Tuesday, February 14, 2012

Satu Cetusan Permulaan ?

Tulisan terakhir sebelum ini .. mengenai Pool.. mencetuskan sesuatu aliran pemikiran dalam diri ini ... iaitu saya percaya kepada sesuatu benda dan berani menyokongnya secara terang. Sebelum ini, dalam kebanyakan perkara, saya akan berdiam diri sahaja tetapi kali ini tidak, dan saya terus bersuara.

Saya telah melarikan diri dari realiti dalam banyak perkara, dan kali ini, saya tidak lari lagi. Ada potensi untuk menyakitkan, kerana kita berterus terang, tetapi, sebagai pembalasan, saya rasa bebas, iaitu bebas daripada menanggung beban memendamkan rasa. Dan saya banyak melakukan tindakan - tindakan sebegini pada masa lepas.

Tidak lagi selepas ini ... bak kata, pepatah Inggeris, " The truth will set you free ". Perubahan kecil untuk masa hadapan gemilang, InsyaAllah.

No comments: