Thursday, June 18, 2020

Album-album Wajib : May


May ... antara nama otai dalam arena rock kapak Malaysia. Ramai mengenali May sebab vokalis - vokalis mereka iaitu Mus dan Yantzen.

Fakta-fakta menarik

Bermula 1985, senarai ahli kumpulan consistent cuma vokalis berubah-ubah.

Drum: Man, Bass: Yus, Gitar: Abu
Vokalis: AG

Bekas Vokalis: Mus --> Yantzen --> Oney

Tiga Album Wajib

1. Dilema

Album yang memperkenalkan May. 

Lagu hit: Sketsa Sebuah Cinta

May - Dilema album


2. Hakikat

Album megahit May yang menjulang nama May ke tahap dewa :D
Lagu - lagu hit: Sendiri, Cintamu Mekar Di Hati, Cintaku Sewangi Kasihku
Rahsia

May - Sendiri

May - Cintamu Mekar di Hati

May - Cintamu Sewangi Kasihku





3. Rahsia 


Album hit ketiga May. Tidak se-gah Hakikat tapi masih bisa.
Lagu: Gadis Bertudung Putih

May - Gadis Bertudung Putih


---

Album2 yang lain saya tidak dapat kata sebab saya tidak pernah dengar album-album tersebut. 

Kisah peribadi

Secara peribadi, saya pernah berjumpa dengan dua ahli kumpulan May di Seremban

Saya  jumpa mereka kat pusat snooker Punca Emas tahun 1988 (Mus n Yus). 
Saya ingat Mus tengah main snooker, Yus tengok sahaja ... dapat bersalam dengan depa dan dapat  autograf Mus ... beliau tulis M.U.S.A.Y ... sayang kertas dah hilang :(



Sumber 


Wikipedia album-album May