Thursday, May 14, 2009

Masa Lalu Bertemu Masa Sekarang

Pada satu hari, seseorang insan yang pernah mewarnai hidup ini, telah muncul kembali. Aku lihat dan amati diri dia pada masa itu.

Gayanya masih sama :-) Cara percakapannya masih sama :-) Buat beberapa saat, saat - saat manis itu datang kembali.

Itu masa lalu. Bukan masa sekarang. Kata orang, older and wiser. 

Aku bersyukur dipertemukan dengan dia walaupun untuk seketika. Mungkin selepas ini, kami tidak akan berjumpa lagi, tetapi kali ini, aku bahagia kerana ia berakhir dengan senyuman dan mesra.

Fokus aku adalah untuk masa sekarang dan masa hadapan, bukan masa lalu.