Friday, April 25, 2008

The Jasin Chronicles : A Shoulder To Cry On

Tengahari itu, genap beberapa minggu aku 'bermastautin' di Jasin ni. Hmm, aku tidak sangat merindui keluarga di KL. So far, hidup di sini, has been a minor culture shock. Hmm.. apa ye .. daripada campur lelaki perempuan kepada wujudnya student mostly Melayu di mana2 sahaja. Sebelum ini persekolahan ku di sekolah2 di mana wujudnya pelbagai kaum.

Makan di sini diadakan di Dewan Selera ( DS ). Dari blok asrama, ia adalah dewan terbuka , sebelah kiri dewan adalah untuk pelajar puteri manakala sebelah kanan adalah pelajar putera. Di kawasan tengah hadapan dewan adalah kaunter di mana makanan disediakan, di mana abang2 dan kakak DS meletakkan makanan untuk pelajar yang beratur. Di sini telah terserlah satu budaya , junior dan senior ... bukan mengikut tingkatan tetapi kemasukan pelajar, iaitu batch masuk Form 1 n batch masuk Form 4.

Ada sebuah tv di DS ini. Ia terletak di hadapan kawasan pelajar putera. TV inilah lifeline bagi pelajar putera. Kalau tidak ada TV ini, there will be no TV for the male student population di sini. Bagi pelajar puteri, tv terletak di blok mereka.

Setelah mengambil makan tengahari, nasi dan lauk, aku mencari tempat untuk duduk. Aku ingat lagi .. aku sedang berdiri memegang tray dan di belakang ku, terdengar suara tv sedang berkumandang. Aku lihat ramai pelajar yang sedang makan menumpukan perhatian kepada tv. As usual, the tv was loud. Ada sebuah lagu berkumandang and agak menarik lagunya ... rupa2nya, sebuah lagu balada. Aku lihat sekilas ke arah kawasan pelajar puteri .. waduh, ada yang dengan duduk dekat2 kawasan pelajar putera pun sedang tekun melihat tv kami.

Later, I found out that his song was the current 'in' song of the moment. Lagu Tommy Page " A Shoulder To Cry On " ... later in my Jasin life, I will understand the words better ... but that is another story :-)

The video is posted below ..