Wednesday, June 11, 2008

Nasihat Untuk Orang Nak Kahwin

Bulan Jun adalah bulan kahwin. Aku sudah menerima 5 jemputan majlis perkahwinan untuk dihadiri. Dalam 5 jemputan, satu adalah daripada rakan blogger ini. Syukurlah beliau telah menemui kebahagiaan akhirnya. Walaupun aku tidak mengenali beliau secara dekat, aku tahu yang dia telah melalui banyak peristiwa hati yang bisa melemahkan jiwa.

Nasihat aku pada beliau adalah mudah, iaitu sabar dan redha. Kedua-duanya adalah hasil pengamatan diri ku sendiri, walaupun baru melangkau dua tahun usia perkahwinan ku dan Linda.

Sabar - bersabarlah dengan perjalanan perkahwinan. Ada pasang dan surut. Ada ketawa dan menangis. Ada bising dan diam. Ingatlah bahawa si dia tidak sempurna dan kau juga begitu. Tetapi, bak kata Andhra N The Backbone, kau adalah sempurna untuk dia dan sebaliknya, InsyaAllah.

Redha - akan datang masanya, sekali - sekala, dalam masa ombak2 perkahwinan, terutama sekali bila hati kau diguris oleh si dia , kau bertanya diri sendiri, mengapa aku kahwin dengan si dia ? Adakah ianya berbaloi, tanya kau lagi ... pada saat ini .. redha lah. Semua ini adalah ujian yang kita tidak lihat hikmahnya sekarang, tetapi satu hari nanti.

Inilah sahaja nasihat aku pada mu, sahabat yang akan berkahwin nanti.

Monday, June 09, 2008