Saturday, May 09, 2009

Bertemu Changgang

Lepas pendaftaran, kami ke bilik yg telah diberikan. Aku ingat lagi sampai sana sudah ada sekeluarga di katil sebelah. Kira roommate aku la tu. Budak hitam manis. Kami bersalaman. 
" Azmir "
" Azri "

Kami tidak banyak berbicara masa itu. Sebab ahli keluarga lain ada, jadi masing - masing diam sementara mereka berceloteh. Ayah Azri seorang petani, mereka berasal dari Johol, Negeri Sembilan ... Kg Changgang .. sejak itu, aku panggil Azri Changgang ... sempena nama asalnya.

Oklah, lepas ni aku cerita ttg meeting homeroom pertama.

Tuesday, May 05, 2009

Hari Pendaftaran Part 3

Sampai di maktab, parking kereta sebelah Dewan Besar ( lama ) dan masuk ke dalam Dewan untuk memulakan proses pendaftaran.

Perasaan : Excited, Nervous

Yang aku ingat ialah betapa hensemnya Ustaz yang menjaga kaunter Tabung Haji, sapa tah namanya. Di situ, aku diberi dua benda yang memberikan kesan penting untuk hidup gue di MRSM. Homeroom dan lokasi bilik dorm gue.

Homeroom V - Vanadium dan dorm Al-Biruni.

Terus ke tempat tidur baru kita !

bersambung lagi ....