Tuesday, April 29, 2008

The Jasin Chronicles : Roomate

Pada hari pendaftaran masuk ke sini, kami diarahkan ke Dewan Besar. Ramai rakan2 sekalian yang bersama .. berpakaian serba biru atau serba cokelat. Pelbagai perkara yang diselesaikan .. yuran2, laporan perubatan dan kalau ada yang mahu .. ASB dan Tabung Haji.

Setiap pelajar baru diberikan lokasi bilik mereka dan juga homeroom. Aku tidak ingat which one came first .. tapi aku ingat lawatan kali pertama ke asrama ku.

Blok asrama di mana bilik gue adalah blok di hujung kawasan blok asrama putera. Ground floor, pintu masuk dorm on the right side. Hmm... bukan bilik2 sebenarnya ... cuma kawasan2 partition dinding kau setinggi leher .. dua katil setiap partition. 'Bilik' gue was in the middle... dekat2 dengan pintu masuk ke kawasan bilik air ...

Oh ye .. nama dorm itu adalah Al-Biruni ;-) Al Birunians represent !

Kami bukan yang pertama sampai. My roommate sudah sampai dengan keluarga beliau. Agak hitam manis dan pendiam. Ayah ibunya agak berusia berbanding dengan kedua ibubapa ku.

" Azmir "
" Azri " ...

Ibu bapa kami berdua yang berbual sesama mereka. Azri datang dari Kg Changgang, Johol.

We didn't talk much masa tu .. sebab ahli keluarga2 masih lagi ada. Yang aku ingat selepas itu ialah percubaan PERTAMA ( first time ever ) memasang kain cadar putih pada katil. Oh man, what an attempt :)

Hmm.. little that I know that perjalanan kami akan menjadi menarik tetapi pendek. Beliau meninggal dunia pada awal Reformasi 98. Innalillah.

AlFatihah.

No comments: