Thursday, February 07, 2013

Just We Two ( Monalisa ) - Modern Talking

Pada tahun 1987, saya mengenali seorang gadis pingitan ini. Orangnya comel, senyumannya manis. Walaupun kami berbeza sekolah, tetapi kami berkawan macam biasa. NorDalilah Adnan namanya. Dan ketika itu, lagu di bawah amat saya gemari dan pasti mengingatkan saya pada dirinya. Sayang selepas SRP, kami berpisah arah, saya ke MRSM J, beliau ke Vokay Rembau. Once in a while, bila dengar lagu ini, I always wonder where she is and hope she is fine and happy ..


Monday, January 14, 2013

2 Becomes 1 - Spice Girls

I wrote the lyrics to this song on a birthday card to Wan Noor Halizan, around mid 90s. Then I learnt the truth and she broke my heart. Ah well, it was not meant to be....

Wednesday, January 09, 2013

Sealed With A Kiss -Jason Donovan-

Pada zaman sekolah menengah dahulu.. zaman MRSM Jasin khususnya, saya selalu berutus surat dengan gadis ini, kawan baik saya, Zarina Mokhtar. Trend masa zaman itu, kami sering menghantar lirik lagu bersama surat kiriman kami. Dan, dalam satu surat, beliau kirim lirik lagu ini, and each time I hear this song, I am reminded of her ...

Monday, December 31, 2012

2013 Resolutions

2013 resolution

Shall I write it here so shall I keep it a secret ? Yang pasti 2013 adalah satu tahun yang penting. Umur saya 40 ( EMPAT PULUH ). Umur kawan2 saya pun 40 :) InsyaAllah.

Tell you what .. I will keep it a secret this time. Once I reached it, I will post it here. Let's do it this way kali ini :)

HAPPY NEW YEAR 2013
SELAMAT TAHUN BARU 2013

Thursday, December 27, 2012

Gin Blossoms - Till I Hear It From You

Gadis ini ku kenal masa tahun terakhir di KPP. Junior setahun. Cik Halimatun. Dia melanjutkan pelajaran ke Oklahoma State. Masa di Oklahoma State, aku sungguh mahu menghantar lagu ini pada beliau. Tetapi, tidak pasti sama ada berjaya atau tidak ia dihantar. Zaman sebelum Facebook dan Youtube. But, I will always remember her when I listen to this song and know that she's happy. :)

Thursday, December 20, 2012

More Than Forever KRU

Seorang sahabat puteri yang aku kenal adalah kakak angkat kepada sepupu lelaki dari utara. Kami berkenalan sekitar lewat 90an. Dan, satu ketika, ada sesuatu dalam diri ini padanya. Nama beliau Rusmawati atau lebih mesra, Dik Ati. :)

Wednesday, December 19, 2012

Liverpool lost and it did not matter ...

last weekend, Liverpool lost 1-3 at Anfield to Aston Villa, but I did not care at all. Why ? We nearly lost Zara to drowning ..... I nearly lost my little princess ...

Secara ringkas, pada hari minggu lepas, kami ke Philea Hotel, Ayer Keroh, untuk hari keluarga syarikat Linda. Pada hari ke-2, pada waktu pagi selepas sarapan kami ke outdoor swimming pool. Saya sibuk mencari tempat untuk kami sekeluarga duduk, mana kala Linda melayan si Farah. Salah aku, tanpa aku sedar Zara sudah melompat ke dalam kolam dewasa. Aku lihat bayang dia dalam air, dia tidak bergerak .. pada masa itu sebelah dia ada seorang lelaki dewasa dengan anak dia. Dia ingatkan Zara tengah berendam. Aku terus kata kat Zara suruh dia keluar. Linda dah panik, suruh aku tarik Zara keluar. Ya Allah ! Ha ah .. mana dia tahu berenang. Bila tarik dia keluar, bibirnya sudah pucat dan hampir hilang sedar. Namun, bila aku rangkul dan kejutkan, syukur dia terus sedar. Dan akhirnya, Zara recover dan aku bawa dia main di kolam budak2. Pada mulanya, Linda tidak setuju dan mahu balik ke bilik, tetapi, aku tidak mahu Zara fobia dengan kolam renang.

At least she learnt a lesson. Later, she threw up as she took milk and we forgot that she drank a lot of the pool dirty water. We took her to a clinic later and she checked out. Soon, by the next morning, she recovered, but we monitored her for 48 hours as advised by the doctor to make sure she was okay.

The whole incident taught me a invaluable lesson, and I love Zara more than ever.