Thursday, February 20, 2014

Ulu Yam Di Liverpool ... Inspirasi Untuk Masa Hadapan

Syukur, dapat aku membeli dan membaca karya Tuan Nazali, Ulu Yam Di Liverpool.

di bawah adalah review ku untuk buku ini di goodreads.com Ulu Yam Di LiverpoolUlu Yam Di Liverpool by Nazali Noor
My rating: 5 of 5 stars

Satu buku yang mengandungi catatan peribadi tuan penulisnya yang santai dan bersahaja, dengan maksud yang mendalam. Apa yang ditulis oleh tuan Nazali, kita juga mungkin pernah mengalami, bukan kisah yang sama, tetapi konteks yang sama. Yang menjayakan buku ini adalah catatan - catatan beliau yang jujur dan datang dari jiwa. Ia memberi kesan dan inspirasi kepada pembacanya. Saya berikan lima bintang kerana banyak pengajaran beliau dalam buku ini adalah praktikal dan relevan untuk masa ini. Juga, saya peminat tegar Liverpool :) YNWA!

View all my reviews

Kagum dengan kisah hidup tuan Nazali yang dibukukan ini. Juga ada nasihat-nasihat yang berguna. Walaupun beliau sekeluarga berhijrah ke UK, tapi Malaysia tetap di hati. Hmm, memang aku ada berniat untuk berhijrah ke tanah Amerika, cuma bimbang mengenai nawaitu dan sekiannya. Akan aku beri pertimbangan sepenuhnya, InsyaAllah.

Kepada tuan Nazali, tahniah atas kejayaan buku ini dengan menyunting semangat Liverpool Football Club dengan kisah2 hidup anda. YNWA!! :)

No comments: