Wednesday, November 18, 2015

Jonah Lomu and Me (Saya Dan Jonah Lomu)

Hari ini, dunia sukan dikejutkan dengan pemergian mengejut legenda ragbi New Zealand, Jonah Lomu. Berita itu dilaporkan oleh akhbar The Guardian, antaranya.

Beliau memang sensasi ragbi ketika bermain dan saya berpeluang menonton beliau di puncak kegemilangan, apabila pasukan New Zealand menang pingat emas acara ragbi 7 (rugby sevens) di Sukan Komanwel 1998 Kuala Lumpur. Sehari suntuk saya lepak menonton ragbi 7 di Stadium Kelana Jaya, tempat acara ragbi 7. Keputusannya, ye .. New Zealand menang pingat emas. Yang manisnya, ragbi 7 dipertandingkan sebagai acara sukan Komanwel untuk kali pertama.

Saya ingat menonton aksi beliau ketika Malaysia menentang New Zealand .. it's like watching men against schoolboys ... New Zealand meratah Malaysia 53-0. Tabik semangat juang pasukan Malaysia tetapi, they were simply outclassed. Melihat Jonah Lomu lari langgar pemain ragbi Malaysia, macam melihat bola bowling melanggar bowling pins, jatuh berterabur pemain Malaysia. He was that good.

Di bawah adalah video aksi-aksi beliau. Aksi beliau bermain melawan pasukan Malaysia mula minit 2:27


Aksi pasukan New Zealand melakukan haka selepas menang perlawanan pingat emas melawan Fiji




Thanks for the great rugby memories, Jonah :)