Tuesday, September 27, 2005

Tentang Dia

Petang tadi, semasa gue membuat kerja pejabat baru .. gue menonton filem ini .. yg bertajuk Tentang Dia.

Filem yang gue rasa harus ditontoni oleh mereka yg ingin, sedang atau telah bercinta... cewah ... ;-)

Sesiapa yg kecewa bercinta pasti tahu apa yg Gadis rasa, sesiapa yg berharap cinta dengan seseorang yg belum melihat cintanya, pasti faham Randu, sesiapa yg pernah kehilangan seseorang yg dicinta pasti faham Rudi.

Apa yang istimewa filem ini ya ? Bagi gue, ia adalah kombinasi apa yg tersurat dan apa yg tersirat. Mesej cinta memang diperkatakan dalam cerita ini, tetapi dengan scope yg lebih luas.. cinta antara sahabat, cinta yg dikhianat. cinta sejenis ?

Menonton cerita ini, penonton harus menghayati suasana filem ini untuk menikmatinya. Ia bukan filem 'popcorn' .. ia adalah cerita di mana moodnya juga penting.

Gue faham apa yg dilalui oleh Gadis. Terlalu melihat ke belakang, tragedi cintanya dikhianati sehingga hidupnya murung akibat peristiwa itu. Tidak salah Gadis berperasaan begitu, tetapi beliau nggak mahu bangkit walaupun Randu, sahabat baik Gadis, bersungguh2 mahu menolongnya. Kedatangan Rudi, si gadis pelayan kedai makan, ke dalam hidup Gadis menceriakan kembali Gadis .. Gadis mampu tersenyum. Randu cemburu ttg perubahan Gadis .. siapakah Rudi ? ... Gadis pula tertanya2 ..apakah perasaan Rudi terhadapnya ? ... bagaimanakah semuanya berakhir ? .. lihat sendiri ya .. ;-)

Gue rekomen filem ini pada anda semua ..

Situs rasmi Tentang Dia di sini.

2 comments:

Anonymous said...

Hey Ome! Is this a story about me?

Azmir Ismail said...

Rudy ..not abt u la .. it is an Indon movie ;-p