?

Semasa di konvo MMU semalam, melihat bekas - bekas pelajar seronok menjadi graduan .. ia mengingatkan saat saya menjadi graduan pada tahun 1995 ... Y2K masih jauh di hadapan .... no one told me this, but I told some of my students yesterday ... you begin from level 0 after you graduate .. forget your uni-life and focus on your future. If not, your forward progress will be dragged by unresolved issues of your sekolah menengah and college days ... oh well... that is just me ... ;-)

I am now 38 and when I am 40.. I know what I want to be ... it's time to work on that future reality ...

Thursday, October 06, 2011

Goodbye, Steve .. RIP

I don't know Steve Jobs personally. The only Apple product I have is the Itunes installed in my machines. But, I know the guy throughout the years through various forms of media. And, if there is one thing we can learn from him is the power of perseverance.

Steve Jobs percaya dengan apa yang dilakukan dan beliau akan lakukannya sehingga ia berjaya. Walaupun ia akan berakhir dengan kegagalan, beliau tahu ada pelajaran di sebaliknya. Kalian tahu mengenai Iphone, Ipad dan Itunes, tetapi, adakah kalian ingat G4 Cube ataupun Ping ?

My readings on him tell me one thing : he is a genius .. and he does fail, as well. But, it is the human qualities that makes him what he is .. the desire to make great things ...

His inspiring speech of Stanford 2005 is a wonderful advice from the man. His biography later this year will have many waiting for its arrival ...




ps. where were you when you heard he passed away ? Saya baru sampai meja office..buka FB .. byk status R.I.P Steve Jobs ...

Wednesday, September 28, 2011

Chunks and Frogs

As there are so many things going on right now ... I learnt again two valuable life lessons ... the first lesson is to chunk down a major task to smaller tasks if you want to get it done. If you keep it looking as a major task, it can look daunting, and it leads to procrastination :(

Another thing I learnt was to the need to eat the biggest frog. According to Brian Tracy in his article here, frogs are the tasks that you are loathed to do but are the most the important that NEEDS to be done a.s.a.p .. I have to take of frogs, instead of settling for easy ones :( ...

Oh life ... as long as you do not learn the lesson ..it hits you back again !

Tuesday, September 27, 2011

Di Persimpangan

Sekali lagi aku di persimpangan ...  dan yang pasti, kalau tidak buat keputusan yang betul ..nanti hasilnya macam sekarang .. samar2  :( .. so many ideas, so many ways ... yet, the ACTION lacked ..

and the physical body is giving me signals as well....

Saturday, September 24, 2011

Insanity # 2

I was unwell today ...  and, it finally hit me that I am still insane. Mengikut kata Sam Carpenter, pengasas dan penulis buku 'Work The System', hidup kita adalah sistem yang sempurna .... dalam sistem, ada 3 perkara utama ... input, proses, output...  apa2 yang tidak kena, ketiga - tiga perkara ini harus dianalisa untuk melihat apa masalahnya ... hmm... something that I should do, kerana apa yang saya buat untuk menjana pendapatan sampingan is still not working as it should be :( ..

Wednesday, September 07, 2011

The Definition Of Insanity

Definisi 'insanity' - melakukan perkara yang sama dengan cara yang sama dan mengharapkan keputusan yang berbeza. Saya rasa saya dalam fasa 'insanity' dalam pelbagai perkara, selama ini. Time to wake up, dude.

Tuesday, June 21, 2011

Thirty Eight

20 June 2011,... I turn 38 .. so unreal ... ;-)

Tuesday, May 24, 2011

Jalan - Jalan Cameron Hari Ke 3

Breakfast

Satu perkara yang best mengenai Hotel Equatorial adalah sarapan pagi yang disediakan. Setakat ini, pilihan juadah sarapan mereka adalah yang terbaik di kalangan hotel - hotel di sini. Si isteri amat mementingkan sarapan pagi di mana - mana hotel yang kami duduki. :)

si isteri suka :)

Big Red Strawberry

Antara tujuan kami ke sini, adalah untuk merasa kedai - kedai strawberry. Big Red mempunyai kedai / ladang mereka di Brinchang, berdekatan dengan pusat pekan, di lereng bukit. Kawasan parkir agak curam, jadi sila memarkir baik - baik. Kedai strawberry yang standard dengan kedai runcit fokus barang - barang strawberry dan cafe disebelah. Juga ada peluang untuk membeli strawberry dan sayuran segar jika anda mahu. Kami merasa strawberry sundae mereka dan membeli topi / glove untuk Zara dan Farah :)

Dengan Zara dan Farah di Big Red

Strawberry Moment

Kami mahu mencuba kedai ini setelah melihat gambar - gambar makanannya di Facebook pelajar saya. Kafe ini berkonsepkan strawberry, dan kebanyakan makanan / minuman dalam menu ada strawberi dalamnya. Suasananya bersih dan santai. Kami memilih dua jenis waffle dan minuman strawberi. Sedap dan berbaloi ke sini. Jika anda ke Cameron dan mahu merasa makanan berasaskan strawberi yang best, sila datang ke sini :)

Juadah kami di Stawberry Moment
 

Thursday, April 07, 2011

Jalan - Jalan Cameron Hari Ke 2

Hari Kedua ( Bahagian 2/ 3 )

Subuh Yang Aman Dan Dingin

Awal Pagi Yang Dingin 


Seronok kan kalau hari - hari pemandangan pagi sebegini ... sebab itu setiap pagi, selepas bangun dan solat Subuh, saya akan berdiri di balkoni bilik kami dan menikmati pemandangan dan udara segar Cameron sepuas-puasnya.
Tenet is a must .. perut must go !

As usual, di mana2 pun, bertenet is a must ;-) pakej internet wireless Equatorial memang berbaloi .. RM 15 untuk 24 jam ... dan kelajuannya bagus.

Di sana, saya juga mengambil masa memikirkan tentang bisnes internet dan trading .... hmm... that is for my other blog, www.kayahebat.com ..



Zara n Farah discuss what ?
Hehe, seronok tengok gelagat dan telatah depa berdua masa trip ni .. syukurlah, mereka tidak buat byk kerenah masa trip ni ... hehe...

Rancangan kami hari ini adalah seperti biasa, mahu mencari strawberi ...  untuk tujuan itu, kami bercadang untuk pergi ke Kg Sedia Raja, di mana ada peladang strawberi Melayu, seperti pernah saya baca dalam Mingguan Malaysia beberapa bulan lepas..




The ladies of my life .. so far :D

 Kami telah singgah makan strawberi di Mashoor Strawberry Farm di Kg Sedia .. gambar menunjukkan apa yang kami beli di sini ... makan2 nya sedap-sedap .. cuma customer servicenya could have been better ...
Ni Zara punye ! 

Setelah puas explore Kg Sedia Raja ... si isteri mahu makan waffle untuk minum petang ... kami ke Strawberry place, di sebelah Hotel De La Fern .. mereka juga menyediakan steamboat .. tapi, kita makan waffle dulu ye ...
Me dan Farah ... :)

Linda dan Waffle Strawberry

Mine .. all mine :D

Best makan waffle di sini ... dan servisnya okay juga.. kami memang rekomen makan waffle di sini ... mereka juga ada kedai runcit / gift shop bersebelahan ... biasa2 je ....

Yang seronok datang ke Cameron masa hari biasa ialah kurangnya trafik dan juga suasana yang lebih santai .. memang mesti enjoy masa - masa sebegini sebelum budak - budak ini sudah besar dan masuk sekolah... so far, kami tidak membeli cenderamata kerana fokus kami adalah untuk rehat dan makan .. :)

Selepas makan, kami pusing kawasan sekitar Tanah Rata / Brinchang .. ada pembangunan baru sekitar sini ...

My girls :)

Our steamboat 
Waktu malam, kami menikmati steamboat di restoran yang sama. Steamboatnya berbaloi dan kuah supnya sedap ... juga harga yang berbaloi .. kami amat rekomen steamboat ini




Secara keseluruhannya, a very good day ... makan strawberry, santai dan steamboat :)

Saturday, March 26, 2011

Kisah Jalan - jalan Cameron Highlands Day 1

Percutian memang sudah lama dirancang sejak bulan Februari lepas. Tujuan utama adalah dua, untuk mengambil masa bersantai bersama keluarga dan melayan permintaan si isteri mahu menjamah buah strawberi sepuas - puas hatinya. :) Kami jadualkan percutian 3 hari 2 malam.

Hotel yang dipilih adalah Hotel Equatorial Cameron Highlands, kerana dah lama kami idam untuk merasa tinggal hotel di kawasan tertinggi Cameron Highlands iaitu Brinchang. Siap kami minta valley view kerana lokasi hotel di lembah kawasan hijau sayur - sayuran Brinchang. Hotel ini bersebelahan kawasan pasar Kea Farms.

Masa pula dipilih sebelum cuti sekolah ... kerana ikut pengalaman saya, suasana Cameron best masa hari biasa ... ;-)

Hari Pertama ( Bahagian 1 / 3 )

Kami bertolak agak lewat kerana saya menyiapkan tugasan - tugasan terakhir di office MMU. Dan perjalanan waktu petang itu lambat kerana saya berhati-hati membawa kereta kerana hujan lebat sepanjang perjalanana dari KL ke Tapah. Di Tapah, hujan reda.. namun jalanraya basah dari Tapah ke Cameron membuatkan kami sampai di hotel sekitar Maghrib. Yang seronok bagi saya, ialah apabila menutup aircond sekitar Lata Iskandar dan membuka tingkap kereta ;-) Fresh mountain air wa cakap lu :D ... juga seronok kerana check in di hotel dan mendapat bilik dengan pemandangan yang diminta.
                                                Zara dan Farah landing terus di katil dulu :D

Untuk dinner, kami makan steamboat ( makanan wajib pelancong Cameron :) ) di Fauzy Steamboat di Brinchang .. berdekatan KFC .... sup sedap.. pilihannya biasa sahaja .. 3 out of 5 stars

Bersambung nanti ....

Saturday, March 05, 2011

Satu Permulaan Baru

Pagi ini memang satu pagi yang penting. Kerana ia adalah permulaan baru . aku tidak pasti bagaimana fikiran aku dua tiga bulan selepas ini tentang apa yang sudah aku mulakan, tetapi kita lihat bagaimana ya.

Yang pasti, kali ini aku berani. Berani untuk melakukan satu perubahan walaupun tidak ada jaminan yang ianya akan berjaya. Tetapi, it is something that I must do, as I have been thinking and contemplating about it for the past year. Dan bila kontrak dengan MMU hampir tamat, aku membuat keputusan 'All Or Nothing'.. aku akan fokus pada bisnes, dan akan mengajar part time. Mengapa mengajar part time ? Kerana aku masih sayang kerja mengajar .. I love teaching and helping minds grow ...

Anyway, sekarang tiada alasan untuk kurang berblog :P .. kerana aku ada masa , sekarang cara menguruskan masa itu yg penting ... plan and execute !

Semoga berjaya !

Saturday, February 05, 2011

Makin Lama Makin Dekat

Januari 2011 sudah lepas dan Februari pula menjelma. Dan tarikh pemergian daripada tempat kerja sekarang juga semakin dekat. Dan, rasanya ini adalah perkara yang 'pagal' aku buat semenjak sepuluh tahun kebelakangan ini, tapi, bagi aku, masanya telah tiba. Jika ini yang harus dilakukan, inilah yang harus dilakukan. Namun, tidak mengapa, ada plan B .. backup plan sekiranya perlu. Dan Aku Ulang Lagi Sekali ... Jika Perlu.

Farah sudah tiga bulan. Dan syukur, seperti kakaknya, kerenahnya tidak banyak .. cuma dia senang berjaga malam .. jadi penting waktu awal malam ( 7 pm - 10 pm ), kami tidak bagi dia peluang untuk tidur kerana dia boleh berjaga sehingga 3 - 4 pagi apabila itu tidak dilakukan.

Biznes mula berjalan ... satu perkara yang mesti dilakukan adalah fokus dan ikuti langkah2 yang telah dirancang awal2 ... aku mendapat inspirasi ini apabila memindahkan barang ke kediaman baru kami. Yes, we are finally leaving the nest :D

Saturday, January 01, 2011

Selamat Datang 2011

Setiap tahun baru kita berjanji akan berubah, penuh dengan pelbagai azam. Dan pada penghujung tahun tersebut, apa yang terjadi dengan azam - azam di awal tahun ? Saya jamin  hampir kesemuanya tidak menjadi.

Jadi untuk 2011, apa kata kita buat begini ? Tetapkan SATU sahaja matlamat untuk setiap bidang hidup kita, dan fokus usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Saya akan gunakan teknik ini untuk 2011, kita lihat nanti bagaimana kesudahannya ?

" Perubahan hanya benar - benar berlaku apabila kita mesti berubah, bukan kerana kita ingin atau terpaksa berubah "

Semoga 2011 membawa kita ke peringkat hidup yang lebih tinggi :-)