Saturday, May 16, 2015

How I Met Your Mother aka 14 May 2015

Pada penghujung tahun 2005, sekitar November, ada satu majlis keramaian anjuran rakan-rakan di Hotel Grand Pacific, berdekatan PWTC. Majlis hi-tea. Saya dah register nak pergi. Petang itu, hujan sekitar kawasan perumahan saya ketika itu (Damansara Damai). Memang rasa tidak mahu pergi, sebab masa itu bermotor lagi. Tapi, sebab dah berjanji dengan penganjur, kita pergi juga.

Majlis keramaian ini, meraikan Aidilfitri, antara kami. Macam biasa, bila jumpa kawan2, masa berlalu begitu cepat. Makan dan borak-borak. :) Pada majlis itu, ada dua rakan puteri baru yang saya berkenalan, A dan B.

Pada masa itu, memang keadaan diri ini, sedikit sunyi, sebab my best friend, Errol, baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Sudah tidak ada geng :P ... so have to find new diversion, so to speak ...

Ikut style zaman itu, mula la rajin sms A and B sejak berjumpa. A, best friend rakan saya, Khai, manakala B, seorang yang bekerja di industri insurans. Respon B suam2 kuku, in other words, maybe dia tidak berminat, manakala A pula memberikan respon yang sangat baik. Terlalu baik ;-)

Nak ringkaskan cerita, enam bulan selepas itu, pada 14 May 2006, aku dan A bertunang. 14 May adalah tarikh hari jadi beliau. Dan tepat dua bulan selepas itu, kami telah bernikah.

Tahun ini untuk raikan hari jadinya, kami ke IOI City Mall, menonton  Avengers Age of Ultron, di GSC, dan makan di Tony Roma's. The movie was excellent and we had a good time.

Happy birthday, awak :) terima kasih kerana kejar saya pada masa kita dating-dating dulu :)

and here's hoping to many more years of happiness ... :)

gambar terbaru keluarga kami



Friday, May 01, 2015

Lawatan ke PBAKL 2015

Lama sudah tidak ada isi.. baru ada isi untuk tulis kembali ...

Siang tadi, pergi ke PBAKL 2015 di lokasi biasa, PWTC. Ramai orang, pelbagai peringkat umur dan ragam. Pelbagai penerbit, seperti dahulu.

Gambar menunjukkan buku-buku yang dibeli. Buku-buku yang dijamin akan dibaca :)


Saya mahu meneroka alam buku Indie yang semakin popular di Malaysia. Jikalau anda lihat buku Saiful Nang di atas, pasti anda ingat penerbit, penerbit baru, pada hal, di sebaliknya, adalah penerbit popular.

Kisah di sebalik buku2 yang dibeli

Koleksi Ujang dan Ayop Anak Tulakang dibeli di booth Creative Enterprise. Nostalgia zaman kanak-kanak, semasa saya gemar membaca Gila-Gila. Masa di booth Creative Enterprise, rasa sedih melihat keadaan Creative Enterprise yang tidak seberapa berbanding penerbit2 tempatan yang lain, padahal mereka adalah antara veteran penerbitan negara.

Buku Not terbitan Tulisnovel.com clan, dibeli secara tunai dari sahabat lama FB, Cik Husna, sebagai menyokong usaha penulisan beliau. Sempat bergambar dengan Puan Husna yang saya kenal sejak zaman Karipap-karipap Cinta PTS ;-)

ihsan FB Puan Husna Adnan

Buku-buku Dubook Press yang saya beli timbul dari perasaan ingin tahu mengenai keistimewaan Dubook yang saya dengar sejak sebulan dua, di FB rakan penulis .. buku mereka jenis Indie ... tiga buku yang saya beli dipilih berdasarkan imbasan bacaan isi mereka. Bermulalah penerokaan saya ke alam buku Indie yang popular di kalangan muda-muda sekarang.

Sama dengan buku Fixi, trilogi tulisan cik Gina ... masa melawat booth Fixi di tingkat 4, pada mulanya saya tidak mahu beli apa-apa buku Fixi, kerana buku fiksyen Fixi lain dari yang lain. Terus terang, buku-buku Fixi meneroka alam di hujung, 'edge'.. bukan buku-buku tipikal. Jadi buyer beware, Akhirnya saya beli sebab memang tertarik dengan Ngeri,dan keramahan Cik Gina melayan celoteh saya mengenai buku-bukunya. Another book arena to ponder.

Saiful Nang. Hmm, saya hormat dan kagum dengan beliau. Ramai yang bersetuju bila saya katakan yang beliau adalah pemangkin kepopulariti fotografi perkahwinan Melayu. Jika anda tidak pernah membaca blog beliau, buku ini adalah permulaan yang bagus kerana ia adalah kompilasi tulisan blog/FB beliau. Mengapa saya beli ialah saya nak tahu apa yang membuat beliau 'tick'. I do not agree with some of his words, especially nowadays, tetapi give credit where it's due. Beliau berjaya dalam bidang beliau dan kerja kebajikan beliau di bawah Rumah Warga Prihatin harus dicontohi.

Jumpa-jumpa

Jumpa Prof Kami dan Kak Roza di booth UMKI anjuran Blink. Aduh, Prof, maaf kerana lama tidak ikut UMKI. Saya akan ikut kembali. It's good to have you and Kak Roza back here in Malaysia. Beliau dan Kak Roza masih begitu, semangat dan bersahaja. It feels like I have known them for a long while.

Jumpa tuan Syaizul Amal di Gempak Starz :) sempat tegur beliau dan berborak sekejap. Salah seorang tokoh penerbitan buku Malaysia yang saya hormati dan kagumi. Tidak lokek berkongsi ilmu dan cerita perniagaan buku Blink.

Kesimpulannya, lawatan yang okay, tapi tidak semeriah bagi saya macam tahun-tahun dahulu. Am I getting more cynical, atau saya kepenatan masa itu..

Wednesday, March 25, 2015

Forgiveness Is The Only Way To Let Go

I always had issues of letting go in the past. Most, if not all, stems from anger of injustice, shit, et al. One of the major issues I had was how my attempted return to a previous workplace, DagangNet, was shattered due to so called company policy, even though I thought my return would be accepted with open arms. Esp, with the person who was handling HR during that time. In a way, she was clear that I would not be accepted back, even though the rest of them knew but were too p***y to tell it straight up.
I carried the hurt/grudge for a while .. and though I thought I had let it go, a recent event affecting DagangNet made it realize that it was still an issue inside. After a while, I decided that I should just tell the person that gave me the shock years ago .... through FB chat. I told her the whole story and basically said this ... I apologize for hating her what she did to me, and I forgave her for screwing me during that time, as she performing her duties at that time, and wished her the best for the future. It was closure, and I was relieved. I did not pay attention to whatever she said, as it did not matter any more. I finally let go ....
I guess, in the end, if you have issues, go to the core and decide what to do. Remember, you can forgive and move on. Usually you will not forget it, but it is easier to move on.

Sunday, March 01, 2015

Mortality Is Here .....

Earlier tonight, I had a reunion of sorts with a bunch of guys from my form one days in SM Vivekananda. I was late, due to car problems. A few of them turned up ... the one major thing that was playing in the back of mind was simply " .. dang, we met nearly 30 years ago! .." THIRTY YEARS ago ... when I was a kid, 30 years seemed so far away .... but here we are ...

Had a great time and realized that I have kinda moved on ...  and I had pleasant memories of that time ...


the picture above was my form one picture .. my one and only year there ... but great memories ...

Saturday, February 07, 2015

The Whys - Why I Do What I Do Nowadays ......

Nowadays, when I wonder why I am doing what I am doing, especially relating to my non work ventures, all I have to do is look at the three reasons sleeping each night.
Doakan ku berjaya, my loves :)

Me and My 3 Loves :)

Monday, February 02, 2015

Syukur Dan Regret

Beberapa hari lepas, saya dapat tahu yang bekas majikan saya, DNT, mengeluarkan VSS (Voluntary Separation Scheme), untuk mengurangkan jumlah staf mereka sebanyak 40%. Dan di gambar-gambar FB kawan, ada menunjukkan rakan-rakan yang menerima VSS ini. Kadarnya agak okay sesuai dengan khidmat lama mereka di sana.
Untuk beberapa jam, saya kembali marah, terguris dengan kenangan kerja di sana, di mana usaha untuk kembali setelah meninggalkan ditolak mentah2. Kerana, seingat saya, ada yang mendapat VSS itu ikut pengalaman saya, bukan kerja seberapa tetapi pandai bermain arus politik di DNT dalam kerja mereka. "Tak Guna!", "Pandai Getting Something For ..." ... di penghujung hari, saya sedar sebenarnya, ia hanyalah perasaan cemburu dan penyesalan. Di minda hanya bermain fikiran, kalaulah aku kan ..... Jadi, aku let go. Tahniah kepada mereka dan semoga sukses di masa hadapan. Masa untuk ke hadapan.
Kesimpulannya, kita harus bersyukur dengan apa yang kita.. fokus kepada hari ini dan masa hadapan, bukan masa lepas. Yang uniknya, kesimpulan ini aku kutip semasa minum malam Ahad lepas, semasa minum malam dengan 2 rakan sekolah rendah lama di Mahbub, Bangsar - Majid dan Kapit.

Aku Bersyukur , Fokus Kepada Hari Ini Dan Masa Hadapan!


Thursday, January 29, 2015

Small Signals, Large Signals

Satu perkara tentang kehidupan kita ialah perlunya kita mendengar suara hati yang kadangkala memberi petanda tentang keadaan kita sekarang. Orang putih kata, instinct. Bila petanda itu kecil, harus diberi perhatian, walaupun ia kecil. Sebab, bila kita ambil mudah tentang petanda kecil, petanda besar akan datang dan memaksa kita memberi perhatian.

Sunday, January 25, 2015

Sistem Untuk Hidup

Saya sedang buat satu ujikaji. Ujikaji di mana apa yang saya mahu capai, saya akan fokuskan kepada merangka dan menjalankan sistem ke arah apa yang mahu dicapai.

Buat masa ini, saya applikasikan secara khusus kepada kerja di pejabat. Hasilnya, setakatini, meberangsangkan. Kualiti kerja menunjukkan peningkatan yang baik. I am handling the work better.

Senang sahaja langkahnya,


  1. senaraikan apa yang perlu dilakukan ----> input
  2. hasilnya ---> output
  3. bagaimana output boleh diperbaiki --> feedback
  4. masukkan feedback ke input ...

Saya mendapat ilham untuk sistem sebegini, setelah membaca buku Scott Adams, penulis/pelukis Dilbert yang terbaru iaitu " How To Fail At Almost Everything and Win Big"

.. think about it ....

Tuesday, January 13, 2015

Awal Pagi Dan Lewat Malam

Awal Pagi

Kalau televisyen dipanggil 'idiot box', apa yang harus digelar penontonnya?

Lewat Malam

Mata sudah berat ..namun mesti digagahkan untuk masa hadapan ... once you have a clear idea about your future, the plan shows itself slowly .... follow up itu penting ...

Monday, January 12, 2015

Kata Hikmat Buddha Tentang Kita

" Kita adalah apa yang kita fikir ...
siapakah diri kita yang akan datang...
dengan fikiran kita
dengan fikiran kita
Kita mewujudkan dunia kita ..."

Pernah baca tentang frasa di atas .. tapi sekarang it makes sense ...

you know what I'm saying ...


heard this song while typed this post...

Sunday, January 11, 2015

Coulda, Shoulda, Woulda Is So Done For Us

Chatting with a lady friend earlier today through Telegram produced a line that I never thought I could type that easy ..

" Coulda, shoulda, woulda is so done for us "


At that point, we were talking about her bf ... just a brief background, I thought we had a thing ten years ago, but I was wrong and it didn't work out . And for the first time, I put all of that stuff behind and told her that I hope things between her and the current bf would work out.

I am so done with all that .... time to move on eh ...

I plan to post more frequently using Doogie and Carrie Bradshaw for inspiration ;-]

Doogie was the original blogger ;-]



Thursday, January 01, 2015

2014 ---> 2015 Goodbye Old Year, Happy New Year

Baru 20 minit sudah masuk tahun 2015, apa review mengenai 2014? Senang...what has happened and there is always a reason behind it .. good or bad. Satu yang pasti ialah you reap what you sow. Jadi, apa2 yang berlaku pada 2014 saya terima dengan redha. Lessons learnt will be applied to 2015. ..

rambut sudah beruban ... umur sudah masuk awal 40an .... mortality starts to beckon ...

 2015 .. some changes will be coming .... all the best to all of us.

Sunday, December 21, 2014

Review Manisnya Cinta Di Cappadocia

poster ihsan GSC 
Manisnya Cinta Di Cappadocia, telah keluar di pawagam tempatan sejak 11 December 2014 lepas. Semenjak projek ini diumumkan, memang saya menantikan ia, sebab novel yang menjadi asas filem ini, Manisnya Cinta, tulisan Anis Ayuni, terbitan Alaf 21, adalah salah satu novel kegemaran saya. Jadi, review ini adalah dari kaca mata seorang peminat tegar novel ini.

Sedikit latar belakang novel - diterbitkan pada tahun 2004, novel ini adalah kisah cinta Ifti Liyana dan Nazmi. Pertemuan, penyemaian cinta, konflik, pertautan kembali dan penyatuan mereka. Mesir menjadi titik bertaut cinta mereka, manakala kisah lama Ifti menjadi halangan cinta mereka. Bagi saya, novel ini adalah karya terbaik Anis Ayuni sampai sekarang. Memang jalan ceritanya klisye ;-), tapi olahan yang baik dan semangat cinta teraju utama novel ini menjadikan novel ini novel cinta yang baik

cover novel original Manisnya Cinta

cover original ihsan Alaf21


Cover Novel Manisnya Cinta versi adaptasi filem

cover ihsan blog Hezzy Azra 


trailer
Dalam adaptasi ke dunia filem, memang harus dikurangkan apa yang tidak perlu, mengekalkan apa yang penting iaitu konsep cerita novel. Dalam hal ini, saya berpendapat usaha yang dilakukan oleh pihak RedFilms memang berjaya. Kisah cinta Ifti dan Nazmi, bersama dengan konflik itu dikekalkan.

Pengarah Bernard Chauly memang pandai mengolah dialog dan visual filem ini. Khususnya, visual kerana anda akan terpesona dengan visual Turki. Penulis Rafidah Abdullah pandai mengolah dialog dari novel untuk dibawa ke filem. Penting kerana bahasa bersahaja dalam novel harus dikekalkan untuk filem dan ya, ia berjaya.

Pelakon utama Fazura sebagai Ifti Liyana dan Shaheizy Sam sebagai Nazmi. Syabas Fazura kerana BERJAYA membawa watak Ifti. Saya akui agak skeptikal apabila Fazura mendapat watak Ifti, tetapi dia berjaya menjiwai Ifti. Shaheizy Sam berlakon ok sebagai Nazmi,  namun mungkin sebab kecemerlangan Fazura, beliau tenggelam sedikit, tapi keserasian beliau dengan Fazura memang nyata dalam cerita ini.

Ada beberapa babak yang 'kuat' dalam filem ini. Dan saya jamin anda akan menitiskan air mata sekurang-kurangnya sekali. Babak mana? Pergi tengok ye ;-)



Mula - mula berjumpa

Ajakan pertama

Kesimpulannya, saya puas dengan filem ini. Tahniah kepada pasukan Manisnya Cinta kerana menghasilkan filem yang bagus, menepati citarasa peminat. :)


Konflik


Saya rekomen kepada kalian yang mencintai filem Melayu untuk menonton filem ini. Ianya ringan, saya akui, tetapi usaha dan kesungguhan pasukan Red menghasilkan filem ini harus disokong kerana tidak merendahkan minda penontonnya.

Two thumbs way up! :)



lagu rasmi filem ini .... melodinya juga menjadi latar muzik filem ini ...

Saya sangat2 rekomen kalau anda sukakan filem ini, beli juga buku novelnya di kedai buku atau di laman Alaf21. Kepuasan yang terjamin :)

Monday, November 24, 2014

It Does Not Matter Anymore ....

Aku masih penyokong tegar Liverpool FC. Musim lepas, SaS begitu mengasyikkan ... so near yet so far ... tapi, sebenarnya...masa pertengahan musim lepas .... aku sedar ... sedar, sedar untuk segala sayang dan dedikasi aku terhadap kelab ini ... menang, seri atau kalah mereka .. aku masih macam ini ... selepas 90 minit setiap perlawanan mereka .. my life is still more or less the same ....

Bagaimana kalau dedikasi dan sayang aku pada Liverpool aku curahkan juga kepada hidup aku? The same care, passion and effort ..... selepas itu, setiap Pool menang, kalah atau seri .. aku masih boleh senyum dan menjalani hidup ... bohonglah kalau tidak terasa apabila Pool kalah atau seri, tapi kesannya tidak seperti dulu .... kerana pengurus dan pemain Liverpool bermain dan mempunyai kesan secara langsung pada kelab Liverpool khususnya, but not to my life ... I am the one in charge and my decisions my life ... bukan Liverpool decisions affect my life ...

Jadi, walk on Pool ... You Never Walk Alone :D

This heart always beat Red :)

Liverpool FC


Thursday, November 20, 2014

135 Kg


This is me. It is a wake up call. A proverbial kick in the butt. Omg.

Friday, November 14, 2014

Sudah Dekat Penghujung 2014

Sudah dekat penghujung 2014 ... bagaimana keadaan anda sekarang berbanding dengan awal tahun? Biar saya bertaruh 10 sen ... masih sama kan? 80% nothing has changed .. correct? ;-) okay, anda hutang saya 10 sen ...

Tuesday, November 04, 2014

Your Choice - Powerful Stuff

A reminder for all of us ....


credit : Conrad Alvin Lim, one of my trading sifus ...

Monday, October 27, 2014

Man In The Mirror

For the past few weeks, I have to admit that the dark moods that I had during my 20s are making a comeback. They don't stay long, but long enough to inflame the doubts in the mind. Doubts that come from the 'shoulda, woulda, couldas' ... it makes me incapable to think clearly and positively. The film of the past would furiously be playing in full HD and surround sound. And the background voice would repeating the same phrase over and over again ..."Tu la kau ... tu la kau ... orang lain dah berjaya.. kau camtu gak ..."

Especially, in the past month, I got into the habit of comparing my career to my childhood friends, school mates .. and most of the time, it was disheartening. Just looking at the potential I had in my 20s and how I threw it all away ... because I was moping, sulking about my Jasin and college years ...

then I saw the pattern ... that I spent my 30s sulking about my 20s ... and that is why I think my biz pursuit in my 30s did not go well.. I was busy chasing so many things that I lost focus ... now in my early 40s, I will not repeat the same behavior again.

Syukur, writing this post has helped me to clarify my muddled thoughts a bit ... in a sense, I am still a a work in process ... recovering and going to a better place ... I have to keep the faith that what I am doing right now will lead me to success for me and my family.

One thing for sure ... if you want to change for better, you have to ask the man in the mirror to change .. the man in the mirror knows you better .....



Tuesday, October 21, 2014

Dalam Diri Ini Ada Naga

Pada masa saya kecil sehingga lewat remaja, saya selalu diperkecilkan, dipermain2kan dan diperlekehkan. Dan saya akan menjadi sangat marah. Perasaan marah itu seperti api yang membakar. Dan saya akan bungkuskan kemarahan itu dalam ais sejuk dan ia menjadi satu ketul ais. Sekian lama, ia menjadi timbunan ketul-ketul ais. Dan dalam ketulan-ketulan ais ini ada Naga.

Pada masa sekarang, kadang-kadang, bila rasa marah, saya boleh rasa kewujudan Naga ini, and it scares me to think what can happen if I let it take control ...



hiasan sahaja (imej dari Wikipedia)

Sunday, October 12, 2014

The Opposite Sex Best Friend Syndrome - The Reality

I hate the situation as described in blog post title above. Why? Been there, done that. Romantic movies / drama / sitcoms make it so cute but IT IS NOT! blah2, hopefully he/she will see you as a better partner than the current partner...uh uh, no it does not if rarely happens.

It does not work because no matter what you did or do .. he/she will never see past your gallant/good acts .. treating it just as an act of a best friend who is suppose to do that ... does it suck? yes... does it feel sucks? most definitely ... but if you make your move and get out .. the hurt will lessen in time and your life will be better ...

Get off the floor and believe in life .. there are other romantic opportunities where life goes on .. your life goes on, and that person's will go on (if not already).

One of my past situations involved this scenario. It was cute at first, then you realize that you are just the sounding board/feedback wall ... the couple still ends up together and you are left clutching nothing ...

and you are always the invisible man .. :P


dulu best la lagu ni ... bila dengar balik, rasa terkilan sebab dulu kita je asyik mengharap ....

Friday, October 10, 2014

Mengapa Dirindu?

Kepada rakan2 pembaca blog,

ingatlah ... bahawa masa lepas adalah masa lepas ... coulda, shoulda, woulda tidak akan memberi manfaat kecuali merebahkan dan melalaikan kita kepada masa sekarang dan masa akan datang ....


aduh, diri ini sudah tertipu dan sudah sedar .. doakan aku terus berdiri dan berlari ke hadapan .. Amin.

Thursday, October 09, 2014

Discipline Itu Proses

Discipline must be done consistently. Kalau tidak, ia tidak akan menjadi. Betul? Focus pada proses dan hasilnya akan menjadi semula jadi. Pelajaran hidup baru.

Lagu rock klasik no 1 gue of all time ...

Tuesday, October 07, 2014

The Two Lessons From Insanity

Insanity is doing the same thing over and over again and expect different result. That is insanity Lesson 1. Insanity Lesson 2-not learning and applying Insanity Lesson 1.


Thursday, September 25, 2014

I Saw Pet Shop Boys In Concert :)

Finally, they came down and a lifelong dream was achieved. No words needed. Just the pics, and even they don't do justice. A very musical experience.


























Monday, August 11, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga ;)
 lagu raya best ...


Thursday, July 17, 2014

Kisah Tentang Adikku Juliana

Pada sekitar pertengahan Julai 1981, Sukan SEA sedang berlangsung di Manila, Filipina. Dan sekitar minggu 17 Julai, aku menonton perlawanan bola keranjang wanita Indonesia bertemu Filipina. Terus suka dengan nama seorang pemain Indonesia ini ... pada malam itu, Papa turun ke kereta di parkir UH setelah melawat Mama di wad. Katanya, "ha,.. korang dapat baby sister .. nak nama apa?" .. spontan den jawab, " Nama Juliana la Pa.. macam sedap je " ... itulah kisahnya. Nama adik ku sempena nama pemain bola keranjang wanita Indonesia ;-) ... just nak put that into record! :D

Selamat Hari Jadi ke XX kepada my adik bongsu Juliana Ismail :) rakan tengok wayang CM masa late 90s dulu :D have a great celebration!!

gambar ihsan FB Juliana :)

Friday, June 20, 2014

Syukur I am 41

Assalamualaikum, semua.

Syukur, I am 41 today :) Alhamdullillah, this past week has been eventful, an awakening that I thought would never be possible. My gratitude to Him for the all blessings that He has given me. Syukur :) and may He gives more in the future. My thanks to my parents, Ismail Md Noor and Puteh Ismail for being the best they can be as parents. To my family, wife Linda & kids Zara, Farah .. who bring me smiles and joy every single day. To my siblings, Ajie, Novie and Julia, thank you for being around, InsyaAllah, we will be back together.


41 man ... not bad eh :DDDD

Thursday, May 29, 2014

It is not my path anymore?

Sejak awal tahun ini, saya telah membuat tekad. Tekad bahawa UCSI adalah tempat terakhir kerja saya sebagai seorang akademia. Dalam suatu kerjaya, ada matlamat yang harus dicapai untuk 'mencukupkan' kerjaya itu. Dalam kerjaya akademia, dua perkara utama tersebut adalah membuat penyelidikan dan menghasilkan tulisan akademik dan menyambung pengajian phD.
Dan akhirnya, setelah tujuh tahun berkecimpung dalam bidang ini, I come to realization that for all intents and purposes ... it is not my path anymore ... and continuing this path will not make me happy in the long run ....

Drastik bukan .... kerja stabil tetapi tidak mahu teruskan kerja ini ... habis itu, mahu buat apa? Hujung tahun lepas, saya berfikir .. 20 tahun akan datang ... apa yang akan saya lakukan? Sayangnya,bayangan dunia akademik saya agak malap. Saya boleh teruskan dengan apa yang saya lakukan sekarang, tetapi rasanya tidak akan ke mana.

Tapi, saya bersyukur dapat merasa kerja sebagai seorang ahli akademik ... saya dapat masa untuk berfikir secara terang, sambil membuat sesuatu yang menyeronokkan.. dan bekerja dengan orang muda membuatkan saya jiwa muda :) hehehe ....

Saya tahu masa depan saya masih dalam bidang pendidikan, tetapi mungkin pendidikan ilmu lain ...

okaylah ... cerita malam-malam.

Goodnite!

Saturday, May 24, 2014

Change and Vigilance

In the movie, " Pursuit of Happyness " .. there is a scene where Chris Gardner talks about the 10 gallon hat of disappointment in his head .. I know how he feels I guess, because for the past years, I felt the same. The coulda, shoulda, wouldas .... the constant comparisons to friends your age who are far more successful .... and the list go on and on .... so what did I do about it? Ignoring it did not work as it still gnawed on my mind.
I just ACCEPTed it. That was the first thing I did. I admitted that I effed up my 20s and early 30s in terms of career, especially. And I am behind and must accept where I am. The next thing was moving on, acknowledging that the memories are there and plan your current and future. I forgiven a few fellas and l felt better. Letting go truly works and can be therapeutic.
One thing about change that I learnt in the past month is that you have to plan for your change. There must be details in this plan, so that you know what to do when the need or situation arises . p
One minor change in my diet for the past month is I have limited/remove intake of sugared water during working weekdays. I do my best to drink plain water / air masak, during these times. Or iced water / Coke Light. No Milo, teh o ais and the works. Result: I feel a bit lighter and I like it. Will continue doing it. I have not been 100% successful, but it is not a bad thing.
oh and I have been posting my old diary entries from my Jasin school days in this blog. Nothing has been edited, as it has been posted word by word. Reading it again brings a different perspective. I was a bit naive then, that's for sure.

A recent picture of Me and my Pool :)
and I like to finish with this video of Michael Jackson performing 'Man In The Mirror' live. Now that he's gone, more people miss him and realize what a legend he was.



Later.

Friday, May 02, 2014

Why I Have Been Wrong About Change ....

A common theme in my posts in the past years has been my desire for change. Of course, I want to change for the better. In 2014, I did some changes to how I work ... and discovered that something interesting and significant.
What I did was I just scheduled my work stuff/details ahead of time. Nothing major. And the results were significant. I was able to handle more workload especially the pressure. There was less 'paralysis' and more movement-more completed tasks, etc.
Eureka! ( just for illustration )
In the end, it was just that I had a 'system'. That is what it was .... a system of how to do things ... and actually, all of us have been doing that all this while .. what is a human body, but a system of interconnected organs, for example.
So lesson here ... Change is good, have a system that would implement the change ... and it should fit you as a person-Who you are ...

Aku dah grown up a bit kot :P ...

Wednesday, March 19, 2014

Thursday, February 20, 2014

Ulu Yam Di Liverpool ... Inspirasi Untuk Masa Hadapan

Syukur, dapat aku membeli dan membaca karya Tuan Nazali, Ulu Yam Di Liverpool.

di bawah adalah review ku untuk buku ini di goodreads.com Ulu Yam Di LiverpoolUlu Yam Di Liverpool by Nazali Noor
My rating: 5 of 5 stars

Satu buku yang mengandungi catatan peribadi tuan penulisnya yang santai dan bersahaja, dengan maksud yang mendalam. Apa yang ditulis oleh tuan Nazali, kita juga mungkin pernah mengalami, bukan kisah yang sama, tetapi konteks yang sama. Yang menjayakan buku ini adalah catatan - catatan beliau yang jujur dan datang dari jiwa. Ia memberi kesan dan inspirasi kepada pembacanya. Saya berikan lima bintang kerana banyak pengajaran beliau dalam buku ini adalah praktikal dan relevan untuk masa ini. Juga, saya peminat tegar Liverpool :) YNWA!

View all my reviews

Kagum dengan kisah hidup tuan Nazali yang dibukukan ini. Juga ada nasihat-nasihat yang berguna. Walaupun beliau sekeluarga berhijrah ke UK, tapi Malaysia tetap di hati. Hmm, memang aku ada berniat untuk berhijrah ke tanah Amerika, cuma bimbang mengenai nawaitu dan sekiannya. Akan aku beri pertimbangan sepenuhnya, InsyaAllah.

Kepada tuan Nazali, tahniah atas kejayaan buku ini dengan menyunting semangat Liverpool Football Club dengan kisah2 hidup anda. YNWA!! :)

Tuesday, February 11, 2014

A Change Is Coming

Being in the 40s these past few weeks have been a bit sucky :P .. why? I am reminded of my 20-30s which lead to a pearl of wisdom I imparted to my ex-students. The wisdom- what we do in the 20s and 30s lead to where we are. Cliche and true.
Being introspective is good and bad. Good as it keeps you grounded, and bad, as it makes me you rue the stuff you screwed up- the shoulds and what-ifs. And it can be overwhelming.
The cure for this I guess as I my old lecturer Joel Boyd used to say, " Keep On Living ". And work on your Now and Future.
As some of you who might read my blog, I have issues with my pasts which still stays in the background. I do my best to keep focus, but dang it still f**king lingers ...
Linda also has been giving me signals about staying home full time. I think she is tired of the whole corporate life. Can't blame her much. She is a homegirl, who wants to do her thing. I think ;-)
And one thing I have to say, I miss the USA. There I said it.

Tuesday, January 21, 2014

Therapy of Memories

I have been posting my Jasin diary writings at another blog. Why? Self therapy and preservation of what I wrote, since the writing paper is decaying slower. Wish I could scan it, but I do not have a scanner. What I am interested to see is the evolution of the significant moments in my Jasin school years, which still rocks till now. Two very transformative years :/ hmm .... So far, I am cool when flashing back to those times .. but gotta admit.. it is bittersweet.

La Da Dee Da ...

Friday, January 17, 2014

Demi Masa aka my 40 year old musing

Sejak dua tiga hari ini, surah ini sentiasa berkumandang dalam minda ini ..




Emas boleh beli, masa tidak boleh dibeli balik. That is why time is precious and cruel. Once it is gone you can never get it back. Maximize it as much as you can.

Friday, January 03, 2014

Zara 1st Day Of School

2/1/2014 adalah hari pertama Zara masuk ke alam persekolahan. :) Tahun 1. Pelbagai perasaan ada-- bangga, takut, risau, gelabah, .. in the end, everything turned out okaylah. Beliau bersekolah di Sek Ren Jalan 3, BB Bangi.

 Gambar ke KAFA

 Gambar sebelum kelas

 Gambar dalam kelas

 Gambar tamat sekolah


 My princess has grown up. Aww ....

my video for Zara ... never grow up sayang ..

Tuesday, October 29, 2013

Ini Kalilah .... Heaven Knows oleh Rick Price

Bila apa yang kita usahakan tidak menjadi/berhasil...masa telah tiba untuk mencari jalan baru untuk mencapai apa yang dikehendakki. Kegagalan yang kita alami sebenarnya adalah mesej bahawa kemungkinan besar caranya tidak betul ataupun salah. Dan bila berterusan buat benda yang sama, jangan harap hasil yang berbeza.

Sejak tahun 2007 (dah lama ye..) diri ini ada menjalankan pelbagai usaha untuk menjana pendapatan sampingan. Namun, hasilnya tidak berapa memberangsangkan walaupun usaha telah dicurahkan secara material dan masa. Beberapa hari lepas, baru ku sedar bahawa selama ini aku melakukannya dengan cara yang salah. Terlalu mengejar pelbagai cabang pada waktu yang sama walaupun dengan komitmen yang akhirnya memenatkan dan membuat aku berhenti berusaha. Dan akhirnya ia tidak berjaya. Dan ia akan berulang lagi dan lagi.

TIDAK. Ini kalilah ....aku akan pilih SATU cara dan berikan komitmen 100%. Doakan aku berjaya.

-----

tiba - tiba teringat kepada kawan lama, Nor Kamarul Aisyah Zaiedi. Masih ingat dengan makan malam KFC di KFC Sek 18? dan lagu ini beliau kata beliau suka pada masa itu ..


Tuesday, October 22, 2013

Tony Robbins Reveals Greatest Secret Ever Video Review

Earlier today, I was going through my video downloads of Youtube videos and found a video of Tony Robbins talking about how to get through a crisis, and the success of handling it. I downloaded the video as the title was compelling. Anyway, after going through the video, it is actually a repeat or a remix ;-) of some of his stuff that he has been talking about. Now, if you have followed him all this way, some of the things he speaks in this video are 'old' stuff that you have read or heard him talk about. But I like this video as it is still informative as ever.

The video is embedded below


However, if you want a summary of the points, the picture below summarizes five points he outlined in the video above ..

I do recommend that after checking the summary above that you view the video in its entirety to get the 'meat' of the message :)

For the record, I like him and think that he is an inspiring guy.

picture credit - screen capture from the youtube video.





Monday, October 07, 2013

Ini Bukan Kisah Isteri Mat Yo

Sahaja saya mahu buat title yang mesra SEO ;-)

Di mana kita dan ke mana kita akan pergi? Bukan di mana kita dahulu. Melihat entri2 blog ini yang lepas, satu keinsafan timbul pada diri ini. Some stuff will work and stuff will not work. But, if you do not take real action, instead of just imagining it, then you will not know whether it works or not.

And having too much on your plate will distract and overload your senses. Saya masih ingat apa yang mendiang Steve Jobs lakukan semasa dia kembali ke Apple sekitar tahun 96. Beliau bertanya kepada pasukan pengurusnya, tentang produk-produk keluaran Apple. Pelbagai nama dan jenis diberikan sehingga beliau marah dan berkata.. " This is crazy ... we should make four great products.. one for each quadrant ..". Bagi beliau, tahu untuk tidak buat apa adalah sama penting untuk tahu buat apa.


Life goes on.. and I am going to write more...

Thursday, August 15, 2013

Sikit - sikit Lama - lama Menjadi Bukit

Satu perkara yang saya akhirnya sedar adalah tindakan kecil - kecil yang kita buat pada masa lampau memberi impak yang sangat besar kepada hasilnya di masa hadapan. Tony Robbins sendiri berkata, " when you make a small change in the beginning, in the long run, it will make a huge change.."
Dalam buku beliau, Rahsia Ajaib Untuk Berjaya, Razzi Armansur juga menekankan fokus kepada impak masa hadapan tindakan sekarang untuk berjaya dalam segala bidang/usaha yang kita lakukan.
Kesimpulannya, untuk berjaya, ia memerlukan tindakan yang berterusan ke arah mencapai apa yang kita inginkan.
Pesanan untuk diri ini dan rakan-rakan pembaca sekalian.

Thursday, February 07, 2013

Just We Two ( Monalisa ) - Modern Talking

Pada tahun 1987, saya mengenali seorang gadis pingitan ini. Orangnya comel, senyumannya manis. Walaupun kami berbeza sekolah, tetapi kami berkawan macam biasa. NorDalilah Adnan namanya. Dan ketika itu, lagu di bawah amat saya gemari dan pasti mengingatkan saya pada dirinya. Sayang selepas SRP, kami berpisah arah, saya ke MRSM J, beliau ke Vokay Rembau. Once in a while, bila dengar lagu ini, I always wonder where she is and hope she is fine and happy ..


Monday, January 14, 2013

2 Becomes 1 - Spice Girls

I wrote the lyrics to this song on a birthday card to Wan Noor Halizan, around mid 90s. Then I learnt the truth and she broke my heart. Ah well, it was not meant to be....

Wednesday, January 09, 2013

Sealed With A Kiss -Jason Donovan-

Pada zaman sekolah menengah dahulu.. zaman MRSM Jasin khususnya, saya selalu berutus surat dengan gadis ini, kawan baik saya, Zarina Mokhtar. Trend masa zaman itu, kami sering menghantar lirik lagu bersama surat kiriman kami. Dan, dalam satu surat, beliau kirim lirik lagu ini, and each time I hear this song, I am reminded of her ...



Monday, December 31, 2012

2013 Resolutions

2013 resolution

Shall I write it here so shall I keep it a secret ? Yang pasti 2013 adalah satu tahun yang penting. Umur saya 40 ( EMPAT PULUH ). Umur kawan2 saya pun 40 :) InsyaAllah.

Tell you what .. I will keep it a secret this time. Once I reached it, I will post it here. Let's do it this way kali ini :)

HAPPY NEW YEAR 2013
SELAMAT TAHUN BARU 2013

Thursday, December 27, 2012

Gin Blossoms - Till I Hear It From You

Gadis ini ku kenal masa tahun terakhir di KPP. Junior setahun. Cik Halimatun. Dia melanjutkan pelajaran ke Oklahoma State. Masa di Oklahoma State, aku sungguh mahu menghantar lagu ini pada beliau. Tetapi, tidak pasti sama ada berjaya atau tidak ia dihantar. Zaman sebelum Facebook dan Youtube. But, I will always remember her when I listen to this song and know that she's happy. :)

Thursday, December 20, 2012

More Than Forever KRU

Seorang sahabat puteri yang aku kenal adalah kakak angkat kepada sepupu lelaki dari utara. Kami berkenalan sekitar lewat 90an. Dan, satu ketika, ada sesuatu dalam diri ini padanya. Nama beliau Rusmawati atau lebih mesra, Dik Ati. :)

Wednesday, December 19, 2012

Liverpool lost and it did not matter ...

last weekend, Liverpool lost 1-3 at Anfield to Aston Villa, but I did not care at all. Why ? We nearly lost Zara to drowning ..... I nearly lost my little princess ...

Secara ringkas, pada hari minggu lepas, kami ke Philea Hotel, Ayer Keroh, untuk hari keluarga syarikat Linda. Pada hari ke-2, pada waktu pagi selepas sarapan kami ke outdoor swimming pool. Saya sibuk mencari tempat untuk kami sekeluarga duduk, mana kala Linda melayan si Farah. Salah aku, tanpa aku sedar Zara sudah melompat ke dalam kolam dewasa. Aku lihat bayang dia dalam air, dia tidak bergerak .. pada masa itu sebelah dia ada seorang lelaki dewasa dengan anak dia. Dia ingatkan Zara tengah berendam. Aku terus kata kat Zara suruh dia keluar. Linda dah panik, suruh aku tarik Zara keluar. Ya Allah ! Ha ah .. mana dia tahu berenang. Bila tarik dia keluar, bibirnya sudah pucat dan hampir hilang sedar. Namun, bila aku rangkul dan kejutkan, syukur dia terus sedar. Dan akhirnya, Zara recover dan aku bawa dia main di kolam budak2. Pada mulanya, Linda tidak setuju dan mahu balik ke bilik, tetapi, aku tidak mahu Zara fobia dengan kolam renang.

At least she learnt a lesson. Later, she threw up as she took milk and we forgot that she drank a lot of the pool dirty water. We took her to a clinic later and she checked out. Soon, by the next morning, she recovered, but we monitored her for 48 hours as advised by the doctor to make sure she was okay.

The whole incident taught me a invaluable lesson, and I love Zara more than ever.

Wednesday, December 12, 2012

My Heart Is Failing Me - Riff

She was the first in KPP that made my heart stopped for a while. Noreen Nordin, with that purple Proton Saga, BCN 121. :) I saw her listening to this cassette and I liked this song from the album. It always and still does remind me of her ... :)

Monday, December 10, 2012

I Can't Wait Another Minute - Hi Five

Masa zaman KPP, hati ini beberapa kali berdegup lebih pantas dari biasa. Dan salah seorang yang buat saya begitu adalah Alina Ali, or Corporal Alina Ali, dengan Proton Knight hitamnya, JBW 187 :) masih ingat nombor kereta. What I liked about her was she was cool and sweet. Also, I made her that Paula Abdul lyric book for her ... this is her song ;-)