Saturday, January 01, 2011

Selamat Datang 2011

Setiap tahun baru kita berjanji akan berubah, penuh dengan pelbagai azam. Dan pada penghujung tahun tersebut, apa yang terjadi dengan azam - azam di awal tahun ? Saya jamin  hampir kesemuanya tidak menjadi.

Jadi untuk 2011, apa kata kita buat begini ? Tetapkan SATU sahaja matlamat untuk setiap bidang hidup kita, dan fokus usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Saya akan gunakan teknik ini untuk 2011, kita lihat nanti bagaimana kesudahannya ?

" Perubahan hanya benar - benar berlaku apabila kita mesti berubah, bukan kerana kita ingin atau terpaksa berubah "

Semoga 2011 membawa kita ke peringkat hidup yang lebih tinggi :-)