Wednesday, October 12, 2011

Your Future

Your future is what you make it now ... so make it well ...

Kita di sini oleh sebab apa yang kita telah lakukan sebelum ini ... jadi jika anda mahukan sesuatu pada masa hadapan , apa yang anda lakukan sekarang untuk mencapainya di masa hadapan ?

Semasa di konvo MMU semalam, melihat bekas - bekas pelajar seronok menjadi graduan .. ia mengingatkan saat saya menjadi graduan pada tahun 1995 ... Y2K masih jauh di hadapan .... no one told me this, but I told some of my students yesterday ... you begin from level 0 after you graduate .. forget your uni-life and focus on your future. If not, your forward progress will be dragged by unresolved issues of your sekolah menengah and college days ... oh well... that is just me ... ;-)

I am now 38 and when I am 40.. I know what I want to be ... it's time to work on that future reality ...

Thursday, October 06, 2011

Goodbye, Steve .. RIP

I don't know Steve Jobs personally. The only Apple product I have is the Itunes installed in my machines. But, I know the guy throughout the years through various forms of media. And, if there is one thing we can learn from him is the power of perseverance.

Steve Jobs percaya dengan apa yang dilakukan dan beliau akan lakukannya sehingga ia berjaya. Walaupun ia akan berakhir dengan kegagalan, beliau tahu ada pelajaran di sebaliknya. Kalian tahu mengenai Iphone, Ipad dan Itunes, tetapi, adakah kalian ingat G4 Cube ataupun Ping ?

My readings on him tell me one thing : he is a genius .. and he does fail, as well. But, it is the human qualities that makes him what he is .. the desire to make great things ...

His inspiring speech of Stanford 2005 is a wonderful advice from the man. His biography later this year will have many waiting for its arrival ...




ps. where were you when you heard he passed away ? Saya baru sampai meja office..buka FB .. byk status R.I.P Steve Jobs ...

Wednesday, September 28, 2011

Chunks and Frogs

As there are so many things going on right now ... I learnt again two valuable life lessons ... the first lesson is to chunk down a major task to smaller tasks if you want to get it done. If you keep it looking as a major task, it can look daunting, and it leads to procrastination :(

Another thing I learnt was to the need to eat the biggest frog. According to Brian Tracy in his article here, frogs are the tasks that you are loathed to do but are the most the important that NEEDS to be done a.s.a.p .. I have to take of frogs, instead of settling for easy ones :( ...

Oh life ... as long as you do not learn the lesson ..it hits you back again !

Tuesday, September 27, 2011

Di Persimpangan

Sekali lagi aku di persimpangan ...  dan yang pasti, kalau tidak buat keputusan yang betul ..nanti hasilnya macam sekarang .. samar2  :( .. so many ideas, so many ways ... yet, the ACTION lacked ..

and the physical body is giving me signals as well....

Saturday, September 24, 2011

Insanity # 2

I was unwell today ...  and, it finally hit me that I am still insane. Mengikut kata Sam Carpenter, pengasas dan penulis buku 'Work The System', hidup kita adalah sistem yang sempurna .... dalam sistem, ada 3 perkara utama ... input, proses, output...  apa2 yang tidak kena, ketiga - tiga perkara ini harus dianalisa untuk melihat apa masalahnya ... hmm... something that I should do, kerana apa yang saya buat untuk menjana pendapatan sampingan is still not working as it should be :( ..

Wednesday, September 07, 2011

The Definition Of Insanity

Definisi 'insanity' - melakukan perkara yang sama dengan cara yang sama dan mengharapkan keputusan yang berbeza. Saya rasa saya dalam fasa 'insanity' dalam pelbagai perkara, selama ini. Time to wake up, dude.

Tuesday, June 21, 2011

Thirty Eight

20 June 2011,... I turn 38 .. so unreal ... ;-)

Tuesday, May 24, 2011

Jalan - Jalan Cameron Hari Ke 3

Breakfast

Satu perkara yang best mengenai Hotel Equatorial adalah sarapan pagi yang disediakan. Setakat ini, pilihan juadah sarapan mereka adalah yang terbaik di kalangan hotel - hotel di sini. Si isteri amat mementingkan sarapan pagi di mana - mana hotel yang kami duduki. :)

si isteri suka :)

Big Red Strawberry

Antara tujuan kami ke sini, adalah untuk merasa kedai - kedai strawberry. Big Red mempunyai kedai / ladang mereka di Brinchang, berdekatan dengan pusat pekan, di lereng bukit. Kawasan parkir agak curam, jadi sila memarkir baik - baik. Kedai strawberry yang standard dengan kedai runcit fokus barang - barang strawberry dan cafe disebelah. Juga ada peluang untuk membeli strawberry dan sayuran segar jika anda mahu. Kami merasa strawberry sundae mereka dan membeli topi / glove untuk Zara dan Farah :)

Dengan Zara dan Farah di Big Red

Strawberry Moment

Kami mahu mencuba kedai ini setelah melihat gambar - gambar makanannya di Facebook pelajar saya. Kafe ini berkonsepkan strawberry, dan kebanyakan makanan / minuman dalam menu ada strawberi dalamnya. Suasananya bersih dan santai. Kami memilih dua jenis waffle dan minuman strawberi. Sedap dan berbaloi ke sini. Jika anda ke Cameron dan mahu merasa makanan berasaskan strawberi yang best, sila datang ke sini :)

Juadah kami di Stawberry Moment
 

Thursday, April 07, 2011

Jalan - Jalan Cameron Hari Ke 2

Hari Kedua ( Bahagian 2/ 3 )

Subuh Yang Aman Dan Dingin

Awal Pagi Yang Dingin 


Seronok kan kalau hari - hari pemandangan pagi sebegini ... sebab itu setiap pagi, selepas bangun dan solat Subuh, saya akan berdiri di balkoni bilik kami dan menikmati pemandangan dan udara segar Cameron sepuas-puasnya.
Tenet is a must .. perut must go !

As usual, di mana2 pun, bertenet is a must ;-) pakej internet wireless Equatorial memang berbaloi .. RM 15 untuk 24 jam ... dan kelajuannya bagus.

Di sana, saya juga mengambil masa memikirkan tentang bisnes internet dan trading .... hmm... that is for my other blog, www.kayahebat.com ..



Zara n Farah discuss what ?
Hehe, seronok tengok gelagat dan telatah depa berdua masa trip ni .. syukurlah, mereka tidak buat byk kerenah masa trip ni ... hehe...

Rancangan kami hari ini adalah seperti biasa, mahu mencari strawberi ...  untuk tujuan itu, kami bercadang untuk pergi ke Kg Sedia Raja, di mana ada peladang strawberi Melayu, seperti pernah saya baca dalam Mingguan Malaysia beberapa bulan lepas..




The ladies of my life .. so far :D

 Kami telah singgah makan strawberi di Mashoor Strawberry Farm di Kg Sedia .. gambar menunjukkan apa yang kami beli di sini ... makan2 nya sedap-sedap .. cuma customer servicenya could have been better ...
Ni Zara punye ! 

Setelah puas explore Kg Sedia Raja ... si isteri mahu makan waffle untuk minum petang ... kami ke Strawberry place, di sebelah Hotel De La Fern .. mereka juga menyediakan steamboat .. tapi, kita makan waffle dulu ye ...
Me dan Farah ... :)

Linda dan Waffle Strawberry

Mine .. all mine :D

Best makan waffle di sini ... dan servisnya okay juga.. kami memang rekomen makan waffle di sini ... mereka juga ada kedai runcit / gift shop bersebelahan ... biasa2 je ....

Yang seronok datang ke Cameron masa hari biasa ialah kurangnya trafik dan juga suasana yang lebih santai .. memang mesti enjoy masa - masa sebegini sebelum budak - budak ini sudah besar dan masuk sekolah... so far, kami tidak membeli cenderamata kerana fokus kami adalah untuk rehat dan makan .. :)

Selepas makan, kami pusing kawasan sekitar Tanah Rata / Brinchang .. ada pembangunan baru sekitar sini ...

My girls :)

Our steamboat 
Waktu malam, kami menikmati steamboat di restoran yang sama. Steamboatnya berbaloi dan kuah supnya sedap ... juga harga yang berbaloi .. kami amat rekomen steamboat ini




Secara keseluruhannya, a very good day ... makan strawberry, santai dan steamboat :)

Saturday, March 26, 2011

Kisah Jalan - jalan Cameron Highlands Day 1

Percutian memang sudah lama dirancang sejak bulan Februari lepas. Tujuan utama adalah dua, untuk mengambil masa bersantai bersama keluarga dan melayan permintaan si isteri mahu menjamah buah strawberi sepuas - puas hatinya. :) Kami jadualkan percutian 3 hari 2 malam.

Hotel yang dipilih adalah Hotel Equatorial Cameron Highlands, kerana dah lama kami idam untuk merasa tinggal hotel di kawasan tertinggi Cameron Highlands iaitu Brinchang. Siap kami minta valley view kerana lokasi hotel di lembah kawasan hijau sayur - sayuran Brinchang. Hotel ini bersebelahan kawasan pasar Kea Farms.

Masa pula dipilih sebelum cuti sekolah ... kerana ikut pengalaman saya, suasana Cameron best masa hari biasa ... ;-)

Hari Pertama ( Bahagian 1 / 3 )

Kami bertolak agak lewat kerana saya menyiapkan tugasan - tugasan terakhir di office MMU. Dan perjalanan waktu petang itu lambat kerana saya berhati-hati membawa kereta kerana hujan lebat sepanjang perjalanana dari KL ke Tapah. Di Tapah, hujan reda.. namun jalanraya basah dari Tapah ke Cameron membuatkan kami sampai di hotel sekitar Maghrib. Yang seronok bagi saya, ialah apabila menutup aircond sekitar Lata Iskandar dan membuka tingkap kereta ;-) Fresh mountain air wa cakap lu :D ... juga seronok kerana check in di hotel dan mendapat bilik dengan pemandangan yang diminta.
                                                Zara dan Farah landing terus di katil dulu :D

Untuk dinner, kami makan steamboat ( makanan wajib pelancong Cameron :) ) di Fauzy Steamboat di Brinchang .. berdekatan KFC .... sup sedap.. pilihannya biasa sahaja .. 3 out of 5 stars

Bersambung nanti ....

Saturday, March 05, 2011

Satu Permulaan Baru

Pagi ini memang satu pagi yang penting. Kerana ia adalah permulaan baru . aku tidak pasti bagaimana fikiran aku dua tiga bulan selepas ini tentang apa yang sudah aku mulakan, tetapi kita lihat bagaimana ya.

Yang pasti, kali ini aku berani. Berani untuk melakukan satu perubahan walaupun tidak ada jaminan yang ianya akan berjaya. Tetapi, it is something that I must do, as I have been thinking and contemplating about it for the past year. Dan bila kontrak dengan MMU hampir tamat, aku membuat keputusan 'All Or Nothing'.. aku akan fokus pada bisnes, dan akan mengajar part time. Mengapa mengajar part time ? Kerana aku masih sayang kerja mengajar .. I love teaching and helping minds grow ...

Anyway, sekarang tiada alasan untuk kurang berblog :P .. kerana aku ada masa , sekarang cara menguruskan masa itu yg penting ... plan and execute !

Semoga berjaya !

Saturday, February 05, 2011

Makin Lama Makin Dekat

Januari 2011 sudah lepas dan Februari pula menjelma. Dan tarikh pemergian daripada tempat kerja sekarang juga semakin dekat. Dan, rasanya ini adalah perkara yang 'pagal' aku buat semenjak sepuluh tahun kebelakangan ini, tapi, bagi aku, masanya telah tiba. Jika ini yang harus dilakukan, inilah yang harus dilakukan. Namun, tidak mengapa, ada plan B .. backup plan sekiranya perlu. Dan Aku Ulang Lagi Sekali ... Jika Perlu.

Farah sudah tiga bulan. Dan syukur, seperti kakaknya, kerenahnya tidak banyak .. cuma dia senang berjaga malam .. jadi penting waktu awal malam ( 7 pm - 10 pm ), kami tidak bagi dia peluang untuk tidur kerana dia boleh berjaga sehingga 3 - 4 pagi apabila itu tidak dilakukan.

Biznes mula berjalan ... satu perkara yang mesti dilakukan adalah fokus dan ikuti langkah2 yang telah dirancang awal2 ... aku mendapat inspirasi ini apabila memindahkan barang ke kediaman baru kami. Yes, we are finally leaving the nest :D

Saturday, January 01, 2011

Selamat Datang 2011

Setiap tahun baru kita berjanji akan berubah, penuh dengan pelbagai azam. Dan pada penghujung tahun tersebut, apa yang terjadi dengan azam - azam di awal tahun ? Saya jamin  hampir kesemuanya tidak menjadi.

Jadi untuk 2011, apa kata kita buat begini ? Tetapkan SATU sahaja matlamat untuk setiap bidang hidup kita, dan fokus usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Saya akan gunakan teknik ini untuk 2011, kita lihat nanti bagaimana kesudahannya ?

" Perubahan hanya benar - benar berlaku apabila kita mesti berubah, bukan kerana kita ingin atau terpaksa berubah "

Semoga 2011 membawa kita ke peringkat hidup yang lebih tinggi :-)

Tuesday, December 21, 2010

Reflections On A Subuh On Tuesday

2011 hampir tiba, 2010 hampir pergi ...
diri ini masih lagi diberi peluang olehNya untuk bernafas di bumi ini .... in a way, aku bersyukur kerana masa telah berlalu, dan aku ada peluang untuk menentukan masa depan kami sekeluarga. 2011 bakal menjanjikan satu    perubahan besar dalam kehidupan kami. Berkat sokongan isteri dan rezeki anak - anak, aku beranikan diri untuk melangkah ke hadapan, dengan menjadi seorang usahawan. Aku suka kerja sekarang sebagai pensyarah, tetapi, lain - lain ruang akademia mungkin tidak berapa sesuai ( spt Research, et al ). Diri ini lebih sesuai mengajar dan membimbing ...

Aku sudah faham sedikit mengapa aku selalu berasa rendah diri dengan pencapaian diri ini. Yang pertama, aku sering membandingkan diri dengan pencapaian kawan2 yang nyata lebih berjaya. Kedua, aku masih kadangkala melihat masa lalu yang perit, walaupun tidak sekerap dulu ... zaman sekolah menengah ( Jasin ) dan zaman kolej ( PPP / GWU ) ... dan zaman 20an bekerja ... memikirkan apa yang sepatutnya aku lakukan, dll. Bila aku fokus sebegini, ia datang kembali .. perasaan marah dan sedih ... it's okay, Azmir .. it will always be a part of you, and you move on ... Amin.

Untuk itu, aku akan mencorakkan masa hadapan kami sekeluarga supaya aku tidak akan berfikir sebegini 5, 10 tahun akan  datang ... sebab macam aku ceritakan pada adik aku si Julia, jika kita sendiri tidak mencorakkan hidup kita, kita akan dicorakkan oleh orang lain dan kita tidak akan menyukainya ...



Sunday, November 28, 2010

Kisah2 Dulu Dan Sekarang

Hidup sekarang ini agak sibuk ... tugasan yang bertimbun .. dan masa hadapan yang menarik dan penun cabaran

On 5th November, puteri kedua kami telah dilahirkan ... Amirah Nur Farah ' Puteri Cahaya Kegembiraan ' .. yes, I was there during the delivery process .. and all I can say, " Same like the 1st one " :P

2010 sudah hampir ke penghujungnya ... tahun di mana aku banyak belajar pelajaran hidup - peribadi, pekerjaan dan bisnes. Antaranya, adalah perlunya FOKUS. Tanpa FOKUS, kita akan terkejar - kejar ... dan kerana itulah, tahun depan, banyak perubahan akan berlaku.

Okay, kita jumpa lagi .. yang pasti ... the only thing that stays the same is CHANGE.

Contoh Fokus Yang Ampuh Daripada Individu Di Bawah

Sunday, October 24, 2010

Junior No 2



InsyaAllah, dalam beberapa minggu lagi, anak ke dua kami akan sampai. Seorang lagi puteri ;-) kalau mengikut imbasan doktor. Saya rasa takut seronok. Seronok kerana Zara akan mendapat seorang adik ;-) takut kerana mendapat satu lagi amanah dan tanggungjawab. Bagaimana kalau saya tidak dapat menunaikannya ? But, I will do my best to be the best dad kepada junior no 2 dan Zara.

Yang menarik adalah kehadiran anak no. 2 ini pada saat di mana pelbagai perubahan sedang dan akan berlaku untuk masa hadapan. Tahun 2011 akan membawa perubahan baru dalam kehidupan kami ...

Persiapan sudah siap - bag, hospital, et al. Cuma menunggu masanya aja.

Saturday, October 09, 2010

Kata Nasihat Mentor Pedas

Sekitar tahun 2008, mentor trading saya dan saya, berbicara secara YM ... setelah dua tahun, baru kata2 beliau saya fahami ....

mentor: hmm...nak jd millionaire,aku dah dpt
mentor: now, aku mula fikir..mcm ner nak jd billionaire pulak
mentor: sounds crazy, but i wanna give a try
omecool20: billionaire
omecool20: can
omecool20: main trading n property je la
omecool20: or maybe kau nak expand oversea ke ?
mentor: nope, too slow for billionaire
mentor: trading & property too slow to be a billionaire
omecool20: hmm
omecool20: investment
omecool20: tp what kind of investment ye
mentor: I believe the so-called 'impossible' is actually very often possible
mentor: mcm aku ajar ko dulu...kalau nak jd millionaire, kena tiru & buat apa yg millionaire buat..ingat lagi???
mentor: then, aku buat...jadi millionaire
omecool20: yep
omecool20: mungkin aku salah lupa
mentor: now....use the same for billionaire
omecool20: tp aku mmg mahu jd billionaire
omecool20: kalau gitu tiru mcm donald trump la
omecool20: property development
mentor: what comman things most billionaire do to built their fortune?
mentor: yup...thats right
omecool20: mcm buffet dia invest in blue chip firms
omecool20: yg earnings bagus tp share price undervalued
mentor: aku minat cara donald trump
omecool20: okay la tu
mentor: i wanna give a shoot
omecool20: aku suka cara buffett
omecool20: dia accumulate ... rite now agaknya he is smiling .. tgh pilih mana nak beli
omecool20: boleh
omecool20: go ahead
mentor: either way..no prob...bottom line..jadi billionaire
mentor: kalau ko suka cara WB, go ahead
mentor: bottom line, ko jd billionaire
omecool20: yep ...
omecool20: now jd millionaire
omecool20: first
mentor: asalkan sampai ke destinasi yg kita nak..tak kiralah cara mana yg ko nak ikut
mentor: aku dah start my first dev project
omecool20: boleh aku tau bila kau set nak jd millionaire ?
omecool20: ooo .. projek xxxx tu ke ?
mentor: yup
mentor: tapi untung tak byk..dlm RMxxxk je
mentor: but, oklah for beginner mcm aku
mentor: next project aku ialah xxxxxxx
omecool20: yep
omecool20: kau ada cerita
mentor: yg ni, kalau menjadi..dpt Rm7 juta
omecool20: tu jv kan
omecool20: waa
omecool20: good first step
mentor: next, aku nak beli tanah & dev perumahan
omecool20: yes
omecool20: that's the next step
mentor: how to do that??? mana aku tau..but thats not a good excuse
mentor: mcm mana la nk jd billionaire yg requires RM1000juta tu
mentor: aku baru ada 3juta..kena buat lagi 997 juta
mentor: byk tuu
omecool20: boleh
omecool20: u have proved that it's possible
omecool20: eh td aku tanya
mentor: yup, aku fikir possible sbb ramai dah org buat, boleh
omecool20: bila kau set jd millionaire
omecool20: sku tensen la bro
mentor: in 2005
omecool20: aku still struggle trading
mentor: ko still struggle sbb ko tak buat dgn penuh passion
mentor: ko buat trading sbg sampingan je
mentor: so, apa yg ko dpt sbnarnya ialah 'sampingan' jg
omecool20: cuba kau huraikan lagi
mentor: GJ ko blh sell skrg
mentor: huraikan apa?
omecool20: the passion part
mentor: oh..
mentor: maaf klu menyinggung..maksud aku..ko buat tak sepenuh JIWA & raga
mentor: takde 'roh'
mentor: takde passion
mentor: takde keyakinan
omecool20: camne ye nak dpt passion tu ?
omecool20: aku dah invest in stuff
mentor: ko kena ada keyakinan
omecool20: is it the knowledge part ?
omecool20: confidence ?
mentor: ko kena ada 'chemistry'..
mentor: kena rasakan ianya mcm 'jiwa' ko
mentor: jiwa seorang trader
omecool20: so jiwa seorang trader ni bgm ..from yr angle ?
mentor: senang cakap mcm ni...
mentor: i burn my bridge
mentor: u dare to burn yr bridge?
mentor: no right?
mentor: thats shows u blm betul2 bersedia to be a full time trader
mentor: nak passion, jiwa..kenalah full time
omecool20: hmm
mentor: then u can focus..and specialist
omecool20: mcm kau buat dulu la
mentor: yup
omecool20: left intel n went into the stock market
mentor: buat betul2...bkn sambiul2
mentor: sambil2
mentor: aku tgk ko ni.... jenis yg perlukan 'cheer leader' to keep moving
mentor: maaf ya..i comment for yr own good
omecool20: yes
omecool20: aku agree la
mentor: ko tgk aku...ada tak sapa2 coach & cheer lead aku?? no right??
omecool20: setahu aku takde ?
omecool20: yg kutuk ada la
mentor: u need to CHANGE
mentor: pedulikan kutukan
mentor: kalau ko buat baik org kutuk..buat jahat org kutuk...tak buat apa2 pun org kutuk jgk
mentor: ko takleh lembik dgn kutukan org
mentor: jgn mudah lembik
mentor: u r special
mentor: from the strongest sperm
mentor: aku takkan lembik dgn kutukan2 org tu
mentor: biarlah
omecool20: yes
mentor: yg memuji pun ramai jg
omecool20: nak tetapkan semangat tu
mentor: yg menyambut aku kat aiport pun ramai jg
mentor: so, what the heck?
mentor: yg dok mengutuk2 tu...tanya la balik, berapa byk hasil trading yg depa dah kumpul??? aku rasa zero je


Sifu, sekarang saya faham ... dan terima kasih kerana masih percaya dengan saya. 

Friday, September 17, 2010

Sikap Anda Mengenai Perniagaan

Ada satu kisah benar saya nak tulis di sini ...


             Beberapa malam lepas, kami sekeluarga pergi ke KFC Metropoint Kajang. Ya, ingin makan KFC untuk dinner. KFC sibuk kerana pelanggan ramai ... si isteri menjaga anak bermain playground manakala si suami pergi beratur membuat pesanan. Si isteri mengomel .. " Problem ni awak .. sebab tempat duduk macam kurang je ... " .. saya usulkan saya bungkus dan kita makan di tempat duduk sambil melihat Zara main playground KFC. Ok, kata si isteri.
                Semasa beratur, saya melihat two situasi - staff KFC di belakang kaunter sibuk mengambil dan menyediakan pesanan, manakala staff di kawasan makan mengemas seberapa yang boleh. Dan saya tahu mengapa KFC cawangan ini laris ... ( saya biasa ke sini ) .. kerana staffnya dilihat bekerja, menjadikan pelanggan faham dan sabar dengan situasi mereka.
              Oleh kerana lama sangat menunggu ... bukan salah staff KFC ... pelanggan2 saya lihat .. ordernya besar2 .. sekali order minimum untuk sekeluarga 6 org ke atas ..... si isteri sudah lapar yang amat ... ;-) jadi kami keluar dan pergi ke Plaza Metropoint. Jam sudah 9.47 pm.

Di Plaza Metropoint, kebanyakan sudah / mula tutup .. sebab ada peraturan di sana bisnes pukul 10 pm.

Pergi ke restorang MIGLemon, terus disapa oleh seorang budak pelayan yang berkata, " Maaf bang, kami sudah dekat tutup jadi kami sudah tidak ambil pesanan lagi ". Nasib baik beliau berkata begitu sebelum kami duduk. Ok, dan terima kasih atas notis anda. Tidak saya lihat label ala2 McD atau KFC yang berkata pesanan setengah jam terakhir adalah untuk take away.

Naik ke atas, ke Station Kopitiam, bertanya kepada ketua pelayan.. " Bang, buka lagi ke ? " , " Buka lagi bang ..tetapi abang harus cepat2 order sebab sudah dekat mahu tutup ... " Terus kami order setelah tgk menu 1 minit ( cepat pilihan ya ;-) ) ... dan sekitar 9.59 pm, order kami sampai. Kualiti makan biasa2 sahaja ( rasanya a bit overpriced for the portion ) .. tapi kami bersukur kerana menikmati rezeki.

Itulah ceritanya. Jika anda adalah tuan punya kedua-dua restoran di atas, apakah reaksi anda terhadap tindakan pekerja - pekerja anda ? Bagi saya, saya menghargai tindakan pelayan Station Kopitiam dan saya faham tindakan pelayan MigLemon.

Fikir - fikirkan lah .....

ps / gambar - gambar adalah hiasan melambangkan tempat - tempat yang disebutkan, bukan gambar2 sebenar pada malam kejadian :)

Monday, September 13, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Kepada semua pembaca blog Ome, Salam Aidilfitri, Maaf Zahir  Batin ..

Dah hari ke 3 ;-), tapi better late than be sorry ...

Tema Utama Raya Kali Ini Adalah Kemaafan dan Bergerak Ke Hadapan ... Amin.

Wednesday, August 25, 2010

Sibuk Mengenai Masa Hadapan

Masa Hadapan Adalah Masa Hadapan.
Apa yang kita lakukan sekarang AKAN mencorak masa hadapan kita.
( .. aku tahu .. sebab perniagaan online aku suam2 kuku sebab perancangan yang samar .. )

fokus dan fokus dan tetap fokus ... InsyaAllah, from now on.

Yang pasti, pengorbanan adalah penting, dan untuk berjaya dalam bisnes niaga, saya harus ubah hala tuju kerjaya ...

Stay tuned.

PS / It's time to live your life, instead of following it !