Saturday, April 25, 2009

FOM Society Prom Night

My observations of the MMU FOM Society Night

1. First time jadi VVIP event, cool ;-) dilayan dengan baik2 sekali .... seronok dan aku nak merasai keseronokan tersebut lagi.

2. Makanannya sedap :-) Hidangan Chinese 8 course dinner yg sedikit yet begitu mengenyangkan ;-) .. there is an eating lesson here ...

3. Duduk di meja VVIP depan ... memang best utk view ... tapi sakit telinga terutama masa persembahan musik .... bingit telinga. Have to bring earplugs next time :D

4. The ambience was great. Sesuai dengan tema dan pesertanya. Tema 'A Walk To Remember' dan pesertanya students MMU ... jiwa - jiwa muda dengan konsep Prom Nite.

5. Konsep Prom Nite .. hmm.... darah - darah muda melaram abis2an terutamanya kaum puteri ... amboi .. ada sampai yg gue tidak kenal ;-) ... kepada yg minta gue bergambar dengan mereka .. terima kasih kerana merakamkan kenangan bersama kalian :-)

6. Band2 yang bermain .... kalian ada bakat dan heart ... cuma sound system yg out mengecewakan ... but it was entertaining .... ;-)

7. Yuna is awesome in live. Beliau perform at the afterparty dance. Beliau perform 4 lagunya .. semuanya best ;-) ....dan suaranya ikhlas.

8. I remember this prom nite better than my last college dinner. The only things I remembered about my college dinner are ... bergambar dengan Wan dan Alfa, bergambar dengan the boys dengan butang top baju batik dibuka .... tunjuk chest tu ...

9. My dressing malam tu was so lah not on the occasion. Rata2 peserta datang dengan evening dress ( ladies ) dan tuxedo ( gentleman ). Gue datang dengan baju batik kuning dan seluar khaki. Fashion disaster it was not ... but ......

10. The Malaysian Dreamgirls Runaway show proved that young boys will still be boys ....:-) and at times, that aint bad :-)

10a. Aku tgk mereka biasa2 sahaja except for one contestant .. those lips dan that bod was giving me the rrooewwwwrrrrr :-) ... turns that she is the youngest of the group .. alamakkkkk .....

11. Ada negative2nya tapi aku simpan utk diri sendiri .... they were just enjoying themselves ...

12. In summary, great show dan event... dan aku tahu ... saat itu adalah saat mereka ... saat aku sudah berlalu di masa lalu ...

Sebab - Sebab Aku Nak Pergi MRSM Jasin

Sebab - sebabnya

1. Nak merasa kehidupan asrama.
2. Nak pengalaman sekolah campur ;-) asyik sekolah boys aja
3. Nak merasa hidup di negeri Melaka
4. Nak pengalaman sekolah campur ;-) asyik sekolah boys aja
5. Nak jumpa member2 baru
6. Nak pengalaman sekolah campur ;-) asyik sekolah boys aja

kalian sudah nampak coraknya ? .. bila berbuat sesuatu, nawaitu itu adalah penting untuk kita mulakan perbuatan tersebut. Dan pengalaman hidup 2 tahun gue di Jasin adalah sedikit sebanyak dipengaruhi nawaitu gue pada masa itu.

Thursday, April 23, 2009

Surat Pertama

Aku ingat hari itu. Mendapat surat dari pihak Mara. Tahniah katanya. Anda telah ditawarkan ke MRSM Jasin untuk pengajian tingkatan 4.

Apa yang aku ingat tentang surat tawaran itu ( dah lama dibuang ) ialah ruang tawaran tempat pengajian yang ada bekas liquid paper. Maksudnya, ada tempat lain yang ditawarkan sebelum Jasin. Jadi, aku amati2 bekas liquid paper, boleh baca perkataan MRSM Kuala Terengganu.

Wah, sepatutnya aku ke Kuala Terengganu bukan ke Jasin ke ? Hmm, yang pasti kalau aku ke Kuala Terengganu, kisah ini mungkin berbeza ... sekurang2nya dapat berloghat Terengganu !

Kisah ini bermula....

Wednesday, April 22, 2009

Kisah2 Sekolah

Dalam posting2 yang akan datang, akan ku ceritakan kisah - kisah sekolah ku di Jasin. Mungkin kalian tidak mahu membacanya, ;-) tetapi aku tidak kisah.

Inilah masanya untuk diluahkan. Supaya kepala ini ringan, kisah diluahkan dan memori - memori itu boleh biarkan aku pergi.

Ada kisah pahit manis, senyum dan ketawa. Ia ada kena dengan yang hidup dan yang telah pergi. Niat hanya menukilkan pengalaman supaya menjadi panduan pada semua.

Tunggu kisah yang pertama ya ....

Nota : Kisah2 ini tidak mengikut susunan masa tetapi akan disebutkan bilanya ....

Monday, April 20, 2009

I Can Still Dream

Saya masih boleh bermimpi dan berharap .. :-) Susan Boyle telah menunjukkan jalan dengan sikapnya yang tersendiri ...

Now living alone, with only her cat Pebbles for company, she was spurred to enter the competition by a pledge she made to her mother to do something with her life. "

Bila sebab dan kemahuan menjadi kewajipan, cara akan muncul dan kita akan bergerak ke hadapan.

Salah satu reaksi yang menarik mengenai kemunculan Susan datang dari penulis akhbar Guardian Tanya Gold dalam artikelnya, " It wasn't singer Susan Boyle who was ugly on Britain's Got Talent so much as our reaction to her ". Komen beliau bahawa penampilan Susan yang tidak cantik tidak diterima dengan baik oleh penonton pada awalnya, tetapi hanya selepas beliau menyanyi, baru penonton memberikan tepuk sorak gemuruh dan para hakim memberikan komen2 begitu positif. Saya akui Susan tidak cantik. Juga membuatkan saya terfikir wujudnya 'Susan' begini di Malaysia.. yang tidak dapat mewarnai dunia hiburan kita kerana mereka tidak memiliki rupa atau bentuk badan yang 'ideal'. Lihat sahaja program2 realiti TV sekarang ... adakah mereka benar2 berbakat atau cuma pandai berdrama. Tanya sahaja Adibah Noor, jika beliau tidak yakin dan fokus dan percaya dengan bakat beliau, kita pasti tidak akan kenal beliau.

Video persembahan Susan di sini.