" Now living alone, with only her cat Pebbles for company, she was spurred to enter the competition by a pledge she made to her mother to do something with her life. "
Bila sebab dan kemahuan menjadi kewajipan, cara akan muncul dan kita akan bergerak ke hadapan.
Salah satu reaksi yang menarik mengenai kemunculan Susan datang dari penulis akhbar Guardian Tanya Gold dalam artikelnya, " It wasn't singer Susan Boyle who was ugly on Britain's Got Talent so much as our reaction to her ". Komen beliau bahawa penampilan Susan yang tidak cantik tidak diterima dengan baik oleh penonton pada awalnya, tetapi hanya selepas beliau menyanyi, baru penonton memberikan tepuk sorak gemuruh dan para hakim memberikan komen2 begitu positif. Saya akui Susan tidak cantik. Juga membuatkan saya terfikir wujudnya 'Susan' begini di Malaysia.. yang tidak dapat mewarnai dunia hiburan kita kerana mereka tidak memiliki rupa atau bentuk badan yang 'ideal'. Lihat sahaja program2 realiti TV sekarang ... adakah mereka benar2 berbakat atau cuma pandai berdrama. Tanya sahaja Adibah Noor, jika beliau tidak yakin dan fokus dan percaya dengan bakat beliau, kita pasti tidak akan kenal beliau.
Video persembahan Susan di sini.
No comments:
Post a Comment