Saturday, June 06, 2009

Setiap Kali Aku Memelukmu

Sebelum menjadi seorang ayah, rasanya aku tidak pernah memahami Papa. Tapi, selepas menjadi daddy pada si budak kecik, aku faham sedikit sebanyak apa yang Papa lalui ketika membesarkan kami sekeluarga.

Satu hadiah yang Zara berikan yang amat aku hargai ialah unconditional love. Dan, setiap aku memeluknya, I feel that love.

Zara, daddy loves you and reminds you that you will always be daddy's little girl. :-)

Wednesday, June 03, 2009

Look At That


Van Der Saar's expression before the goal by Leo Messi in the Champions League final ;-) I wonder what was he thinking ?

Care to fill in the blanks ? :-)

Sunday, May 24, 2009

Jasin Dan Dendam

Pada rakan - rakan yang mengenali diri ini sejak Jasin, mungkin kalian tahu yang aku ada berdendam dengan beberapa orang ex-Jasin. Dendam bagaimana, kalian tanya ?

Dendam yang boleh membuatkan gue 'lose control' dan melaksanakan tindakan di luar fikiran.

Beberapa hari lepas, seorang sahabat menyebut salah seorang mereka dan tanpa berfikir panjang, aku terus berkata yang aku mahu pelangkung kepalanya dengan kayu golf wooden driver ( kaki golf tahu apa kayu ini ) dan baru mengajaknya main golf, untuk menghilangkan kemarahan ini.

Individu - individu ini mempunyai set video mereka tersendiri dalam memori. Video yang penuh dengan gambar berwarna-warni dan sound effect Hollywood. Dalam video ini, ada mereka dan aku. Dan ianya sungguh jelas. Sejelas TV plasma Samsung.

" Let bygones be bygones " - Scorp , " Masa tu kita budak2 lagi .. "- CP,
" It is the meaning of the event that maginifies how it affects you ... " - Tony Robbins

Macam pernah aku kata di mailing list group Jasin, kalian bisa menasihati itu dan ini, tetapi yang merasainya adalah aku. Aku yang tidak tahu apa - apa masa itu. Sebelum Jasin, ianya hitam dan putih, selepas Jasin, ianya kelabu.

Dan baru - baru ini, seorang insan yang berada dalam kumpulan ini menegurku. Beliau baru sahaja dalam satu ujian dan kalian tahu apa ku kata. Tahniah. Dendam Kesumat kemarahan itu masih ada dan menyala, tetapi ucapan tahniah was the right thing to do. Kisah insan ini akan ku ceritakan nanti. Kisah yang menukarkan persepsi aku tentang orang berkopiah dan berkuasa, yang sepatutnya menolong / membimbing tetapi menolak ku jauh hanya kerana, " Saya tidak mahu orang sebegini di bawah saya. " Bagi dia, aku insan pelik yang patut bersama insan - insan 'pelik' yang lain.

---

Ini bukan kisah yang aku nak ceritakan selepas post ini, tetapi aku luahkan kerana ia sudah lama dalam hati.

Macam aku katakan ... ini semua therapy.

Friday, May 22, 2009

Homeroom V

Dalam sebuah kelas, kami berkumpul buat kali pertama. 5 jejaka, 5 puteri. Nama - nama mereka yang aku masih ingat adalah Azmarul, Abu Hassan, Mohd Yusof, Rusni, Noor Laila, Marina, Fairuza. Yg lain tidak aku ingat. Yang aku ingat pada pertemuan pertama ialah Azmarul dengan songkoknya.

Cikgu homeroom kami ialah Cikgu Rokiah Samion. I think she was alright. Mama begitu berharap yang aku akan dijaga oleh Cikgu Rokiah. I don't think that arrangement really worked out, tapi okaylah kan, Ma begitu bimbang dengan anaknya di sini.

Mungkin nanti aku upload gambar homeroom jika ada dalam simpanan. 

Lepas ini, cerita minggu orientasi ... yang bagi gue, adalah penting kerana ia menemukan gue dengan ' Kartini ' ....  

Thursday, May 14, 2009

Masa Lalu Bertemu Masa Sekarang

Pada satu hari, seseorang insan yang pernah mewarnai hidup ini, telah muncul kembali. Aku lihat dan amati diri dia pada masa itu.

Gayanya masih sama :-) Cara percakapannya masih sama :-) Buat beberapa saat, saat - saat manis itu datang kembali.

Itu masa lalu. Bukan masa sekarang. Kata orang, older and wiser. 

Aku bersyukur dipertemukan dengan dia walaupun untuk seketika. Mungkin selepas ini, kami tidak akan berjumpa lagi, tetapi kali ini, aku bahagia kerana ia berakhir dengan senyuman dan mesra.

Fokus aku adalah untuk masa sekarang dan masa hadapan, bukan masa lalu. 

Saturday, May 09, 2009

Bertemu Changgang

Lepas pendaftaran, kami ke bilik yg telah diberikan. Aku ingat lagi sampai sana sudah ada sekeluarga di katil sebelah. Kira roommate aku la tu. Budak hitam manis. Kami bersalaman. 
" Azmir "
" Azri "

Kami tidak banyak berbicara masa itu. Sebab ahli keluarga lain ada, jadi masing - masing diam sementara mereka berceloteh. Ayah Azri seorang petani, mereka berasal dari Johol, Negeri Sembilan ... Kg Changgang .. sejak itu, aku panggil Azri Changgang ... sempena nama asalnya.

Oklah, lepas ni aku cerita ttg meeting homeroom pertama.

Tuesday, May 05, 2009

Hari Pendaftaran Part 3

Sampai di maktab, parking kereta sebelah Dewan Besar ( lama ) dan masuk ke dalam Dewan untuk memulakan proses pendaftaran.

Perasaan : Excited, Nervous

Yang aku ingat ialah betapa hensemnya Ustaz yang menjaga kaunter Tabung Haji, sapa tah namanya. Di situ, aku diberi dua benda yang memberikan kesan penting untuk hidup gue di MRSM. Homeroom dan lokasi bilik dorm gue.

Homeroom V - Vanadium dan dorm Al-Biruni.

Terus ke tempat tidur baru kita !

bersambung lagi ....

Friday, May 01, 2009

Hari Pendaftaran Part 1

11/2/1989 

Satu tarikh keramat.

Seorang pelajar meredah ke pendalaman Melaka untuk meneruskan pengajian Tingkatan 4nya.

Satu dunia baru yang akan mengajarnya kelabu kehidupan.

Akan bersambung nanti ....

Saturday, April 25, 2009

FOM Society Prom Night

My observations of the MMU FOM Society Night

1. First time jadi VVIP event, cool ;-) dilayan dengan baik2 sekali .... seronok dan aku nak merasai keseronokan tersebut lagi.

2. Makanannya sedap :-) Hidangan Chinese 8 course dinner yg sedikit yet begitu mengenyangkan ;-) .. there is an eating lesson here ...

3. Duduk di meja VVIP depan ... memang best utk view ... tapi sakit telinga terutama masa persembahan musik .... bingit telinga. Have to bring earplugs next time :D

4. The ambience was great. Sesuai dengan tema dan pesertanya. Tema 'A Walk To Remember' dan pesertanya students MMU ... jiwa - jiwa muda dengan konsep Prom Nite.

5. Konsep Prom Nite .. hmm.... darah - darah muda melaram abis2an terutamanya kaum puteri ... amboi .. ada sampai yg gue tidak kenal ;-) ... kepada yg minta gue bergambar dengan mereka .. terima kasih kerana merakamkan kenangan bersama kalian :-)

6. Band2 yang bermain .... kalian ada bakat dan heart ... cuma sound system yg out mengecewakan ... but it was entertaining .... ;-)

7. Yuna is awesome in live. Beliau perform at the afterparty dance. Beliau perform 4 lagunya .. semuanya best ;-) ....dan suaranya ikhlas.

8. I remember this prom nite better than my last college dinner. The only things I remembered about my college dinner are ... bergambar dengan Wan dan Alfa, bergambar dengan the boys dengan butang top baju batik dibuka .... tunjuk chest tu ...

9. My dressing malam tu was so lah not on the occasion. Rata2 peserta datang dengan evening dress ( ladies ) dan tuxedo ( gentleman ). Gue datang dengan baju batik kuning dan seluar khaki. Fashion disaster it was not ... but ......

10. The Malaysian Dreamgirls Runaway show proved that young boys will still be boys ....:-) and at times, that aint bad :-)

10a. Aku tgk mereka biasa2 sahaja except for one contestant .. those lips dan that bod was giving me the rrooewwwwrrrrr :-) ... turns that she is the youngest of the group .. alamakkkkk .....

11. Ada negative2nya tapi aku simpan utk diri sendiri .... they were just enjoying themselves ...

12. In summary, great show dan event... dan aku tahu ... saat itu adalah saat mereka ... saat aku sudah berlalu di masa lalu ...

Sebab - Sebab Aku Nak Pergi MRSM Jasin

Sebab - sebabnya

1. Nak merasa kehidupan asrama.
2. Nak pengalaman sekolah campur ;-) asyik sekolah boys aja
3. Nak merasa hidup di negeri Melaka
4. Nak pengalaman sekolah campur ;-) asyik sekolah boys aja
5. Nak jumpa member2 baru
6. Nak pengalaman sekolah campur ;-) asyik sekolah boys aja

kalian sudah nampak coraknya ? .. bila berbuat sesuatu, nawaitu itu adalah penting untuk kita mulakan perbuatan tersebut. Dan pengalaman hidup 2 tahun gue di Jasin adalah sedikit sebanyak dipengaruhi nawaitu gue pada masa itu.

Thursday, April 23, 2009

Surat Pertama

Aku ingat hari itu. Mendapat surat dari pihak Mara. Tahniah katanya. Anda telah ditawarkan ke MRSM Jasin untuk pengajian tingkatan 4.

Apa yang aku ingat tentang surat tawaran itu ( dah lama dibuang ) ialah ruang tawaran tempat pengajian yang ada bekas liquid paper. Maksudnya, ada tempat lain yang ditawarkan sebelum Jasin. Jadi, aku amati2 bekas liquid paper, boleh baca perkataan MRSM Kuala Terengganu.

Wah, sepatutnya aku ke Kuala Terengganu bukan ke Jasin ke ? Hmm, yang pasti kalau aku ke Kuala Terengganu, kisah ini mungkin berbeza ... sekurang2nya dapat berloghat Terengganu !

Kisah ini bermula....

Wednesday, April 22, 2009

Kisah2 Sekolah

Dalam posting2 yang akan datang, akan ku ceritakan kisah - kisah sekolah ku di Jasin. Mungkin kalian tidak mahu membacanya, ;-) tetapi aku tidak kisah.

Inilah masanya untuk diluahkan. Supaya kepala ini ringan, kisah diluahkan dan memori - memori itu boleh biarkan aku pergi.

Ada kisah pahit manis, senyum dan ketawa. Ia ada kena dengan yang hidup dan yang telah pergi. Niat hanya menukilkan pengalaman supaya menjadi panduan pada semua.

Tunggu kisah yang pertama ya ....

Nota : Kisah2 ini tidak mengikut susunan masa tetapi akan disebutkan bilanya ....

Monday, April 20, 2009

I Can Still Dream

Saya masih boleh bermimpi dan berharap .. :-) Susan Boyle telah menunjukkan jalan dengan sikapnya yang tersendiri ...

Now living alone, with only her cat Pebbles for company, she was spurred to enter the competition by a pledge she made to her mother to do something with her life. "

Bila sebab dan kemahuan menjadi kewajipan, cara akan muncul dan kita akan bergerak ke hadapan.

Salah satu reaksi yang menarik mengenai kemunculan Susan datang dari penulis akhbar Guardian Tanya Gold dalam artikelnya, " It wasn't singer Susan Boyle who was ugly on Britain's Got Talent so much as our reaction to her ". Komen beliau bahawa penampilan Susan yang tidak cantik tidak diterima dengan baik oleh penonton pada awalnya, tetapi hanya selepas beliau menyanyi, baru penonton memberikan tepuk sorak gemuruh dan para hakim memberikan komen2 begitu positif. Saya akui Susan tidak cantik. Juga membuatkan saya terfikir wujudnya 'Susan' begini di Malaysia.. yang tidak dapat mewarnai dunia hiburan kita kerana mereka tidak memiliki rupa atau bentuk badan yang 'ideal'. Lihat sahaja program2 realiti TV sekarang ... adakah mereka benar2 berbakat atau cuma pandai berdrama. Tanya sahaja Adibah Noor, jika beliau tidak yakin dan fokus dan percaya dengan bakat beliau, kita pasti tidak akan kenal beliau.

Video persembahan Susan di sini.

Sunday, April 12, 2009

KIsah Setakat Ni

Good day.

I have not blogged for a while .. but that does not mean yg I am not online. My FB activities are regular. Cuma, I have so much to write about , yet .... oh well.. might as well write a bit of summary ... get it of my chest

Work

Well, my teaching has been erratic for this current trimester. Perhaps, this situation is due to the change that will occur later this year. Whatever it is, I have learnt a bit about myself this past few months, ... teaching is something I love to do ... but what I teach is also important ...

Business

I have business activities on the side and I think I am a bit stretched here. Each branch has its own demands and I am seriously considering dropping one of them to concentrate on the other two. What would be your advice ? All 3 have the potential to succeed.

Personal

Managing my personal demons have been easier nowadays. Rasanya, sbb I give these events less meaning. Itulah pengalaman hidup yang melakari hidup. Dibuat tauladan dan pengajaran dan kita terus bergerak ke hadapan.

Keluarga

Alhamdullillah, semua baik2 aja. Bulan July, sudah TIGA tahun kami bersama. Begitu cepat masa berlalu. Bulan Jun ini Zara turns TWO. Waa, dah besar anak kami seorang ini. ;-)

Okaylah, later.


gambar dgn webcam ;-) Senyum !

Tuesday, March 17, 2009

Tired + New Pics

I think I have a lot on my plate right now ... so many things to do yet ... hmmm,... might have to reprioritize ... any suggestions ?

Anyway, here are a few pics for your enjoyment







the last two pictures are the sweetest ones ... :D



Friday, March 13, 2009

You Are What You Eat

Last two days, I have been unwell due to diarrohead .. or in Malay, cirit birit. Unpleasant it is. It actually was due, I think, to some bad stuff I ate at a restaurant here in Bangi.

It got me thinking how sometimes we compromise our personal beliefs in order to get what we want. In this case, it was this makan place. It was a bit dirty but the naan n tandoori was good. After a few visits which did not result in anything bad happening, at last kena juga.

Lesson here, do not compromise your beliefs for short term or you will surely pay for it. As for me, I lost one day of class work plus a few days sitting on the 'throne'.

Santayana's saying, " Those who forgot the past are condemned to repeat it" , rings true.

Friday, March 06, 2009

Trip Advisor Asia Hotel Review

The top 10 dirtiest hotel in Asia review


The link can be found here

so what say you ? Has anyone been to any of the above hotels ?

Wednesday, March 04, 2009

Lama Tak Jumpa .. :P

hehe ... lama tak jumpa .. long time no posts .. I have been preoccupied with so many things.. anyway, something new just came up ... this is my first picture taken with my laptop camera .. yours truly has one .. after so many years..

Life is good ... mcm2 ada .... some time late this September probably, some change will come ....

Sunday, February 15, 2009

A lovely ballad

I don't celebrate it but the song is a nice one about love .. couldn't find a nice one with the original singer, Martina McBride .. Olivia Newton-John pun boleh la ye ...



A return to innocence .... it was there all along ;-)

Saturday, January 31, 2009