Wednesday, February 03, 2010

Objek Di Cermin Belakang Kelihatan Lebih Dekat Walaupun Sebaliknya

Post ini sudah lama bermain di minda, jadi saya rasa harus dicurahkan jua. Kita semua ada kenangan yang lalu .. pahit dan manis .. terutama apabila ia melibatkan orang yang kita pernah sayang, suka atau SS ( syok sendiri ).

Aku juga begitu ... hmm.. bila direnung - renung kembali .. aduh ... memori bermain kembali di minda ini, bagaikan Youtube yang boleh direplaykan bila - bila ku mahu. Pelik kan .. mereka sudah 'pergi' .. move on .. tetapi aku masih di sini .. masih bermain video mereka di dalam minda ku... mengingatkan ku kepada mereka di zaman dahulu ... di zaman aku mengagumi mereka ..

Bagaimana aku boleh menutup semua ini ? Kerana aku sudah sedar yang rupa-rupanya , aku masih berdiri di masa lalu .. walaupun aku sudah berdiri di masa sekarang. 

Syukur, siang tadi .. aku telah jumpa penyelesaiannya .. terima kasih kepada gadis cerah kerana kau menolong aku menemui jawapannya. Kau telah melambaikan tangan selamat tinggal dan aku membalas lambaianmu.

Ia telah lama berlalu, tetapi masih dekat di hati rupanya ... oleh itu, aku ucapkan selamat tinggal dan simpankan kenangan itu baik2 dalam peti memori.

Video lagu yang memberi inspirasi tajuk posting ini ....

3 comments:

997 said...

sometimes some things are best kept in the box. :D

Anonymous said...

agreed... but sometimes it needs to be taken out for good actually....

Omecool20 said...

997 yep definitely
anonymous sooner or later kan ...