Thursday, December 31, 2009

Kata - kata Cinta Puitis

Petikan dari buku Paulo Coelho " The Alchemist "

" The day after we met, " Fatima said, " you told me that you loved me. Then, you taught me something of the universal language and the Soul of the World. Because of that, I have become a part of you. "
---
" I have been waiting for you here at this oasis for a long time. I have forgotten about my past, about my traditions, and the way in which men of the desert expect women to behave. Ever since I was a child, I have dreamed that the desert would bring me a wonderful present. Now, my present has arrived, and it's you. "

Kata - kata Fatima kepada Santiago setelah Santiago meluahkan cinta kepada Fatima. Begitu indah kata seorang insan wanita kepada jejaka yang berani meluahkan cintanya.

The Alchemist adalah sebuah buku mengenai legenda peribadi ( personal legend ) seseorang. Di dalamnya, ada kata - kata dan perasaan cinta yang bersih dan indah !

Tuesday, December 15, 2009

Ada Nawaitu Kerja ?

Hari ini saya membuat suatu keputusan yang memeranjatkan. Saya memilih untuk berkorban sedikit masa demi masa depan sekumpulan pelajar saya untuk trimester akan datang.

Mengapa ? Kerana saya ingat dahulu nawaitu saya dalam bidang akademia, dan tindakan ini selaras dengan nawaitu saya.

Pengajaran : Jika nawaitu anda dan tindakan anda selari, keputusannya amat senang sekali.

PS / Yoda berkata kepada Luke Skywalker ... " There is no try. Either you do or do not " .. fikir - fikirkanlah...

Wednesday, November 04, 2009

Work The System

Salam sejahtera.

Sudah lama saya tidak menukilkan apa2 di blog ini. Maaf wahai pembaca. Banyak nukilan yang ingin saya coretkan, tetapi pinta berikan masa untuk saya keluarkan semuanya.

Kisah Kerja Sekarang - diam2 sudah dua tahun di dunia academia .. satu dunia penuh cabaran dan dugaan dan nikmatnya yang tersendiri. Sekarang, saatnya telah tiba. The future awaits.

Kisah Perniagaan - oh ye, saya ada blog perniagaan dengan nama yang gah, iaitu www.kayahebat.com .. ya, blog perniagaan yang saya akan kembangkan daripada semasa ke semasa ... saya ceburi tiga - forex, ebay and affiliate marketing. Hasilnya, masih lagi a bit pencapaian sederhana .. di sini perlunya dan pentingnya fokus.

Tajuk blog ini adalah sempena sebuah buku yang baru ku beli beberapa hari lepas. Kata si penulis, Sam Carpenter, apa yang berlaku dalam hidup kita, baik atau buruk, adalah kerana system yang kita gunakan. Fikir2kan kata itu ....

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

To all my blog readers and friends....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !
MAAF ZAHIR BATIN !

Thank you :-) Cayang anda semua ....

Wednesday, September 02, 2009

Jenaka H1N1

Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...

Beruang : "Korang tau tak, sekali aku mengaum, seluruh hutan menggigil."

Singa : "Ek eleh! Tak power lagi. Aku kalo mengaum, semua belantara kegerunan."


Babi kata: "Wa La Weh.... Aku batuk skali aje, satu dunia panik beb!"

Beruang & Singa : Babi kau!!

--------------------

gelak2 boleh la ... jaga diri anda daripada wabak H1N1 dengan pencegahan :-)


Sunday, August 09, 2009

Dedicated To My Students Who Graduated Today

Ahh.. the sweet day of graduation..one that you will always remember fondly ;-) Ada satu lagu yang khas aku tujukan untuk kalian ...




Good luck, selamat maju jaya dan all the best ! :D ... ingat, perjalanan baru telah bermula... MMU adalah kenangan indah anda di masa lalu ;-)


Tuesday, August 04, 2009

Shah Alam & Weddings

Lama sudah aku tidak update blog. Ada cerita sikit2

1) Perjumpaan pagi Ahad di Shah Alam

Dua Ahad yang lepas, di suatu pagi yang basah, saya telah menghadiri satu perjumpaan kawan2 lama yang saya aturkan. Sayang, ramai tidak dapat datang. Yang datang adalah dua orang sahabat dengan keluarga2 mereka. Tension dengan yang tidak datang ? Azmir dulu mungkin begitu, tetap ini adalah Azmir sekarang.

Pada pagi aku belajar dua perkara
1) 2 jam bersama kawan2 lama adalah seperti 10 minit sahaja.
2) Melihat kawan2 lama bertukar cerita dan jenaka, keseronokannya adalah priceless

dan no 3) ( .. tambah satu ekstra .. ) ... focus and do with what you have :)

2) Wedding Student

Pada hari Ahad yang sama, waktu petang, pergi ke wedding ex-student yang pertama, Puan Norhana Suhaime. Seronok tgk aksi dia dan husband kat pelamin, masa ambil gambar dengan keluarga dan sanak saudara. Video nikah pun okay juga. Semoga mereka berbahagia ke anak cucu. Pesan saya satu sahaja ( satu major, minor byk :P ) ... byk2 sabar dengan pasangan.. nasihat pada diri gue dan kawan2 yang lain.

3) Wedding Orang Lain

Hmm.. ada satu lagi wedding sebelum Ramadhan ini. Pergi atau tidak pergi ? ... kerana ini mengingatkan saya pada wedding saya yang dulu .. ramai 'kawan2' yang kata datang tidak datang .. apa yang anda akan buat ... oh well, pergi sahajalah. Kalau kita tidak datang, mungkin dia tidak perasan. But, you do it for yourself. Because if you do it for other causes, then tidak ke mana usaha anda.

Sekian, terima kasih :)

ps/ amacam post2 style ni, best tak ? Saya tengah eksperimen cara blogging baru :D

Friday, July 17, 2009

Berat Mata Memandang

Seorang sahabat karib dan isteri sedang mengalami dugaan dariNya. Anak ke 2 mereka mengalami masalah selepas dilahirkan dan masih dirawat di hospital sejak awal bulan ini.

Aku kagum dengan dirinya yang tabah dengan dugaan ini. Pada beliau, yang penting sekarang adalah apa yang terbaik boleh dilakukan untuk anaknya. Dengan kata lain, fokus pada penyelesaian bukan masalah.

Terima kasih sahabat, kau merupakan contoh yang selalu mengingatkan aku untuk maju ke hadapan.

"Fokus Pada Penyelesaian"

Thursday, July 16, 2009

3 years, Conrad, Zac Efron

A few things happened these last few days

1) 3 years

On the 14th was our 3 years wedding anniversary. We celebrated it yesterday. Dah 3 tahun weii .... it is not easy, and I am glad we have made it here so far with one product :) .. and, I think my faith in marriage is a bit better ...

2) Conrad

A well known trader, Conrad Alvin Lim, actually taught me a new paradigm shift in my biz thinking .. why ? how ? what ? .... the why was always there ... it was the how that needed to change.

3) Zac Efron

Zac Efron taught me to live in the present and the future.

Monday, July 13, 2009

Envy

I used to be envious. Thank goodness, no more.

Tuesday, June 30, 2009

Akhirnya Tertutup Jua

Dalam masa dua minggu kebelakangan ini, ada dua majlis yang aku hadiri. Kedua-duanya melibatkan kisah - kisah lalu. Dan setelah aku hadiri kedua - dua majlis ini, dengan tidak disangka - sangka, aku telah menemui penyelesaian masalah aku selama ini.

Syukurlah !

Benar kata bijak pandai, bila kita mahu ia berakhir, ia akan berakhir ... bergerak ke hadapan ! :-)

Saturday, June 20, 2009

36


3 X 2 = 6 ...
so 3 and 6 are so together ...

It's going to be a good year InsyaAllah.

Aku tahu dalam tahun ini ada beberapa persimpangan yang harus aku buat pilihan. Minta - minta pilihan yang aku buat merupakan pilihan yang betul. Tetapi, kita tidak akan tahu ia adalah pilihan yang betul sehingga kita membuat pilihan kan .. ? ;-)

Selamat Hari Jadi ke - 36 Azmir ... teruskan mara ke hadapan :-)

Thursday, June 18, 2009

You Matter

Got it from this post. The You as a brand ..

----

You matter

When you love the work you do and the people you do it with, you matter.
When you are so gracious and generous and aware that you think of other people before yourself, you matter.
When you leave the world a better place than you found it, you matter.
When you continue to raise the bar on what you do and how you do it, you matter.
When you teach and forgive and teach more before you rush to judge and demean, you matter.
When you touch the people in your life through your actions (and your words), you matter.
When kids grow up wanting to be you, you matter.
When you see the world as it is, but insist on making it more like it could be, you matter.
When you inspire a Nobel prize winner or a slum dweller, you matter.
When the room brightens when you walk in, you matter.
And when the legacy you leave behind lasts for hours, days or a lifetime, you matter.

Saturday, June 13, 2009

Kisah Jasin

Salam semua.

Lama saya tidak menulis ye ... untuk pengetahuan kalian, kisah Jasin saya telah berpindah ke blog baru. Kalau anda berminat, cari blog bertajuk nama nickname saya masa zaman Jasin :-)

Syukur, I can feel forgiveness in my heart.

Amin.

Saturday, June 06, 2009

Setiap Kali Aku Memelukmu

Sebelum menjadi seorang ayah, rasanya aku tidak pernah memahami Papa. Tapi, selepas menjadi daddy pada si budak kecik, aku faham sedikit sebanyak apa yang Papa lalui ketika membesarkan kami sekeluarga.

Satu hadiah yang Zara berikan yang amat aku hargai ialah unconditional love. Dan, setiap aku memeluknya, I feel that love.

Zara, daddy loves you and reminds you that you will always be daddy's little girl. :-)

Wednesday, June 03, 2009

Look At That


Van Der Saar's expression before the goal by Leo Messi in the Champions League final ;-) I wonder what was he thinking ?

Care to fill in the blanks ? :-)

Sunday, May 24, 2009

Jasin Dan Dendam

Pada rakan - rakan yang mengenali diri ini sejak Jasin, mungkin kalian tahu yang aku ada berdendam dengan beberapa orang ex-Jasin. Dendam bagaimana, kalian tanya ?

Dendam yang boleh membuatkan gue 'lose control' dan melaksanakan tindakan di luar fikiran.

Beberapa hari lepas, seorang sahabat menyebut salah seorang mereka dan tanpa berfikir panjang, aku terus berkata yang aku mahu pelangkung kepalanya dengan kayu golf wooden driver ( kaki golf tahu apa kayu ini ) dan baru mengajaknya main golf, untuk menghilangkan kemarahan ini.

Individu - individu ini mempunyai set video mereka tersendiri dalam memori. Video yang penuh dengan gambar berwarna-warni dan sound effect Hollywood. Dalam video ini, ada mereka dan aku. Dan ianya sungguh jelas. Sejelas TV plasma Samsung.

" Let bygones be bygones " - Scorp , " Masa tu kita budak2 lagi .. "- CP,
" It is the meaning of the event that maginifies how it affects you ... " - Tony Robbins

Macam pernah aku kata di mailing list group Jasin, kalian bisa menasihati itu dan ini, tetapi yang merasainya adalah aku. Aku yang tidak tahu apa - apa masa itu. Sebelum Jasin, ianya hitam dan putih, selepas Jasin, ianya kelabu.

Dan baru - baru ini, seorang insan yang berada dalam kumpulan ini menegurku. Beliau baru sahaja dalam satu ujian dan kalian tahu apa ku kata. Tahniah. Dendam Kesumat kemarahan itu masih ada dan menyala, tetapi ucapan tahniah was the right thing to do. Kisah insan ini akan ku ceritakan nanti. Kisah yang menukarkan persepsi aku tentang orang berkopiah dan berkuasa, yang sepatutnya menolong / membimbing tetapi menolak ku jauh hanya kerana, " Saya tidak mahu orang sebegini di bawah saya. " Bagi dia, aku insan pelik yang patut bersama insan - insan 'pelik' yang lain.

---

Ini bukan kisah yang aku nak ceritakan selepas post ini, tetapi aku luahkan kerana ia sudah lama dalam hati.

Macam aku katakan ... ini semua therapy.

Friday, May 22, 2009

Homeroom V

Dalam sebuah kelas, kami berkumpul buat kali pertama. 5 jejaka, 5 puteri. Nama - nama mereka yang aku masih ingat adalah Azmarul, Abu Hassan, Mohd Yusof, Rusni, Noor Laila, Marina, Fairuza. Yg lain tidak aku ingat. Yang aku ingat pada pertemuan pertama ialah Azmarul dengan songkoknya.

Cikgu homeroom kami ialah Cikgu Rokiah Samion. I think she was alright. Mama begitu berharap yang aku akan dijaga oleh Cikgu Rokiah. I don't think that arrangement really worked out, tapi okaylah kan, Ma begitu bimbang dengan anaknya di sini.

Mungkin nanti aku upload gambar homeroom jika ada dalam simpanan. 

Lepas ini, cerita minggu orientasi ... yang bagi gue, adalah penting kerana ia menemukan gue dengan ' Kartini ' ....  

Thursday, May 14, 2009

Masa Lalu Bertemu Masa Sekarang

Pada satu hari, seseorang insan yang pernah mewarnai hidup ini, telah muncul kembali. Aku lihat dan amati diri dia pada masa itu.

Gayanya masih sama :-) Cara percakapannya masih sama :-) Buat beberapa saat, saat - saat manis itu datang kembali.

Itu masa lalu. Bukan masa sekarang. Kata orang, older and wiser. 

Aku bersyukur dipertemukan dengan dia walaupun untuk seketika. Mungkin selepas ini, kami tidak akan berjumpa lagi, tetapi kali ini, aku bahagia kerana ia berakhir dengan senyuman dan mesra.

Fokus aku adalah untuk masa sekarang dan masa hadapan, bukan masa lalu. 

Saturday, May 09, 2009

Bertemu Changgang

Lepas pendaftaran, kami ke bilik yg telah diberikan. Aku ingat lagi sampai sana sudah ada sekeluarga di katil sebelah. Kira roommate aku la tu. Budak hitam manis. Kami bersalaman. 
" Azmir "
" Azri "

Kami tidak banyak berbicara masa itu. Sebab ahli keluarga lain ada, jadi masing - masing diam sementara mereka berceloteh. Ayah Azri seorang petani, mereka berasal dari Johol, Negeri Sembilan ... Kg Changgang .. sejak itu, aku panggil Azri Changgang ... sempena nama asalnya.

Oklah, lepas ni aku cerita ttg meeting homeroom pertama.